"Tidaklah kehidupan dunia jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat melainkan seperti seseorang mencelupkan jarinya ke laut, maka lihatlaj apa yang tersisa di jarinya ketika dia angkat kembali dari laut."
☘️☘️☘️
Setiap hari, setiap minggu hinggalah ke tahun terakhir Hansol telah banyak mempelajari tentang Islam dari housematenya itu. Bukan kerana paksaan namun disebabkan keterujaannya dan rasa ingin tahu sebaik sahaja bersama dengan para housematenya itu.
Bahkan dia cuba berpuasa dan juga mengikuti tradisi orang Islam, cuma tidak melakukan solat atau menadah doa.
"Aku rasa Hansol dah berminat dengan Islam," kata Wajdi, matanya melirik ke arah Hansol yang sedang mencuba sepasang kopiah sambil dibantu oleh Amran di sebuah kedai kecil.
Mereka sekarang keluar menemani Hansol kerana keesokannya Hansol bakal berlepas ke negara asalnya, Korea Selatan.
"Allah pilih dia, Wajdi. Alhamdulillah." Fahmi tersenyum.
"Doakan semoga dia dan kita istiqamah..." Azhar menyambung bicaranya.
"Dan, sampai saja kat Korea abi dah lafazkan kalimah syahadah kat masjid sana." jelas Tuan Hanafi panjang lebar.
"Jadi abeoji (datuk) dan halmeoni (nenek) terima tak # pengislaman abi?" tanya Aira. Gelas yang kosong itu dia pusing-pusingkan sedikit.
"Dah lama abi tak dengar khabar dieorang, pernah abi dan ummi pergi Korea masa kamu dan abang kamu kecil. Tapi, tengok keadaan tidak sesuai. Abi hanya ampu tatap dari jauh." Aira tahu, abinya itu cuba bertenang dan mengukirkan senyuman meskipun dalam hati sentiasa merindukan dua insan itu.
Dia dan Adam tidak pernah melihat abeoji dan halmeoni mereka secara langsung, cuma gambar sahaja dapat dihantar daripada uncle Daud yang sudahpun ke Korea sejak mereka berdua sekolah rendah lagi kerana ibunya sudah menerima Islam.
Dia berdoa, semoga abeoji dan halmeoni abinya itu juga terbuka hati untuk menerima Islam. Sama seperti abeoji dan haelmoni sebelah ummi mereka.
Ya, ibu dan ayah kepada Puan Aisyah mereka sudah pun memeluk agama Islam namun mereka meninggal dunia ketika Aira masih dalam kandungan dan Adam ketika itu berumur dua tahun.
Tuan Kim dan Puan Kim iaitu ibubapa kepada Tuan Hanafi telah menukar nombor telefon mereka sejak dia meninggalkan rumah 20 tahun yang lalu. Hampir tiga tahun dia berada di bumi Malaysia, jujur dia amat merindukan sosok bayangan dua orang insan yang menjaga dan mendidiknya dari kecil. Pernah sekali dia ke sana namun melihat keadaan yang tidak mengizinkan, hanya tatapan dari jauh sahaja sudah memadai. Jujur, dia amat merindukan mereka.
Mujurlah Daud sahabatnya itu sudah ke Korea semula, dapatlah dia meminta tolong untuk melihat dan menyampaikan keadaan ibubapanya itu.
Tuan Hanafi diam sejenak. Teringat dia dengan perbualannya dengan rakannya iaitu Ahmad tentang ibubapanya di Ilsan. Rakannya itu mengatakan bahawa ibu dan ayahnya itu telahpun berpindah dari Gwacheon ke Ilsan. Jejak mereka tidak dapat dikenal pasti. Itulah antara sebab dia bertemu dengan Ahmad di Sabah. Selain urusan percutian dan juta kegiatan dakwah, ada urusan lain yang besar untuk dia uruskan.
"Ha, abi." Aira teringatkan kes tengah hari tadi bersama seorang Atheis.
"Ya?"
"Aira nak bagitahu sesuatu."
"Apa tu?"
Aira mengemamkan bibirnya sebelum berbicara.
"Aira jumpa dengan seorang Atheist tengah hari tadi,"
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020