'Mil takkan nak balik kondo malam ni jugak kot ?' . tanya Tengku Mariam .
'Kamu tu baru je baik , duduk lah sehari dua lagi dekat sini' . balas Tengku Kamil .
'Mil bukan apa Pa , Mil kalau boleh nak lah merasa hidup berdua dengan Rania . We need privacy ' . kata Tengku Kamil .
Tengku Mariam memandang ke arah Tengku Kamil apabila Tengku Kamil berkata begitu . Dia risau plan dia ingin mengahwinkan anaknya dengan Tengku Dayana hancur .
'Hm takpe lah kalau macam tu , jangan kami buli pulak si Rania tu' . balas Tengku Yusof .
Tengku Kamil hanya menganggukkan kepalanya .
'Kau tunggu lah nasib kau Rania Mikayla' . desis hati Tengku Kamil sambil tersenyum sinis .
........................................................................
Umi Zahra duduk di kerusi batu sambil menghadap pantai yang berada di hadapan Cahaya Kasih .
'Umi ' . tegur seorang penghuni perempuan disitu .
'Eh Farah , duduk lah' . ajak Umi Zahra .
Farah mengambil tempat disebelah Umi Zahra .
'Umi termenung apa ?Dari pagi tadi Farah tengok Umi asyik termenung je . Risau Farah' . tanya Farah .
'Umi takde apa apa cuma , Umi terfikirkan Kak Ran ' . balas Umi Zahra .
'Kenapa dengan Kak Ran ? Dia ada masalah ke dengan suami dia ?' . tanya Farah .
Farah merupakan salah seorang penghuni yang rapat dengan Umi Zahra dan Rania .
'Umi dapat rasa Tengku Kamil masih belum boleh terima Kak Ran' . balas Umi .
'Umi , kita doa je yang baik baik untuk kak Ran . InshaAllah , semua dipermudahkan' . kata Farah sambil mengenggam tangan Umi Zahra .
Petang itu Rania mengemas pakaiannya untuk pindah masuk kedalam kondo milik Tengku Kamil.
Tengku Kamil masuk kedalam bilik , dia langsung tidak memandang kearah Rania .
Rania bangun dan berjalan menuju ke arah Tengku Kamil .
'Tengku nak mandi ? Saya boleh sediakan pakaian Tengku ' . kata Rania .
'Kau ingat aku ni cacat ke ? Aku boleh jalanlah ' . balas Tengku Kamil kasar .
'Err Tengku , saya rasa semua dah selesai . Tengku boleh lepaskan saya' . Rania bersuara .
Tengku Kamil berpaling kearah Rania . Tengku Kamil berjalan kearah Rania . Rania berjalan selangkah demi selangkah apabila lelaki itu berjalan kearahnya . Sehingga badan Rania tersandar pada dinding bilik . Tengku Kamil letakkan tangan dinding tersebut tanda mengunci pergerakkan Rania .
'Kau ingat senang senang ke aku nak lepaskan kau ? Aku takkan lepaskan kau selagi aku belum balas dendam dekat kau ' . kata Tengku Kamil .
'Apa Tengku cakap ni ? Untuk apa lagi Tengku simpan saya ? Tengku dah sihat , jadi saya rasa takde masalah kalau Tengku lepaskan saya' . kata Rania perlahan , dia takut mertuanya dengar pertengkaran itu .
'Perempuan murah macam kau ni memang patut dapat balasan . Aku takkan senang senang lepaskan kau ' . kata Tengku Kamil .
Apabila terdengar perkataan 'perempuan murah' yang digelarkan oleh lelaki itu , air mata Rania mula bertakung . Tiba tiba kedengaran ketukan pintu dari luar .
Tengku Kamil berjalan kearah pintu bilik dan membuka pintu
'Iya Mak Hawa , ada apa ?' . tanya Tengku Kamil .
'Papa nak jumpa Ran dengan Mil . Papa tunggu dekat ruang tamu ' . kata Mak Hawa .
