06 | Tentang Mereka

135 63 5
                                    

"Setiap situasi buruk yang menimpa pasti ada sisi positifnya. Bahkan jam dinding yang rosak sekalipun menunjukkan waktu yang tepat selama dua hari. Maka tetaplah berfikir positif dalam hidup. Allah SWT Maha Tahu apa yang terbaik buatmu."

☘️☘️☘️

"Abang, maafkan Aira sebab tak ceritakan yang Aira jumpa dengan orang lain semalam." Aira menundukkan kepala sebaik sahaja mereka dalam perjalanan menuju ke arah tempat penginapan mereka. Baju mereka sudahpun kering kerana selepas mandi, mereka berbual sebentar dengan tiga pemuda tadi. Itu pun hal biasa-biasa saja. Nama apa, tinggal di mana, dan yang paling kelakar mereka mengatakan bahawa dirinya dan Adam sesuai menjadi pasangan kekasih. Walhal sudah terang-terangan mereka berdua mengatakan bahawa mereka adalah adik beradik.

"Ya, abang maafkan. Lepasni bagitahu abang. Nanti apa-apa jadi kat Aira macamana?" Adam memeluk Aira. Bimbang benar dia jika sesuatu terjadi pada Aira.

"Baik," Aira tersenyum. "Abang perasan tak apa-apa tentang tiga oppa yang kita jumpa tadi?"

Adam mengangguk sekilas.

"Tapi abang nak tahu pasal oppa Namjoon tu,"

"Lepas solat Zohor, Aira kasitahu."

"Ok, tepati janji tau!"

"Eh, Aira ni baik tau."

"Haha, yalah. Adik abang ni always baik..."

Tersengih Aira mendengar pujian ikhlas dari Adam. Bukan senang, biasa abangnya itu suka memuji diri sendiri.

****

"Macamana oppa nak amalkan hidup kalau oppa tidak amalkan sebarang bentuk agama?"

"Ia seolah-olah oppa berlayar di lautan yang dipenuhi dengan ombak-ombak besar, tanpa oppa kemudi kapalnya. Macamana oppa melakukannya?"

"Kau okey?"

Bahunya ditepuk perlahan membuatkan Namjoon tersentak dan berpaling.

"Owh, hyung. Aku okey." Namjoon tersenyum tawar. iPad miliknya discroll.

Semalam dia telah menceritakan semua itu kepada Seokjin memandangkan Seokjin adalah ahli tertua. Namun hanya Seokjin sahaja yang mengetahui perihal itu. Tidak sanggup mahu menyimpan hal itu seorang diri, sekurang-kurangnya adalah yang tahu walaupun seorang.

"Tak payah fikir sangat. Kita sedang bercuti ni," sekali lagi Seokjin berpesan. Cutilah sangat...

"Entahlah hyung," Namjoon mendengus halus. "IQ aku mampu menjawab semua persoalan yang sukar namun tidak untuk pertanyaan yang diajukan oleh gadis muslim semalam."

Seokjin terdiam sejenak. Melihat Namjoon yang mengetap bibir dan menyandarkan tubuh pada kerusi seolah-olah memikirkan hal yang sukar.

Walhal cuma satu soalan sahaja. Soalan atau pernyataan? Dia sendiri bingung.

Namun jujur Seokjin mahu mengakui itu sangat lah difikiran luar kotak. Gadis itu nampaknya memiliki aura yang cerdas.

Namjoon menscroll iPad dan menekan ikon Google. Dia menaip lima huruf.

precious RAIN √Where stories live. Discover now