Rania bangun dari tidurnya dan berjalan kearah tandas untuk membasuh muka dan mengambil wuduk . Walaupun dia tidak bertudung , tapi solat tidak pernah dia lupakan .
Usai dia solat , dia bersiap dan terus turun ke dapur untuk melihat apa yang boleh dijadikan sarapan paginya dan Yana .
Rania mengeluarkan coco crunch dan susu daripada peti sejuk .
'Morning ' . tegur Yana .
'Hi morning , nah makan' . Rania menghulur semangkuk coco crunch kepada Yana .
'Thankyou . Eh kau dah cari tempat praktikal ? Aku tak tau lah nak praktikal dekat mana ' . kata Yana .
'Belum juga weh , kau tu apa susah praktikal lah dekat company Papa kau' . cadang Rania .
'Taknak lah aku , kalau aku kerja sana confirm senang senang dapat markah . Tak challenging langsung ' . balas Yana .
'Takpelah nanti kita fikir , dah makan cepat kelas awal harini' . arah Rania .
Rania dan Yana keluar daripada kereta apabila sampai di Universiti .
Mereka berjalan kearah kelas mereka pagi itu .
'Ran duduk situ jom ' . ajak Yana .
Rania mengangguk . Mereka duduk di tempat yang dicadangkan oleh Yana .
Semua pelajar di dalam kelas itu berdiri apabila pensyarah mereka melangkah masuk kedalam kelas itu .
'Baik semua , harini kita ada pelajar baru . Awak boleh perkenalkan diri awak'. Kata pensyarah wanita itu .
'Assalamulaikum semua , nama saya Haikal Eiman . Boleh panggil saya Haikal ' . Haikal memperkenalkan dirinya .
'Okay Haikal , awak boleh duduk'. Arah pensyarah itu .
Haikal mengambil tempat duduknya .
........................................................................
Tengku Dayana bangun daripada tidurnya . Dia memandang sebelah , kelibat Tengku Kamil Eril sudah tiada .
Dia memandang kearah meja dihadapan katil bilik itu .
Terdapat sebiji pil dan segelas air . Ada nota juga yang ditinggalkan oleh lelaki itu .
'Jangan lupa ambil pil ni , i still tak ready nak ada anak dengan you'.
Tengku Dayana terus menelan pil dihadapannya . Dia juga masih tidak mahu badannya buruk kerana mengandung .
Tengku Kamil melangkah masuk kedalam rumah ibu bapanya .
'Mil , jom makan Mama dah masak tu' . ajak Tengku Mariam .
'Mil naik atas dulu , mandi tukar baju lepas tu Mil turun ye Mama' .balas Tengku Mariam
'Okay , Mama tunggu dekat bawah' . kata Tengku Mariam .
Tengku Kamil Eril melangkah masuk kedalam biliknya . Dia menghempaskan badannya di atas katil milik biliknya .
........................................................................
Rania dan Yana keluar daripada kelas mereka .
'Assalamulaikum' . tegur Haikal Eiman .
'Waalaikumsalam' . balas Rania sampai memandang sekilas kearah Yana .
'Er ni saya nak bagi ni , awak tertinggal tadi' . kata Haikal sambil menghulurkan buku nota milik Rania .
'Oh , thankyou saya tak perasan tadi' . balas Rania .
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
RomanceRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...