Pin pin....
Sreettt .......
Rania berdiri kaku dan menutup mukanya kerana terkejut . Tiba tiba dia terasa ada seseorang menolaknya ketepi .
Bushhhh ......
Dia bangun daripada duduknya apabila dia terdengar bunyi seseorang dilanggar .
Dia memandang kearah orang yang menyelamatkannya itu . Berlumuran dengan darah .
'Encik , encik bangun . Call ambulans , tolong call ambulans !' . jerit Rania sambil meriba lelaki itu .
'Rannn !' . jerit Yana dan belari kearah Rania yang sedang menangis ketakutan .
'Tengku Kamil' . kata Yana perlahan .
'Yana , aku takut Yana' . kata Rania sambil memeluk Yana
Tidak lama kemudian ambulans sampai di tempat kejadian . Rania naik ambulan , malah Yana mengikut ambulans dari belakang .
'Tolong bertahan Encik , bagi saya kesempatan untuk berterima kasih . Tolonglah' . Rania merintih di dalam hati .
Tengku Kamil Eril ditolak menuju kebilik rawatan dengan menggunakan stroller .
'Cik , cik sila tunggu luar ' . arah seorang jururawat .
'Rania , sabar babe . Everything gonna be okay'. Kata Yana sambil menggosok belakang Rania .
'Ni semua salah aku weh , kalau aku jalan betul betul benda ni semua takkan jadi . Lelaki tu takkan kena langgar weh' . kata Rania sambil menangis .
'Ran , okay kita duduk dulu' . Mereka duduk di kerusi dihadapan bilik rawatan itu .
'Ran kau tak boleh salahkan takdir Ran . Allah dah aturkan semuanya . Mesti ada hikmah disebalik semua ni' . kata Yana .
Tengku Mariam dan Tengku Yusof masuk kedalam hospital . Mereka kemudian mendapatkan Yana .
'Yana , macam mana dengan Mil ?' . tanya Tengku Mariam dengan nada risau .
'Aunty , calm down . Mil still dekat dalam emergency room kita doa je yang baik baik' . balas Yana sambil menggosok bahu Tengku Mariam .
'Kau , sebab kau kan anak aku jadi macam ni ?' . kata Tengku Mariam apabila dia tengok baju Riana penuh dengan darah .
'Astafirullahhalazim , apa awak cakap ni Mar ? Mengucap Mar , Mil masih ada dekat dalam tu . lebih baik awak doa daripada awak tuduh yang bukan bukan' . kata Tengku Yusof .
'Saya minta maaf Tengku , saya tak perasan ada kereta . Dan anak Tengku cuba selamatkan saya . Tapi dia yang cedera ' . balas Riana yang menangis pada ayat terakhirnya .
'Kau ingat ni , kalau apa apa jadi dekat anak aku , aku takkan maafkan kau' . kata Tengku Mariam .
Tidak lama kemudian keluar seorang doktor daripada bilik kecemasan .
'Ahli keluarga Tengku Kamil' . kata doktor tersebut .
'Macam mana dengan anak saya doktor ?' . tanya Tengku Yusof .
'Tengku Kamil dah sedar namun dia mungkin akan mengalami kelumpuhan pada kakinya . Tapi jangan risau , kalau Tengku Kamil dijaga dengan baik dan dia selalu datang fisioterapi , inshaAllah keadaan dia akan kembali normal ' .doktor itu menerangkan keadaan Tengku Kamil Eril .
Doktor itu berlalu pergi .
Pang . Tengku Mariam menampar kuat pipi milik Rania .
'Ni semua sebab kau ! Puas hati kau ?' . kata Tengku Mariam
'Aunty , apa aunty buat ni ?' . kata Yana sambil memeluk bahu Rania .
'Mar ! Awak ni dah melampau ! ' . kata Tengku Yusof sambil menarik tangan Tengku Mariam .
Mereka semua masuk kedalam bilik yang menempatkan Tengku Kamil Eril .
'Mil , ya Allah macam mana boleh jadi macam ni sayang ' . kata Tengku Mariam sambil memeluk anaknya .
