Alicia dan Ali pada asalnya adalah kembar yang sangat rapat dan akrab. Kemana saja mereka pergi sering bersama malah mereka juga melakarkan impian yang sama iaitu ingin mengubah nasib keluarga mereka yang susah itu. Ayah mereka Haji Ghazali hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah yang perlu menanggung abang dan kakak mereka yang tidak bertanggungjawab. Abang sulung seorang kaki judi dan penangih. Manakala kakak kedua mereka pula adalah seorang pelacur dibandar kerana tidak sanggup berhadapan dengan kehidupan keluarga yang susah itu. Namun...kerana satu peristiwa telah menyebabkan hubungan pasangan kembar ini merengang. Hanya kerana satu kekurangnya yang dimiliki salah seorang mereka,seorang lagi dibuang dan dipinggirkan. Ketika itu...tiada apa yang tinggal. Tiada apa lagi yang boleh mengembalikan keakraban itu melainkan hanya satu. Jiwa kemanusiaan. Kasih sayang. Pengorbanan. Namun...mampukah dia berkorban hidupnya hanya untuk mempertahankan dan melindungi kembarnya dari kekejaman manusia yang bergelar saudaranya sendiri?