"Aduhhh asal minah ni tak angkat call?" Fateh melempar telefonnya di meja. Nasib ada kusyen, kalau tak... memang retak telefon tu!
"Akma..where are you?" Fateh mengambil skrip di atas meja. Dia perlu menghafal sepuluh ayat untuk di tuturkan semasa iklan produk terbaru nanti. Tapi satu perkataan pun dia tak ingat.
Yang dia ingat hanya Akma~
"Fateh?" Puan Afifah masuk ke bilik anak terunanya itu. Dia tampak wajah anaknya yang muram itu. Awan lagi cerah dari 'muka mendung' anaknya ni!
"Fateh kenapa?" Puan Afifah duduk di sisi Fateh "Tak...tak ada apa. Mama nak apa masuk bilik Fateh?" soal Fateh dengan nada yang lembut.
"Oh, jom makan. Kamu ni makin pucat je mak tengok. Kamu demam ke?" Puan Afifah menyentuh dahi Fateh. Tak panas pun?
"Eh, Fateh okay je. Jom makan jom." Fateh mengajak Puan Afifah. Mereka berjalan beriringan.
"Macam mana kamu dengan Akma? Okay dak?" tanya Puan Afifah membangkitkan suasana "Errr..." Fateh sekadar mengangkat bahu.
"Kamu ni, gaduh ke? Tak baik gaduh. Kamu tu dah la ada shooting pagi esok. Habis serabut fikiran kamu nanti. Lebih baik kamu jumpa Akma, ajak dia makan ke apa-apa ke" Puan Afifah menasihati anaknya.
"Betul lah mama! Fateh pergi dulu bye" ujar Fateh sambil menyalami tangan Puan Afifah. Dia pergi meninggalkan pinggan di atas meja.
"Ewahhh ingat aku orang gaji dia ke nak basuh pinggan dia ni?" Puan Afifah menggelengkan kepalanya."Hello, wei teman aku"
💮💮💮
"Kenapa?" Aku memandang wajah Fateh. Entah kenapa dua tiga hari ni nak 'palaukan' si Fateh ni. Diajak nya pula si Alif, sepupu aku.
Ye, korang mesti tahu kan, Alif ni anak Umi, Puan Syifa. Patut lah kadang-kadang aku rasa macam familiar je muka dia. Hehe rupanya sepupu waduhh!
"Saja" Fateh membalas sepatah. Eh eh, aku tanya sepatah dia balas sepatah juga! Aku tenung wajah Alif, meminta penjelasan. Dia sekadar tersenyum tipis.
"Emm aku pergi tandas jap" Alif berlalu pergi. Ish, baru nak tanya dia dah lari pula! "Akma" Fateh memanggil namaku. Heh, cakap je la, menyampah betul!
"Haihh kau marah aku ke? Dah tiga hari tak nampak kau. Kenapa ni sweetheart?" Fateh mula mengayat. Tak tak, lebih kepada mengusik!
"Sweetheart tengkorak hang! Nak termuntah aku. Cakap je lah, kau nak apa?" Aku menanyakan wajah toya. Dia hanya tergelak kecil. La mamat depan aku ni dah tak betul ke?
"Kau asal do, nak jadi macam ni. Demam ke?" Aku mencerlung tajam ke arah Fateh. Fateh sekadar mengangkat bahunya. Erk?
"Dah la, kalau tak ada apa nak cakap...aku balik dulu. Bye" aku segera mencapai tas tangan di atas meja. Dia menarik tas tangan tersebut membuatkan aku terduduk semula. Adui! Sakit pinggul oi!
"Haih, kau marah kan? I know you, Akma Dhiya. Kenapa tiba-tiba kau marah ni? Aku bukan kenal kau sehari dua, dah 6 tahun kita berkawan. Jangan buat aku tak tentu arah macam ni, please" Fateh membebel.
Aku dengar tak dengar je ni "Kau keluar dengan Eliza tu, kau couple dengan dia ke?" Terkeluar soalan tersebut dari mulutku. Eh, mulut tak sayang badan! Tanya soalan yang bukan-bukan. Aku menepuk mulutku beberapa kali.
"Oh, kau..." Fateh tidak menghabiskan ayatnya "Aku apa?" Aku bertanya "Hehe, cemburu" Fateh menyambungnya.
"Ha? Tak ada masa la. Buat apa?" Entah, aku pun tak tahu aku kenapa. Alif datang kembali ke meja "Wei, dah habis makan dah? Bukan nak tunggu aku. Bapak ah!" Alif menyiku lengan Fateh.
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
Любовные романыMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...