1

4.8K 198 16
                                    

"Cik Mikael, bulan depan cik kena pergi Melaka untuk hearing kes client bernama Puan Amnah binti Razib... semua saya dah settlekan. Nanti saya akan bagi booking number untuk hotel dekat Cik Mikael."

Haa, jangan ingat aku ni perempuan grade AA pula! Nama aku Mikael Zahra binti Megat Yusof. Kalau nak lagi terkejut, Pakcik Megat Yusof dan Makcik Soraya dah bubuh nama adik-beradik aku dengan nama para malaikat. Mungkin nak suruh kami adik-beradik ni ikut perangai malaikat yang patuh dengan Tuhan dan bukan ikut jejak Langkah syaitan, kot...

Aku anak kedua daripada tiga beradik. Yang sulung bernama Megat Jibrail bin Megat Yusof, lepastu akulah yang menyusul dan adik bongsu aku pula nama dia Megat Ridhwan bin Megat Yusof. Kira beruntunglah aku tak kena letak nama malaikat pencabut nyawa. Boleh bayangkan tak kalau nama aku Izrail Zahra binti Megat Yusof? Hahaha, mahu aku mogok tak mahu keluar daripada rahim mama!

Hmm, kejap biar aku kasi habis cerita pasal diri sendiri. Malas aku nak terangkan pasal kerja aku semua dekat bawah tu... Aku baru je bekerja sebagai peguam bela dan peguam cara, dah nak masuk tahun kelima aku berkhidmat dalam bidang perundangan ni. Seronok tu boleh tahanlah tapi stress tu paling tak boleh lawan! Ok kita stop jelah sesi suai kenal eh? Sambung balik dialog atas tu hah!

"Ok, baik Dian. Terima kasih sebab inform saya. I almost terlupa about Puan Amnah's case. Back to back saya kena naik turun mahkamah these few weeks, satu hal lagi bila client banyak songeh..."

Dian hanya tersenyum sahaja bila mendengar suara majikannya. Dian faham sangat kalau bossnya itu stress. Dia yang bekerja sebagai P.A Mikael pun boleh tahan sesak dada bila client datang ke firma guaman tempat dia mencari rezeki sekarang. Paling dia ingat bila ada tiga orang mak nyah datang dengan perangai diva minta Mikael Zahra mengendalikan kes mereka. Tergedik semacam, kalahlah kita yang perempuan ni nyah oii.

"Tapi lagi satu Cik Mikael saya nak tanya untuk confirmation, betul ni cik tak nak saya book flight ticket? Cuma leceh sikitlah, cik kena departure dekat KLIA then pergi ke Melaka..."

"Huhhh malaslah saya Dian. Tu lagi makan banyak masa. Saya drive sup-sap-sup celok mana boleh celok, sampai terus hotel... nanti leceh nak cari kereta untuk pick-up saya. Jangan membazir wahai Cik Dian oii..."

"Heheee baik Cik Mikael, faham... Hotel yang saya booked tu paling dekat dengan mahkamah."

"Function eh P.A saya ni rupanya, nanti claim cincalok jelah ek? Ok, saya nak siap-siap nak pergi jumpa client and saya tak masuk office dah. Saya terus balik. Awak nanti tolong passkan dokumen Encik Rudi. Dia cakap nak datang amik petang nanti."

Dian hanya menurut perintah sahaja. Senang bila bekerja dengan Mikael Zahra. Tak stress, boleh bertolak ansur dengan pekerja. Sebab itu dia boleh bertahan lama dekat firma guaman milik Mikael Zahra – Tetuan MikaelSofiya & Associates.

*tibalah hari dimana Mikael perlu pergi ke Melaka*

Sesampai sahaja di Melaka Herritage's Hotel, ingatkan boleh terus landing atas katil empuk hotel tapi memang betullah malang tidak berbau. Kalau boleh bau, dah lama Mikael usir bau-bau malang tu dari mendekati dirinya!

"Sorry Miss, but your booking list is not in our booking system..."

"Can you please recheck the list again?"

"Sure Miss..."

