Ketakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya ahli sihir yang masih selamat dan dapat melarikan diri. Pada saat itu, apa yang dia tahu hanyalah mencari Sorcerer Supreme untuk berlindung. Dan dia berjaya mencarinya, namun makhluk itu juga berjaya menjejakinya. Persoalan demi persoalan mula timbul dan satu persatu persoalan mula terjawab. Apa yang berlaku pada Sorcerer Suprime selepas Ariadne dapat memasuki portal ke alam lain? Siapa sebenarnya makhluk itu dan apa motif dia melakukan semua ini? Adakah peluang untuk Ariadne melawan makhluk tersebut dan memenangi perlawanan itu? Jawapannya; sudah tentulah tidak. - "Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir ke sini pada hari ini..." -Hubert - "Seperti yang tuanku boleh lihat, ianya mustahil untuk mengalihkan pandangan daripada merenungnya untuk seketika." -Jeremy - "Aku bersumpah demi tuhan dengan sepenuh hatiku...aku akan sentiasa mencintai kamu, wahai kekasihku." -Ares ~~~Di alam semesta yang begitu berbeza dari alam semesta asalnya, Ariadne, tercampak ke situ.~~~
32 parts