Part 19

46 16 3
                                    

"Akma! Kau dengar kami cakap kan?" Fateh berasa teruja dalam tangis tatkala melihat Akma memberikan respon; Akma mengalirkan air mata! Mereka yang berada di situ bersyukur melihat perubahan positif yang Akma berikan.

Sudah 2 minggu Akma terlantar di wad, hanya 30% perubahan yang ditunjukkan. Fateh terlalu kusut memikirkan masalah ni sehinggakan kerjayanya sebagai model ditangguhkan selama 3 bulan.

Ramai peminat mula mencari keberadaannya. Ini membuatkan Fateh bertambah pening. Arissa memandang kakaknya dengan senyuman tipis. Farihin yang berada di sebelah adik iparnya, eh Arissa segera menepuk lembut belakang Arissa.

"Thanks kak" Arissa memegang lengan Farihin. "Wei bakal beradik ipar ni, jangan la buat saya sendu di sini" Amyra menarik muncung. Alif yang berada di situ terhibur melihat gelagat kawan baik Akma itu.

Kenapa kawan kau comel macam kau juga?

💮💮💮

"Lily sayang..." Suara Puan Siti kedengaran meleret. Akma tersenyum mesra memandang ibunya itu. Kalini Puan Siti datang bersama Encik Syarif, ayahnya.

"Mama, ayah!" Akma menuju ke arah ibu bapanya "Lily, Lily belum bersedia lagi. Siapa nak jaga Arissa kalau Akma ikut kami?" ujar Encik Syarif bersama senyuman semanis kurma.

"Akma nak ikut...." Akma kembali menangis. Dia ternampak budak-budak sedang bermain salji di hadapannya. Budak tersebut membaling bola salji kepada nya. Betapa dia rindukan suasana semasa sekolah menengah dulu.

Kejadian 4 tahun lepas...

Ketika Akma keluar dari pagar sekolah bersama Farihin dan Amyra, dia terlihat Fateh dan rakan-rakan sedang membaling tepung ketika hari lahir Fateh yang ke-17, tahun tu juga merupakan tahun terakhir mereka berada di sekolah menengah.

Sedang Akma berjalan belakang Amyra dan Farihin, dia di baling tepung kena sebahagian pipi kanannya. Akma menoleh ke arah kanan sambil merenung tajam. Akma sudah mengepal penumbuknya!

Amyra dan Farihin mengekori Akma dari belakang. Mereka pula kena berjalan dari belakang! Akma ke arah Fateh and the gang.

"Siapa yang baling?" Akma mencekak pinggang. Masing-masing menelan air liur berbanding Fateh, padahal dia yang salah! "Errr....errr" Syafiq tergagap-gagap.

"Fateh!" Mereka menjerit serentak sambil menunjukkan jari ke arah Fateh. Fateh sudah menelan air liur. Tak pernah lihat muka Akma yang 'terlampau garang' itu.

Akma segera mencapai telur di bawah lalu PAK!! Muka Fateh yang putih kemerahan menjadi warna kuning! Mereka yang lain ketawa serentak. Amyra dan Farihin pun berasa lega! Ingat Akma nak marah diorang baling tepung kat Akma.

Berlakulah kekecohan Akma-Fateh membaling tepung bergilir-gilir ke arah masing-masing. Yang lain terhibur melihat pasangan merpati dua sejoli tersebut, ehhhh tiberr.

💮💮💮

"Aku rindu kau Akma" Fateh yang berada di sisi katil Akma turut mengimbau kembali kenangan yang terjadi kira-kira 4 tahun lepas. Nampak dah jodoh tu.

Ehhh? Melalut je aku ni.

Fateh ingin keluar dari wad tersebut. Namun, dia tidak jadi kerana dia dapat rasakan yang Akma akan bangun. Dia mahu jadi yang pertama Akma lihat setelah dia sedar.

Dia hampa, Akma tidak sedar juga. Dia keluar dari wad tersebut untuk mengalas perut. Dah seharian dia tidak makan, hanya untuk menjaga Akma Dhiya, gadis yang telah bertakhta di hatinya.

"Erghhh bosan nya!" Fateh berjalan-jalan sekitar hospital untuk menghilangkan kebosanan. Dia sudah selesai makan tengahari. Dia pergi ke taman hospital tersebut.

"Bunga Lily, so nice" Fateh memegang bunga tersebut. Lama dia membelek-belek sehinggakan... tup! Dia memetik bunga berkenaan untuk dihadiahkan kepada Akma. Dia menyeludup bunga itu dalam jaketnya.

Dia tiba di wad Akma. Dia malu tatkala kakitangan hospital asyik merenungnya bagaikan dia perompak! Dia masuk dengan perlahan-lahan, takut ada doktor melihat telatahnya pula.

Fateh duduk di sisi Akma. Dia tersenyum melihat wajah polos tersebut yang telah tidur dengan lenanya. Fateh ingin memegang tangan Akma, namun dia tahu hukum hakam. Dia meletakkan kembali tangannya di riba.

"Akma! Sedarlah" Fateh memberi kata-kata semangat. Akma mula menggerakkan jari-jemarinya. Fateh tersenyum melihat pergerakan jari wanita yang dicintainya.

Fateh berlari mendapatkan jururawat. Harap-haraplah Akma sedar....

💮💮💮

Aku kembali di ruangan putih ni. Sekali lagi, aku bosan melihat warna putih yang terdapat di sini. Aku nampak wajah Puan Siti.

"Mama nak pergi lagi kan? Kenapa mama kat sini lagi?" Akma berkata sambil menangis "Lily, bangun la, bangkit la. Kesian orang yang tengah menunggu Lily" balas Puan Siti sambil tersenyum manis.

"Kenapa kena bangun? Akma kat mana sekarang ni?" Tutur Akma tidak puas hati. Dah la sekeliling warna putih. Kelibat Puan Siti pun menghilang. Akma memandang bawah.

Akma, sedarlah...

Terdengar suara Fateh. Dia memejamkan mata. Dia menangis lagi.

Tatkala dia membuka mata...

~24 Disember 2020~

Bersambung. Rasanya part ni pendek kan? Takpe part 20 menyusul! 🤭❤️

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now