'Ohhh , okay Mak Hawa kejap lagi kitorang turun' . balas Tengku Kamil .
Mak Hawa melangkah turun ke dapur untuk menyambung kerjanya .
Tengku Kamil dan Rania turun ke ruang tamu dan berjalan menuju kearH Tengku Yusof dan Tengku Mariam .
'Papa ' . tegur Tengku Kamil .
'Ha Mil , Ran duduk lah' . arah Tengku Yusof .
Rania dan Tengku Kamil duduk di sofa hadapan Tengku Yusof .
'Ada apa Papa nak jumpa kitorang ? And Mama tak join ke ?' . tanya Tengku Kamil .
'Mama kamu tu tiba tiba malam ni nak sakit kepala lah apa lah . Ni sebenarnya Papa nak tanya Mil , Mil masih belum berminat ke nak ganti tempat Papa ?' . tanya Tengku Yusof .
'Ermm macam ni Pa since Papa pun dah tanya , Mil berminat nak ganti tempat Papa . Lagipun Mil pun sekarang tengah takde kerja takkan Mil nak duduk rumah je kan ' . kata Tengku Kamil .
'Kira jadilah ni ye ? Kalau jadi esok Papa bawak Mil pergi office , kita kenal dengan semua orang ' . kata Tengku Yusof
'Okay boleh' . balas Tengku Kamil .
'Ha ni Ran , sekarang Ran dah habis belajar kan ?' . tanya Tengku Yusof
'Haah Papa , sekarang ni Ran tengah cari tempat praktikal ' . balas Rania .
'Ha ni kebetulan dekat office tu ada jawatan kosong untuk Ran . Marketing management , Ran nak tak?' . tanya Tengku Yusof
'Ran okay je papa , even lain dengan course yang Ran ambil . sebab dulu masa dekat sekolah Ran ada belajar jugak tentang marketing ni' . balas Rania .
'Ermm Mil macamana ? Okay ke ?' . tanya Tengku Yusof .
'Ha Mil okay je , lagi seronok boleh tengok ISTERI Mil ni 24 jam ' . perkataan isteri saja di pekatkan .
Rania dan Tengku Kamil masuk kedalam bilik mereka .
'Kenapa awak setuju dengan cadangan Papa ?' . tanya Rania .
'Dah kau yang setuju dulu , salah aku ke ?' . balas Tengku Kamil .
'Saya setuju tu sebab Papa offer , takkan saya nak tolak ' . kata Rania .
'Aku pun tak faham kenapa kau terima , yelah kau ambil course Medical , tapi nak kerja kat office Papa aku . Nampak sangat kau nak kaut semua harta Papa aku ' .
'Lagipun aku taknak kau tersiksa dekat rumah je , aku nak kau tersiksa everywhere ' . balas Tengku Kamil .
Rania terdiam apabila mendengar jawapan Tengku Kamil .
'Dah siap cepat , aku nak gerak cepat . Tak tahan aku duduk satu bilik dengan perempuan murah macam kau ni ' . arah Tengku Kamil .
Rania masih terdiam , sambil menahan air matanya daripada jatuh .
Petang itu mereka pindah masuk kedalam kondo milik Tengku Kamil .
'Bilik kau dekat belakang , bilik depan sekali ni bilik aku , kau jangan sesekali jejak dalam bilik tu . Kau masuk dalam bilik tu nahas kau' . Tengku Kamil memberi arahan .
Assalamulaikum guys ! Sorry dah lama sangat tak update , saya busy sikit lately ni assignment banyak sangat. Anyway , thank you for keep supporting me ! Love you guysss ! 💙
YOU ARE READING
Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )
RomanceRania Mikayla . Seorang anak yatim daripada kecil , namun status itu tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya . Seorang yang dicemburui oleh semua perempuan kerana kecantikannya . Disebabkan sifat yang sangat baik dalam dirinya membuatkan dia tida...