Rania keluar daripada biliknya , dia memandang sekeliling rumah itu . Kemudian dia berjalan perlahan menuju ke arah ruang tamu . Kosong , okay clear !
Rania berjalan kearah sofa dan mengambil remote tv .
'Eh hai , dah bangun ? Erm aku lapar lah boleh masakkan untuk aku tak ?' . tanya Tengku Kamil yang berada dibelakang Rania .
Rania membulatkan matanya tanda terkejut .
'Haishhh aku ingat dia takde dekat rumahhhh' . rengek Rania dalam hati
'Tak baik tau buat suami tertunggu tunggu , kesian aku lapar' . Tengku Kamil membongkokkan sedikit badannya sama dengan paras sofa dan didekatkan kepalanya dengan kepala Rania .
'Okay , saya masak . Awak nak makan apa?' . Rania terkejut dengan tindakan Tengku Kamil dan terus berdiri .
'Apa apa je , tak kesah ' . balas Tengku Kamil .
Rania mengangguk dan berjalan laju kearah dapur . Tengku Kamil hanya tersenyum melihat gelagat Rania .
........................................................................
Yana duduk di cafe tempat dia selalu makan bersama Rania sambil menunggu kekasih hatinya Iman .
Tiba tiba ada seorang lelaki menegurnya .
'Hai , you Yana kan?' . tanya lelaki itu .
'Erm yes and you ? ' . Yana seperti kenal dengan lelaki itu tetapi tak tahu di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki itu .
'I Aiman , you ingat tak ?' .
Apabila dia mendengar nama itu dia terus teringat akan lelaki itu . Lelaki itu merupakan bekas kekasih Rania . Lelaki yang pernah berjanji manis denga sahabatnya tetapi dimungkiri . Lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain semasa mempunyai hubungan dengan Rania .
Yana terus bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari cafe itu .
'Yana please , tunggu . I nak tahu dekat mana Rania . Please i beg you ' . rayu Aiman .
'You nak buat apa ? Heh tak puas ke you tipu Rania dulu . You dah kahwin Aiman . Sedar sikit diri tu ' . kata Yana .
'Ye i tahu , tapi i dah berubah . Please i nak berbaik dengan Rania . And i dah ceraikan isteri i' . balas Aiman
'Takde guna pun you ceraikan isteri you . Rania dah kahwin , dia tak perlukan lelaki dayus macam you ' . Yana berlalu pergi .
........................................................................
Rania meletakkan bihun goreng diatas meja . Air nescafe juga dibancuh dan diletakkan atas meja .
Belum sempat Rania ingin memanggil Tengku Kamil , lelaki itu sudah munculkan diri .
'Hmmmmm sedapnya bauuuu ' . kata Tengku Kamil sambil menarik kerusi di meja makan .
'Erm kalau takde apa apa saya masuk bilik dulu ' . pamit Rania .
'Eh eh , kau nak pergi mana ?' . tanya Tengku Kamil .
'Saya nak masuk bilik , kenapa awak nak apa apa lagi ke ?' . tanya Rania .
'Haah aku nak kau' . balas Tengku Kamil .
'Haaa !' . Rania terkejut dengan kata kata Tengku Kamil .
'aku nak kau teman aku makan , kau ni fikir yang bukan bukan pulak' . kata Tengku Kamil .
'Err takpelah , awak makan lah dulu' . kata Rania .
'Okay lah kalau kau taknak makan , buang jelah makanan ni . Aku tak selera' . Tengku Kamil bangun dari tempat duduknya .
'Okay okay , saya makan sekali dengan awak' . kata Rania sambil mengambil tempat dihadapan Tengku Kamil .
Rania menyendukkan bihun kedalam pinggan Tengku Kamil .
'So harini kau buat apa je ?' .tanya Tengku Kamil .
'Saya nak pergi kubur ibu ayah saya' . balas Rania .
Tengku Kamil berhenti makan apabila mendengar balasan Rania .
'Aku nak ikut boleh ?' . tanya Tengku Kamil .
'Haa , kenapa tiba tiba ?' . tanya Rania .
'Aku pun nak tahu dekat mana kubur mertua aku ' . balas Tengku Kamil sambil menyuap bihun kedalam mulutnya .
'Okay boleh je' . kata Rania
Dua kubur dihadapan dipandang sayu oleh Rania . Rania duduk diantara kubur ibu dan ayahnya .
'Nia rindu ibu , Nia rindu ayah . Ibu Ayah tunggu Nia dekat syurga ye ? Nia sayang ibu ayah ' . kata Rania tanpa dia sedar airmatanya mengalir .
'Ehem ' . Tengku Kamil berdehem tanda memberitahu tentang keberadaan yang sedang berdiri dibelakangnya . Rania berdiri disamping Tengku Kamil .
'Ibu ayah , ini Tengku Kamil Eril . Ini menantu ibu ayah . Dia baik , dia jaga Nia baik . Ibu Ayah jangan risau ye' . Rania memperkenalkan Tengku Kamil .
'Kenapa kau cakap aku baik ? Padahal aku selalu pukul kau , hina kau ' . kata Tengku Kamil dalam hati .
Rania dan Tengku Kamil membacakan surah yasin untuk kedua dua arwah .
'Nia balik dulu Ibu Ayah , nanti Nia datang lagi ye . Assalamulaikum ' . pamit Rania sambil menyentuh batu nisan milik ibu dan ayahnya .
Mereka berjalan kearah kereta milik Tengku Kamil . Mereka masuk kedalam kereta dan Tengku Kamil membawa keretanya keluar daripada perkarangan tanah perkuburan itu .
'Awak , terima kasih sebab bawa saya jumpa ibu ayah saya harini ' . ucap Rania .
'Sama sama , lain kali kalau kau nak datang lagi bagitahu aku ' . kata Tengku Kamil .
Rania mengangguk perlahan . Kereta milik Tengku Kamil laju membelah jalan raya .
Assalamulaikum guysss ! Sorry harini sis update pendek je . 700+ patah perkataan je . Sis takde idea 😂 . btw ex boyfriend Rania dah muncul guyssss ! Stay tuned for next chapter ! Love you guys 💙💙
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
RomanceRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...