Bab 4

44 2 0
                                    

Rania duduk di luar balkoni sambil termenung . Yana datang menghampiri Rania

'Ran , kau okay tak ni?' . tanya Yana .

'Aku okay ' . balas Rania lemah .

'Tak aku tahu kau tak okay , aku kenal kau bukan sehari dua' . balas Yana .

'Yanaaa..... aku taknak kahwin' . kata Rania . Tangisnya terhambur .

Yana memeluk sahabatnya . Luluh hatinya melihat Rania menangis .

'Ran , sabar okay ? Apakata kau tak payah kahwin' . cadang Yana .

'Tapi takkan aku nak tinggalkan Tengku macamtu je . Dia jadi macamtu sebab aku ' . balas Rania .

'Ran , kau kena terima semua ni . Mana tahu Tengku Kamil boleh terima kau . Kau kena yakin Ran ' . pujuk Yana .

'Dah jom tidur , mata kau dah bengkak dah tu' . ajak Yana .

........................................................................

Rania pov .

Rumah Tengku Kamil hanya ada beberapa orang saksi , tok kadi , Yana , Umi , Keluarga Tengku Kamil dan aku . Macam macam yang aku fikirkan sekarang ni . Apa akan jadi pada pelajaran aku . Dapatkah aku teruskan belajar atau berhenti ? Macam mana pulak dengan hubungan aku dan Tengku Mariam ? Dapatkah Tengku Mariam terima aku jadi menantu dia ? Ya Allah , sesungguhnya aku redha dengan segala perancangan Mu ini .

End of pov

'Dah sedia semua ?' . tanya Tok kadi .

Tengku Kamil yang berada di atas kerusi roda hanya mengangguk .

Tangan tok kadi yang dihulur disambut olehnya .

'Bismillahhirrahmannirahim , Tengku Kamil Eril Bin Tengku Yusof' . tok kadi memulakan bicara .

'Iya saya ' . balas Tengku Kamil .

'Aku nikahkan engkau dengan Rania Mikayla Binti Rahim dengan mas kahwinnya seutas gelang emas' .

'Aku terima nikahnya Rania Mikayla Binti Rahim dengan mas kahwin' . Tengku Kamil melafazkan akad itu dengan satu lafaz .

Tok kadi membaca doa , Tengku Mariam memandang sinis kearah Rania .

Selesai membaca doa , Tengku Yusof menyuruh Tengku Kamil memakaikan gelang di tangan Rania .

Pada mulanya Tengku Kamil enggan , namun apabila dipaksa oleh Tengku Yusof dia akhirnya akur .

Apabila selesai semuanya , Umi Zahra dan Yana meminta diri untuk pulang .

'Ran Umi balik dulu ye , Ran sekarang dah jadi isteri orang . Jaga suami baik baik ' . pesan Umi Zahra .

'Umi pun jaga diri ye ? Nanti Ran ada masa Ran datang' . kata Rania .

'Yana , aku nak minta tolong kau . Tolong jangan bagitahu sesiapa pasal ni . Termasuk mama papa kau' . kata Rania kepada Yana yang berdiri disebelah Umi Zahra .

'Okay , aku janji . Kau jangan risau' . balas Yana .

Selepas Umi Zahra dan Yana memeluk Rania dia masuk kedalam rumah .

'Rania' . tegur Tengku Yusof sambil berjalan ke arah Rania .

'Iya Tengku ' . jawab Rania .

'Ish apa panggil Tengku lagi ni , panggil Papa . Rania kan dah jadi menantu Papa ' . kata Tengku Yusof  .

'Er baik Teng .. Baik Papa' . kata Rania dengan nada kekok .

'Papa harap dengan perkahwinan ni Rania boleh ubah perangai Mil' . kata Tengku Yusof .

Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now