Rania bangun awal daripada tidurnya walaupun dia tidur lewat kerana mengemas barangnya , dia terpaksa bangun awal kerana dia akan mula bekerja hari ini .
Rania bangun mandi , solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja .
Apabila dia keluar daripada bilik , dia ternampak Tengku Kamil sudah ada di dapur .
'Err Tengku , saya ada masak nasi goreng tadi ' . kata Rania .
Tengku Kamil yang sudah siap berpakaian formal memandang kearah Rania .
Dia memandang Rania dari atas sampai ke kaki . Lengkap berbaju blouse dengan seluar slack dan mengikat rambut kemas .
'Tengku ' . kata Rania sambil melambaikan tangan kearah Tengku Kamil .
'Ha , apa ?' . tanya Tengku Kamil yang tersedar dari lamunannya
'Saya tanya ni , Tengku nak makan ke sebelum pergi office ? Kalau nak saya boleh buatkan' . kata Rania
'Tak payah laa, aku nak cepat . Ni by the way , aku taknak orang dekat office tau pasal kau dengan aku . Kau faham ?' . kata Tengku Kamil .
'Faham Tengku ' . balas Rania .
Pagi itu Rania pergi ke pejabat menaiki kenderaan awam .
Sampai sahaja di pejabat dia menuju ke arah lif dan menekan no 5 kerana disitu akan ada yang menunggunya untuk diperkenalkan kepada staff yang lain .
Rania berjalan keluar daripada lif apabila sampai ditingkat yang betul . Rania tercari cari orang yang menunggunya .
'Err awak Cik Rania ke?' . tegur seorang perempuan daripada belakang .
'Er iya saya Rania' . Rania berpaling kebelakang dan menjawab pertanyaan itu sambil tersenyum manis .
'Okay cik , saya Huda . Jom saya tunjukkan bilik awak' . ajak perempuan itu .
Pintu bilik pejabat milik Rania dikuak perlahan oleh Huda .
'Cik Rania ni bilik Cik . Kalau Cik perlukan apa apa Cik boleh bagitahu saya' . kata Huda .
'Erm , Huda saya rasa awak boleh saya Rania je or Ran' . kata Rania dengan nada perlahan .
'Oh okay Ran , kalau takde apa apa saya keluar dulu ye?'. Balas Huda .
'Oh ha okay , thank you Huda' . Ucap Rania .
........................................................................
Tengku Kamil yang tadinya khusyuk membuat kerjanya tiba tiba terfikir akan Rania .
Tengku Kamil bangun daripada kerusinya dan berjalan menuju ke arah tingkap .
'Macam mana dia datang tadi ye ? Dia naik apa ? Dia dah sampai ke ?' . desis hati Tengku Kamil .
Tengku Kamil terus berjalan kearah mejanya dan menekan punat interkom yang berada di atas meja dan disambungkan kepada pembantu peribadinya
'Isha , saya nak tanya ada tak Huda bagitahu awak pasal marketing manager baru kita tu?' . tanya Tengku Kamil
'Oh Cik Rania dah masuk dah Tengku , dia tengah ada meeting dengan staff marketing yang lain sekarang ni ' . balas Isha .
'Ohh ha okay takpe , terima kasih ' . balas Tengku Kamil .
'So guys saya harap semua boleh bagi kerjasama dekat saya '. Kata Rania sebagai tanda penutup mesyuarat .
'Of course we will , but i tak faham you ni siapa . Yelah i dengar you ni budak mentah tapi tiba tiba boleh jadi manager marketing dekat sini' . kata seorang wanita dengan nada memerli .
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
RomanceRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...