BOOM! BOOM!Letupan demi letupan terhasil.
Satu demi satu bangunan runtuh, musnah dan meletup akibat terkena serangan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, mayat-mayat yang bergelimpangan di atas tanah turut hancur berderai.
Lopak darah di mana-mana saja.
Di langit pula, kelihatan dua kelibat yang saling berlawan antara satu sama lain.
Dua remaja lelaki saling beradu tenaga.
"Jangan lari!" ribuan belah pedang mengejar seorang lelaki bersayap empat.
Si lelaki bersayap empat mengelak serangan itu dengan cekap.
"Argh!" Lelaki yang seorang lagi kelihatan marah apabila satu serangannya pun langsung tidak mengena pada sasaran.
"Zach, bangun. Kau tahu tu bukan diri kau yang sebenarnya. Bangun Zach!"
"Diam." Bebola kuasa muncul lalu mengerang lelaki tadi.
Si lelaki mengelak, namun ternyata bebola kuasa itu mengejarnya.
Tetapi, lelaki itu lebih bijak dari yang disangka. Dia terbang menuju ke arah lelaki bernama Zach itu dengan keadaan dirinya masih dikejar.
Zach terkejut melihat tindakan si lelaki. Dia segera menghasilkan pelindung.
Lelaki itu terbang ke atas.
Bebola kuasa yang tidak mampu berhenti terus merempuh pelindung milik Zach.
Pelindung Zach menerima serangan dari kuasanya sendiri bertubi-tubi hinggakan retakan kecil terhasil pada pelindungnya itu.
Akhirnya pelindung itu pecah. Serangan itu terkena pada Zach semula.
BOOM!
"Zach!"
Asap yang terhasil membuatkan pandangan lelaki itu terbatas.
Beberapa detik kemudian, satu jasad kecil menjunam keluar dari kepulan asap itu.
Zach kelihatan tidak bermaya untuk terbang semula. Dia memejamkan matanya. Rapat.
"Zach!" Suara itu kedengaran sangat dekat.
"KAZUKI!"
Matanya terus terbuka luas dan memandang tepat pada si lelaki yang menghulurkan tangan untuk membantu.
"Sambut tangan aku, Zach. Aku merayu."
Mata lelaki itu berkaca.
Zach menoleh, memandang daratan yang semakin mendekat.
"Aku merayu." Air mata mengalir.
Zach menghulurkan tangannya.
Lelaki itu segera menyambut tangan Zach.
Zach ditarik ke dalam pelukannya. Sayapnya yang lebar melindungi Zach. Dua jasad itu terhempas ke tanah.
Debu tanah naik ke udara sehingga mengaburkan pandangan.
Setelah debu itu menghilang, maka jelaslah dua lelaki yang sudah terbaring tidak berdaya.
"Kenapa? Kenapa kau masih nak selamatkan aku walaupun kau tahu yang aku nak bunuh kau?" Zach bertanya dengan nada lemah.
"Sebab aku sayangkan kau. Seperti kau, aku pun nak tengok ibu dan ayah hidup semula. Aku nak kita hidup macam orang lain," jawab lelaki itu dalam keadaan termengah-mengah.
Zach menutup matanya dengan lengan kanan. Air mata mengalir di pipi.
"Kau memang lembab, Kyril."
Lelaki bernama Kyril itu tersenyum.
"Macam tu jugak dengan kau, Zach."
Zach turut tersenyum.
Kyril bangkit dari baring dan terus berdiri.
"Bangun, Zach. Ada benda lain lagi yang perlu kita uruskan."
Zach memandang Kyril. Dia bangkit duduk.
"Ya, banyak benda lagi yang perlu diuruskan."
Saat Zach mahu berdiri, tiba-tiba lampu yang terdapat pada kolar besi yang dipakainya pada leher berkelip-kelip beberapa kali.
Serta-merta tubuh Zach terkena satu renjatan elektrik yang bervoltan tinggi.
Zach jatuh melutut.
"Argh!" Zach menjerit kesakitan.
"Kazuki!" Kyril buntu dan cemas.
"Tolong... ak... arghh!" Zach mencengkam kolar besi itu. Dia cuba untuk menanggalkannya, namun ia hanyalah usaha yang sia-sia.
"Kau akan berlawan dengan dia sampai ke akhirnya." Satu suara membisik pada Zach.
Renjatan elektrik itu berhenti.
Badan Zach berasap dan tubuhnya menghasilkan bau seperti kain terbakar.
Zach berdiri. Kepalanya menunduk.
"Zach, kau tak apa-apa ke?" Kyril bertanya penuh risau.
Zach mengangkat kepala.
Kyril terkejut memandang pandangan Zach. Anak mata kiri lelaki itu pula terlakar simbol zodiak Virgo.
Sebilah pedang muncul di dalam genggaman Zach.
Kyril terkejut melihat perubahan sikap Zach.
Zach terus menerjah ke arah Kyril dengan pedang dihunus pada Kyril.
"ARGH!"
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...