"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi." (Al Baqarah, ayat 173)
"Dan makanlah daripada rezeki yang sudah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik." (Al Maidah, 88)
️☘️☘️☘️
Yoongi dan Namjoon duduk di gazebo yang berada di tengah-tengah taman resort. Kicauan pagi burung dan mentari yang bersinar naik mengindahkan suasana. Kedua-dua jejaka itu sibuk berbincangkan tentang perihal album mereka yang mendatang. Meskipun tidak dimaklumi apa-apa oleh agensi, apa salahnya jika mereka melakukan persiapan awal?
"Jadi, apa konsep yang sesuai untuk kali ini?" Yoongi membuka suara setelah agak lama mereka berkutat dengan iPad dan laptop peribadi untuk mencari menghasilkan lagu baru dan hal lain yang berkaitan.
"Hurm, aku tak berapa pasti untuk konsep. Kita kena bincang dengan Bang PD-nim untuk tu. Fokus sekarang adalah, buat lagu baru." ujar Namjoon, kemudian kembali menatap laptop peribadinya. Yoongi mengangguk.
"Aku fikir nak buat kolaborasi." Yoongi mengeluh perlahan.
"Tapi aku kena cipta dulu instrument dan pilih penyanyi yang mana sesuai untuk lagu,"
"Baguslah," setuju Namjoon. Dia tahu kelebihan Yoongi yang bukan sahaja merupakan seorang idol rapper sahaja, malah mempunyai bakat produser yang sangat menarik dan kreatif.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba Yoongi melihat sosok tubuh yang melewati mereka. Matanya dikecilkan. Samar-samar wajah yang diperhatikan tadi bukanlah staff atau stylist noona yang dia kenali.
"Kenapa hyung?" Namjoon hairan melihat Yoongi yang menatap jauh, tanpa basa basi, dia menatap arah yang sama.
"Aira!"
****
"Aira!"
Aira memalingkan wajahnya kepada si pemanggil. Dari jauh dia melihat dua orang jejaka berada di sebuah gazebo dan salah seorangnya sedang melambai ke arahnya.
Aira tersenyum kecil dan menapak ke arah mereka berdua.
"Hai Namjoon oppa," Aira membongkokkan badannya sedikit. Jarak mereka agak jauh. Kemudian dia menatap ke arah jejaka di
samping Namjoon.Mulut jejaka itu sedikit ternganga dan matanya tidak lepas daripada memandang Aira. Aira mengenakan tudung bawal labuh, blouse labuh dan seluar slack labuh. Kelakuan lelaki itu membuatkan Aira tidak selesa sehingga dia tersedar kerana disinggung oleh Namjoon.
"Er, maaf." Jejaka itu menundukkan matanya seraya menggosok lehernya segan.
Melihat kecanggungan itu, Namjoon berdehem sejenak, pandangan beralih pada Aira yang masih lagi berdiri di hadapan mereka.
"Aira, ini Yoongi oppa. Produser kumpulan kami." Namjoon mengenalkan Yoongi. Mahu tidak mahu, Yoongi tersenyum juga. Senyum canggung.
"Oh, nama saya Aira." Aira memperkenalkan diri. Namjoon ketawa kecil melihat reaksi Aira.
"Dia kenal nama Aira, cuma tuan badan je tak."
Sekali lagi Aira tersenyum nipis. Agak canggung kerana lelaki bernama Yoongi itu kelihatan agak pendiam. Namun Aira cuba bersangka baik, pasti dia seorang yang kurang berinteraksi dengan orang luar.
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020