17 | Terima Kasih

144 51 2
                                    

"Lakukan kebaikan walau sekecil apa pun, kerana kamu tidak mengetahui kebaikan mana yang membawamu ke syurga."

-Imam Al Basri-


☘️☘️☘️

Aira menjinjing tiga beg kertas manakala Adam empat. Mereka bersama-sama menuju ke arah kafe resort. Mata mereka melilau mencari keberadaan tujuh pemuda Korea itu. Suasana resort pula kelihatan agak riuh dengan suara kru dan juga staff yang menikmati sarapan.

"Cari siapa?" tiba-tiba seseorang menyapa membuatkan Aira dan Adam serentak menoleh.

"Oh, Adora unnie." Aira tersenyum lalu menundukkan kepalanya. Begitu juga Adam namun dia terus memalingkan wajahnya ke arah lain silih berganti.

"Kami cari member BTS,"

Adora tersenyum kemudian dia melihat ketujuh-tujuh beg kertas yang dibawa oleh kedua-dua remaja di hadapannya.

"Untuk mereka kah?"

Serentak Aira dan Adam mengangguk.

Adora tersenyum nipis. "Dieorang ada kerja sikit hari ni. Busy. Hum, unnie berikan boleh?"

Aira dan Adam memandang sesama sendiri.

"Eo yakah? Hurm..." Aira memandang ke arah bungkusan beg kertas yang dijinjingnya. Sebolehnya mereka mahu bertemu dengan member BTS untuk kali yang terakhir.

Mungkin...

"Petang ini kita kena bertolak. Sebab masa abi beli tiket tu dah habis untuk  lusa. Ada yang untuk hari ni je." ujar Tuan Hanafi. Raut wajahnya sedikit kalut namun tetap tenang.

"Eo? Bukan esok ke?" Aira baru sahaja keluar dari pintu bilik selesai mengemas sedikit.

"Petang ni sayang," celah Puan Aisyah.

Aira kemudian memandang ke arah Adam dengan wajah yang sulit diertikan. Adam turut melakukan hal yang sama.

Perlahan-lahan Aira menoleh di ke atas katilnya yang dipenuhi dengan tujuh beg kertas.

Ketujuh-tujuh beg kertas itu Aira pandang dengan senyuman nipis. Tangannya agak berat untuk memberikan beg kertas itu kepada Adora.

"Kenapa?" soal Adora apabila melihat raut wajah Aira yang seakan sendu itu.

"Eo? Tak ada apa-apalah. Sebab Aira ingat nak bagi sen..."

Belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya, kedengaran namanya dipanggil.

"Aira? Adam?"

Aira, Adam dan Adora serentak memandang ke arah si pemanggil.

"Namjoon oppa?"

Kehadiran Namjoon membuatkan mereka bertiga menundukkan sedikit kepala. Aira berasa senang bukan main.

"Eo, Adora? Kenal Aira?" soal Namjoon apabila mendapati Adora turut berada di situ.

"Kenal," ujar Adora lalu berpamit pergi. Sempat dia mengukirkan senyuman manis kepada Aira.

Aira tersenyum kemudian beralih pada Namjoon.

"Mana member oppa yang lain?" soal Aira.

"La ingat ke nak jumpa oppa je," Namjoon tersengih.

"Ada,"

"Hyung sibuk ke?" soal Adam dengan ramah.

"Sikit..." Namjoon tersengih.

precious RAIN √Where stories live. Discover now