Rania bersiap siap untuk pergi kerja , beg tangan di atas meja dicapai olehnya . Dia kemudian keluar daripada bilik menuju kearah dapur . Tengku Kamil yang berada di meja makan dipandang dan berjalan ke arahnya .
(Pakaian Rania)
Rania meletakkan beg tangannya diatas meja makan .
'Kau nak pergi mana ? ' . tanya Tengku Kamil .
'Saya nak pergi kerja lah ' . balas Rania sambil membuka peti ais dam mengeluarkan botol air
'Okay lah saya pergi kerja dulu dah lambat ni ' . Ujar Rania .
'Tumpang aku jelah ' .
'Eh takpelah , lagipun pagi ni awak ada meeting dekat luar kan ? Takpe saya naik teksi je' . balas Rania . Ranua bangun dari duduknya dan berjalan kearah Tengku Kamil . Tangannya dihulurkan kepada Tengku Kamil . Dia membuat muka pelik .
'Salam ' . kata Rania sambil tersenyum manis .
Tangan Tengku Kamil dihulurkan . Rania mencapai tangan itu dan disalam olehnya . Pertama kali dia menyalam lelaki itu selain daripada majlis nikah haritu .
Sedang Rania menunggu teksi , tiba tiba ada sebuah kereta berhenti dihadapannya .
Pemilik kereta itu keluar daripada keretanya .
'Hai Rania ' . tegur Aiman .
'Abang buat apa dekat sini ?' . tanya Rania .
'Abang saja nak hantar Ran pergi kerja' . balas Aiman
'Takpe laa abang , Ran dah order grab dah ni' . Tipu Rania , dia baru bercadang ingin menahan teksi sahaja .
'sebenarnya , abang nak mintak maaf dengan Rania. So sebagai tanda minta maaf bagi Abang peluang hantar Rania pergi kerja. Abang janji ni kali terakir abang jumpa Rania ' . Ujar Aiman.
'Okay kalau Abang cakap macamtu , Rania ikut Abang' . kata Rania yang percaya dengan kata kata Aiman
Aiman membukakan pintu kereta untuk Rania .
Klik klik .
Gambar mereka diambil oleh seseorang dari jauh .
Sepanjang perjalanan , Rania hanya mendiamkan diri . Berasa kekok duduk satu kereta dengan seorang lelaki yang pernah menghancurkan hatinya .
'Erm , Rania kalau abang nak ajak Rania makan dulu boleh tak ? ' . tanya Aiman
'Ran bukan taknak tapi Ran ada banyak kerja lah nak kena buat' . balas Rania .
'Tak lama pun sekejap je' . kata Aiman .
Rania hanya mengangguk tanda setuju .
........................................................................
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
Roman d'amourRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...