'Ma , kaki Mil dah tak boleh guna Ma' . kata Tengku Kamil Eril sambil menahan tangisnya .
Rania yang ada di dalam bilik itu rasa bersalah .
Tengku Mariam melepaskan pelukkannya .
'Kau keluar dari bilik ni , keluar !' . jerit Tengku Kamil .
'Saya minta maaf ' . kata Rania sambil menahan tangisnya .
'Kau ingat , maaf kau tu boleh sembuhkan kaki aku ke ?' . tanya Tengku Kamil .
'Saya akan bertanggungjawab atas apa yang dah jadi ' . balas Rania .
'Macam mana kamu nak bertanggungjawab?' . tanya Tengku Yusof .
'Saya akan jaga Tengku Kamil sampai Tengku betul betul sembuh' . balas Rania .
'Ran , study kau macam mana ?' . tanya Yana .
'Tengku Kamil jadi macam ni sebab aku , sekarang ni bukan masa aku fikir pasal study Yana' . balas Rania .
'Baiklah saya setuju' . balas Tengku Yusof .
'Abang , kenapa abang senang sangat percaya dekat perempuan ni ?' . tanya Tengku Mariam .
'Awak diam Mar !' . jerit Tengku Yusof .
Tidak pernah mereka nampak lelaki itu marah sebegitu .
'Saya nak awak kahwin dengan Mil' . balas Tengku Yusof .
'No Pa , Mil takkan kahwin dengan dia ' . bantah Tengku Kamil .
'Tengku , bukan itu tujuan saya Tengku '. Balas Rania .
'Saya tahu , takkan awak nak jaga Tengku Kamil tanpa apa apa ikatan . Tak manis anak dara dengan lelaki duduk satu rumah ' . balas Tengku Kamil .
'Saya boleh jaga anak saya ' . kata Tengku Mariam .
'Keluarga awak duduk mana ?' . tanya Tengku Yusof tanpa menghiraukan kata kata daripada mulut Tengku Mariam .
'Saya takde keluarga , saya dibesarkan di rumah anak yatim ' . balas Rania .
'Yana , esok malam bawa Rania datang rumah uncle . Kita buat akad nikah dekat situ' . arah Tengku Yusof .
Entah kenapa dia rasa yakin dengan keputusannya itu .
'Er okay uncle' . balas Yana .
'Awak berdua boleh balik dulu' . arah Tengku Yusof .
Mereka keluar dari bilik itu .
'Mil takkan kahwin dengan dia' . kata Tengku Kamil .
'Mil , Mama Papa ni bukan muda lagi . Mama kamu ni bekas patah tulang dulu pun tak baik lagi . Papa ni nak berdiri lama pun tak larat. Tak lama pun Mil lepas Mil sembuh , terpulanglah Mil nak buat apa' . balas Tengku Yusof .
'Yana , bawa aku jumpa Umi ' . kata Rania .
'Boleh , tapi kau kena tukar baju dulu . Kalau adik adik Cahaya Kasih nampak mesti diorang takut' . pujuk Yana .
Rania hanya mengangguk .
Sesampai mereka di Cahaya Kasih , dia terus memeluk Umi yang sedang memantau anak anak disitu .
'Umi ......' . kata Rania sambil menangis .
'Ya Allah , Ran . Kenapa ni ? ' . tanya Umi Zahra .
'Jom masuk jom ' . Umi Zahra mengajak Rania dan Yana masuk kedalam pejabatnya .
Mereka menceritakan apa yang terjadi .
'Astafirullahhalazim , Ran . Umi minta maaf Ran ' . kata Umi Zahra
'Takpe Umi , ni bukan salah Umi' . balas Rania .
'Esok Umi teman Ran ye ?' . kata Rania .
'Iyalah , Umi teman Ran esok ' . balas Umi Zahra .
So macammana ada rasa geram tak dekat Tengku Mariam ? Author pun geram ni kan pulak korang kan ? Hehehe . stay tune for the next chapter ! Iloveyou guys ! ❤
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
RomanceRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...