Bab 14

35 2 0
                                    

Rania terjaga daripada tidurnya apabila jam pada telefonnya berbunyi .

Dia menurunkan kakinya daripada katil . Malangnya kakinya terlalu sakit untuk digerakkan . Kakinya juga sudah mula membengkak .

'Aduhh , sakitnyaaa . Macam mana nak bangun ni' . rintih Rania .

Namun dia gagahkan juga kakinya kerana dia ingin masak sarapan untuk suaminya , mana tahu dengan cara itu boleh membuatkan hati suaminya lembut semula .

Selepas dia menunaikan solat subuh , dia kemudian berjalan ke dapur untuk memasak .

Usai dia memasak dia meletakkan makanan diatas meja makan .

Tengku Kamil keluar dari biliknya .

'Err awak , jom makan saya dah masak untuk awak' . ajak Rania .

'Tak payah lah masak bagai , aku bukan budak budak . Pandai pandailah aku cari makan sendiri' . kata Tengku Kamil sambil memakai kasut dan terus keluar dari rumah .

Rania terdiam dan membiarkan Tengku Kamil keluar .

Rania mencapai telefonnya yang berbunyi .

'Hello , Cik Rania tak masuk office ke harini ?' . tanya Huda.

'Eh masuk masuk , sekejap lagi saya sampai ' . balas Rania .

........................................................................

Rania berjalan masuk kedalam bangunan TY company . Dia menekan butang pada lif tersebut .

Dia kemuadian masuk kedalam lif . Kakinya yang masih sakit dibalut dengan bandage . Apabila sampai di biliknya Huda segera masuk kedalam biliknya kerana dia ternampak kaki Rania berbalut .

'Cik Rania okay ke ni ? Kenapa dengan kaki Cik Rania ?' . tanya Huda .

'Takde apa Huda , kaki saya terseliuh sikit je ni . saya okay , awak jangan risau eh' . balas Rania sambil tersenyum .

'Betul ke ni ? Nampak macam dah bengkak dah tu' . tanya Huda .

'Takpe , saya okay , saya nak tanya semalam Tengku Kamil ada masuk dalam bilik saya ke ?'. Tanya Rania

'Semalam , saya tak perasan pulak dia masuk . Mungkin dia masuk masa saya dah balik semalam' . agak Huda .

'Hm takpe lah kalau macam tu '. Kata Rania , Huda berlalu keluar .

'Auntyyy , lately ni Mil macam nak taknak je layan Ana ' . adu Tengku Dayana kepada Tengku Mariam .

'Haih aunty rasa kita kena buat something' . balas Tengku Mariam dan terus berdiri .

'Ana rasa Mil dah jatuh cinta lah dekat perempuan' . kata Tengku Dayana .

'Nonsense , i will not allow that happen' . balas Tengku Mariam .

Petang itu Rania pulang awal daripada pejabat . Kakinya yang sudah bengkak rasa sangat sakit .

Rania tertidur di sofa selepas di makan ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi olehnya .

Tengku Kamil masuk kedalam rumahnya apabila kunci rumahnya dibuka . Dia kemudian membuka kasutnya dan diletakkan di rak kasut . Semasa dia ingin masuk ke dalam biliknya , dia terpandang Rania yang tertidur di atas sofa .

Dia kemudian berjalan kearah sofa itu . Matanya tertancap kepada kaki Rania yang dibalut dan membengkak .

Tengku Kamil duduk di atas sofa yang sama , kaki milik Rania disentuh .

Badan kecil Rania di dukung untuk dipindahkan kedalam bilik miliknya Dia meletakkan Rania di atas katil . Rambut yang menutup dahi Rania di ketepikan . Rasa bersalah dalam dirinya membuak buak dalam diri .

Beg For a Second Chance (SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now