Part 40

106 10 14
                                    

"Fateh...lusa aku nak kahwin. Kau bangunlah! Aku nak kau datang majlis aku! Kenapa kau buat aku jadi macam ni" aku duduk di sisi katil Fateh. Fateh terbaring lemah.

Ye, dah dekat sebulan Fateh di sini. Tapi tiada tanda-tanda untuk dia bangun. Macam mana aku nak kahwin kalau dia tak datang? Dia kan bestfriend aku....

"Akma, kau jangan la macam ni. Macam mana Fateh nak sembuh kalau kau sedih macam ni? Tak kesian kat Fateh ke?" Amyra cuba memujuk ku.

"Sorry. Aku keluar dulu Fateh" aku kemudian mengikut langkah Amyra keluar dari wad Fateh. Kami pergi ke kantin hospital. Aku hanya menggeleng kepala tatkala Amyra mahu memesan makanan untukku.

"Alaa mana boleh bakal pengantin sedih-sedih. Nanti Fateh akan bangun. Percayalah cakap aku. Kau makan dulu eh?" Amyra sekali lagi memujukku. Aku mengangguk kecil. Tidak mahu menghampakan rakan baik ku itu.

"Makan tau! Aku beli ABC untuk kau ni. Makan ye?" Amyra tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya "Okay la, demi kawan aku yang comel ni" aku hirup sedikit ABC ni.

~~~~~~~~~~~~~

"Akma, dah siap ke?" Puan Syifa masuk ke bilik Akma. Akma masih lagi di 'make up' oleh Amyra. Akma hanya tersenyum nipis "Sudah Umi" Akma membetulkan tudungnya yang senget sedikit.

"Okay, pengantin lelaki dah tunggu. Akma ready ye?" Puan Syifa terus tutup pintu. Akma terasa berdebar "Wei, aku takut" Akma memegang tangan Amyra.

"Weii sejuknya tangan kau. Alaaa janganlah risau. Semua okay je. Trust me okay? Alaa tak mahu la muka macam tu. Nanti mekap kau cair pula" Amyra memandang wajah Akma.

"Ye lah. Tapi, mana Fateh?" Tanya Akma kepada Amyra. Nak tahu kenapa Akma tanya macam tu? Begini kisahnya....

      **************
   (Flashback)

Aku ke hospital untuk melawat Fateh. Aku membuka pintu wadnya. Kosong? Mana Fateh pergi ni? Aku terus ke kaunter pertanyaan "Maaf Cik. Saya nak tanya" soalku.

"Oh, silakan" akak yang menjaga kaunter hanya tersenyum melihatku "Wad 07 memang dah kosong ke? Pesakitnya pergi mana ye?" Tanyaku. Akak tersebut terus melihat nama pesakit di 'list' nya.

"Maaf dik. Encik Fateh kena pindah wad" Kata akak itu "Oh, dia duduk wad mana? Saya nak melawat" aku tersenyum lega. Nampaknya, Fateh dah sedar. Alhamdulillah.

"Maafkan akak. Akak tak boleh bagitahu kat mana wad Encik Fateh dipindahkan. Tapi luar kawasan la dik. Bukan kat hospital ni. Maaf ye? Apa kata adik tanya keluarga Encik Fateh" ujar akak itu.

Aku terus ke rumah Puan Afifah "Assalamualaikum, mama" aku memberi salam "Ye, kejap!" Arisya Qarmila datang untuk membuka pintu. Dia membawa patung beruang merah bersama.

"Isya, daddy ada?" Aku mengusap kepalanya "Daddy tak ada! Mummy masuk la" Arisya membuka pintu dengan luas.

"Maaf Akma. Mama tak dengar tadi. Tengah sibuk bakar kuih. Eh, jemputlah duduk" Puan Afifah terus ke dapur. Aku mengambil tempat di sofa sambil melihat Arisya bermain anak patungnya.

"Kenapa Akma datang ni?" Soal Puan Afifah "Alaaa mama tak bagi Akma datang ke?" Aku merengek manja "Bukan macam tu. Tapikan esok kamu nak kahwin. Dah pergi ambil belum baju kahwin kamu tu?" Tanya Puan Afifah lagi.

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now