Part 17

52 22 8
                                    

"Akma!" suara dari sisi belakang kedengaran. Akma Dhiya menoleh, ternampak wajah Amyra dan Farihin yang baru lepas membeli barang keperluan. Mereka bergerak menuju ke arah Akma Dhiya.

"Wei! Lama tak jumpa hangn" Amyra terus menepuk bahu kawannya. Ingat dia punya tangan tak berbisa?!

"Elehhhh 2 hari je. Belum 2 tahun. Nanti kalau kita bekerja kat lain-lain hospital macam mana?"

"Alaa tak mahu la lain-lain hospital! Nak samaaa je" 

"Amboi mengada-ngada!" Akma Dhiya cuba menyembunyikan reaksi sedih. Dia pun tak nak berpisah dengan mereka. Kawan sejati sejiwa lah katakan!

"Kau kenapa ni? Sedih semacam je? Pasal apa pula nak sedih-sedih ni?" 

Akma Dhiya bergerak meninggalkan mereka. Persoalan Amyra pun dia biarkan berlalu begitu saja.

Jawab pun tidak, geleng pun tidak, angguk pun tidak. Senang cerita, semua pun Akma Dhiya tak buat! Ha, settle masalah!

"Alaa Fateh buat kau ke? Dia marah eh?"  Farihin berbisik-bisik; takut Akma Dhiya jadi harimau lah tu! Ngaumm!

Akma Dhiya menunjukkan gambar Eliza ke arah mereka. "Eh, siapa minah ni?" Farihin memerhatikan gambar di dalam telefon Akma Dhiya.

"Haah, macam aku tahu, tapi di mana ya?" Amyra mula mengetuk-ngetuk kepalanya. Dah hilang ingatan pula minah ni? Mereka berdua ketawa memerhatikan gelagat Amyra.

"Eh, aku buat lawak ke?" Amyra memandang kami silih berganti. Akma Dhiya dan Farihin menggeleng serentak.

"Ni Eliza" Nak sebut nama model tak laku tu pun Akma Dhiya dah menyampah!

"Perghhh terbaik la! Eh tu kan kedai makan yang kat hujung simpang tu kan?" Farihin kelihatan sangat teruja. Mestilah, dia pun minat model tu, kan?

"Wei dia ni! Tak ajak pun kitorang. Kalau tak, mesti kitorang boleh join" 

"Itu la, boleh tangkap gambar juga!"

Ya, Akma Dhiya terlebih faham. Mereka berdua memang tak dapat sorok keterujaan tu bila mendengar nama 'Eliza'. Tapi, sekarang ni hati Akma Dhiya yang tengah sakit ni, siapa nak sejuk kan?!

"Itulah, sibuk sangat pasal model tu. Yang kawan sendiri ni, macam mana?" Akma Dhiya mula membuat mimik muka sedih. Mereka seraya memandang ke arah kawannya itu sambil cuba memujuk.

Ha, tahu pun takut Akma Dhiya merajuk!

"Alaaa Akma Dhiya ni! Lagi 5 bulan nak habis pengajian tau! Lepastu boleh practice jadi doktor pula! Tak kan itu pun nak merajuk lagi?"

Ewah ewah si Amyra ni! Kalau dia nak merajuk pun, apa salahnya? Apa? Ingat dah tua, tak boleh merajuk?

Hodoh sangat ke kalau orang tua merajuk? Huh! Malas kawan lah macam ni!

"Haah, lepasni tak ada dah la kitorang nak jumpa kau, nak pujuk kau bagai"

Ya lah, Akma Dhiya pun redha saja lah. Dah diorang tak nak pujuk, lebih baik pergi hostel! Lagi bagus!

💮💮💮

"Hachoom Hachoom" Amyra bersin tatkala Farihin memasak 'sambal ikan bilis kesayangannya'. Akma Dhiya terbatuk-batuk apabila menuju ke arah dapur. Farihin dengan sambal tumis dia! Perghhh menyengat hidung ni.

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now