Sambil menunggu receptionist yang bertugas itu mencari booking number-nya, jari runcing milik Mikael Zahra tangkas mendail nombor telefon siapa lagi kalau bukan orang bertanggungjawab! Dian-lahhh...

"Assalamualaikum cik boss? Empuk tak tilam MHH?"

"Empuk sampai rasa nak hempuk kepala awak Dian..."

"Err kenapa pula ni cik boss?"

Cik Boss, dah macam suara P.A Adudu si kepala kotak pula bila dengar Dian memanggilnya begitu...

"Dian kejap, adik receiptionist panggil saya... hold on."

"Miss, I'm sorry Miss Mikael. But there is an issue regarding your booking number. Ada redundant dengan customer lain."

Fuhh nasib baik kau Dian, kalau tak memang aku hempuk kepala comel kau dengan bantal hotel lepas aku balik nanti!

"Then can I just book other available room for a week?"

"Unfortunately, our rooms are fully booked... we are truly sorry. But as to compensate you, our management will arrange your staycation next week and we will place you in our exclusive suite..."

Seronok tu memanglah, tapi mana aku nak merempat malam ni dik oii? Esok aku kena appear before judge untuk submit few important documents before hearing!!! Ahh tak kira, aku nak jumpa hempuk kepala Dian balik dari Melaka ni!

"...thank you."

"Macam mana cik boss?"

"Saya kena cari tempat lainlah nampaknya Dian. Awak tahu mana-mana hotel yang dekat dengan court?"

"Semua dah full dah, yang saya tengok masih ada kosong MHH tulah..."

"Ha tak apalah. Pandailah saya cari..."

"...thank you Dian. Assalamualaikum."

Talian sudah dimatikan. Otak seorang Mikael Zahra memang tak boleh nak fikir apa-apa kalau perut tengah buat konsert rock kapak 90-an!

"Time nilah nak anjurkan konsert rock kenapa? Aku ni tengah risau tau mana nak tidur malam ni?"

Pedal minyak sudah dipijak dan tangan sudah memusingkan stereng kereta menuju kea rah kedai makan. Mana lagi kalau bukan kedai makan yang menjual asam pedas Melaka. Fuhh, pekena asam pedas kejap lagi, harapnya bolehlah buat terapi minda dan harapnya sel-sel otak aku tak derhakalah...

"...Alhamdulillah, kenyang juga perut."

Pelayan yang bertubuh kerempeng itu dipanggil untuk mengira jumlah makan tengaharinya itu.

"Rm23.50 kak...ada lima puluh sen tak?"

Macam biasa, Mikael Zahra akan menjadi penipu kelas pertama bila orang bertanyakannya duit syiling. Ada padahal tapi malaslah aku nak korek-korek purse semata adik ni minta... maaf dik akak memang pemalas tahap gorilla. Alaa, aku bet korang pun mesti selalu en jadi penipu kelas pertama, algi-lagi bila akak cashier Tesco tanya korang! Boleh bayangkan tak kalau kita tak dapat tiket masuk syurga sebab akak cashier tak ampunkan penipuan tiap kali beli barang? Hahaha...

"Sorry dik, tak adalah. Akak ada tu je dalam purse."

"Ok tak apa... ni balance akak. Terima kasih, datang lagi!"

Selalu bila perut kenyang hati mesti senang sama, tapi aku lain pula. aku perut kenyang sampai dah macam mengandung 3 bulan tapi hati tak senang! Mana nak senang kalau hal tempat untuk bermalam sepanjang seminggu ni masih tak jumpa!

Entah mana-mana entah Mikael Zahra memandu. Tahu-tahu dah sampai depan satu rumah yang boleh tahan luas juga walaupun teres dua tingkat tapi masih lagi Nampak mewah. Pandai tuan rumah menjaga Kawasan perumahannya, puji Mikael Zahra.

Tapi ada lagi yang menarik perhatian Mikael Zahra bila terpampang iklan yang digantung di depan pagar bewarna gangsa rumah itu.

"SEDANG MENCARI PENYEWA LELAKI MUSLIM DALAM KADAR SEGERA. KALAU BERMINAT, SILA HUBUNGI PN. LATIFAH – 012-3436770!!!"

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now