14 | Ketentuan Yang Indah

138 58 1
                                    

"Bila kita selalu berada ditempat yang tinggi. Ada masa kita perlu ingat pada orang yang dibawah. Agar kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur."


☘️☘️☘️

Kopi yang baru sahaja dihirup diletakkan di atas piring cawan dengan tenang. Sungguh, perbincangan yang dibincangkan oleh dua insan itu sangat serius.

"Betul ke kau dah jumpa location rumah baru eomma dan appa aku?" soal Tuan Hanafi. Dia memandang figura yang sedang menatap layar laptop di hadapannya.

"Alhamdulillah. Dah jumpa. Mula-mula susah juga tapi Allah permudahkan,"

Tuan Hanafi tersenyum.

"Alhamdulillah. Baguslah,"

"Kau bila nak balik sana semula? Dah 20 tahun berlalu. Anak-anak kau dah besar, dan aku yakin eomma dan appa kau pasti dah terima dan rindu kau sekarang..."

Senyuman Tuan Hanafi menipis.

"Ya, aku tahu. Aku cadang nak bawa keluarga aku ke sana. Tapi waktu tak pasti lagi."

Dia kembali mengambil cawan kopi dan menghirupnya lagi.

"Kenapa tak cuti sekolah sekarang ni je? Cuti ni kan dua minggu, satu minggu ni kau spend time dengan keluarga kau, minggu depan kau bawa dieorang pergi sana."

"Aku akan fikirkan nanti. Apa-apa keputusan aku akan maklumkan," ujar Tuan Hanafi.

"Baguslah," figura itu menutup laptopnya.

"Terima kasih banyak-banyak, Ahmad."

Figura dipanggil Daud itu tersenyum.

"Sama-sama Hanafi,"

Tuan Hanafi tersenyum. Penantian hampir 20 tahun. Moga dipermudahkan segala.

****

"Abang,"

Aira menuju ke arah Adam yang sedang mengambil angin di beranda resort.

"Ya? Kenapa?"

Aira tidak menjawab. Dia berdiri di sebelah Adam. Pandangannya lurus ke hadapan sambil membetulkan tudung sarungnya.

Pemandangan laut yang indah pada malam itu sungguh mengindahkan suasana.

Aira memeluk Adam dari sisi membuatkan Adam tersenyum. Haih... manjanya adik sorang ni. Bahu Aira diusapnya perlahan.

"Abang rasa, macam mana ya haelmoni dengan abeoji dekat Korea sana?"

"Eum?"

"Abeoji dan haelmoni. Dah hampir 20 tahun kita tak pernah jumpa. Hanya gambar yang ummi dan abi tunjukkan je tu pun kita tak tahu bagaimana keadaan mereka. Ke..."

"Aira,"

Adam memegang kedua-dua bahu Aira lalu dihadapkan di hadapannya. Kepalanya menunduk supaya selari dengan Aira. Dapat dia lihat ada sedikit linangan air mata yang terhasil dari kelopak mata adiknya itu.

"Bertahun-tahun ummi, abi dan kita berdoa kat Allah SWT supaya memberikan hidayah pada mereka. InshaAllah segala usaha dan doa kita akan tercapai. Percayalah, Allah SWT tak akan menghampakan hamba-hambaNya yang telah berusaha. Percaya dengan Allah."

precious RAIN √Where stories live. Discover now