"Haha, aku tahu kau akan muncul" ujar suara seseorang dengan lagak psycho nya "Mariam?" Fateh memandang wajah tersebut "Too bad, kau masih ingat kakak aku? Hahaha" suara tersebut ketawa.
Tak lain dan tak bukan, Ika! "Kau buat apa ni?" Fateh membentak. Aku dan Syah hanya mampu berdiam diri "Aku nak bunuh Akma! Dia dah rampas Syah daripadaku!" Ika mengacukan pisau ke arahku.
"No, wait! Bila masa Akma rampas Syah dari kau?" Fateh menyoal "Haha, kau tak tahu ke yang sebenarnya perempuan tak guna ni main kayu tiga belakang kau? Harap je lawa, tapi attitude? Zero!" Ika membuat bentuk 'O'
"Apa kau merapu ni? Fateh, kau jangan percaya cakap dia, dia psycho!" Syah menggeleng kepala. Fateh memang tak percaya apa yang perempuan ni katakan.
"Kau jangan nak manipulasi fikiran aku. Aku tak percaya kau. Ika, letak pisau tu" Fateh semakin menghampiri Ika "No, pergi! Kalau tak, aku bunuh dia!" Ika berkata seraya menghampiri ku. Dia meletakkan pisau betul-betul di leher ku.
"Okay, aku jauh. Tapi, jangan bunuh dia!" Fateh memberi amaran. Ika sudah ketawa terbahak-bahak. Syah yang duduk tidak jauh daripadaku hanya diam.
"Mana Mariam?!" Fateh bertanya. Siapa Mariam ni? "Kakak aku? Dah lama mati! If you want to know, Mak aku pun aku bunuh! Sebab dia tak bagi aku masuk universiti sama dengan Syah. Tapi kau, kau perempuan! Kau kacau Syah kenapa?!?!" Ika kelihatan marah sekali.
Pernah ke aku suka kat Syah? "Ika, calm down please. Kita settle elok-elok okay?" Pujuk Syah. Walaupun nampak ketakutan, namun Syah berjaya kawal reaksi tersebut.
"Syah, awak sayangkan saya tak?" Ika mula memintal-mintal rambutnya. Nak termuntah pula tengok reaksi gedik dia. Nasib baik dia dah pergi ke arah Syah. Kalau tak, memang habis la leher aku dia kelar!
"Ye, ye. Saya sayangkan Ika. Kalau Ika sayangkan saya, buka la ikatan ni. Tak kesian kat saya ke?" Syah cuba merayu. Ika dah mula ketawa kuat. Dah macam hantu pun ada!
"Aku tak bodoh la! Aku tahu kau sengaja cakap macam tu supaya aku bebaskan kau kan! Blah la" Ika mula menunjal-nunjal dahi Syah.
"Ika, berhenti! Jangan buat apa-apa dah!" Fateh memberi amaran. Aku yang berada di sini hanya terdiam. Tidak tahu nak buat apa.
"Porahhh, pergi mampus la kau! Hoi, bakar rumah usang ni!" Ika seperti bercakap sesuatu pada bajunya. Eh, dia ada mikrofon kecil?
"Fateh, dia nak bakar rumah ni!" Aku memberitahu Fateh. Ye la tadi Ika kata perlahan, aku je dengar "Ika, jangan buat macam-macam!" Fateh terus meluru ke arah Ika. Ika mengacukan pisau. Fateh tidak mempedulinya dan.....
"Arghhh" Fateh ditikam. Keluar darah merecik-recik ke arahku. Aku menangis "Fateh!" Fateh berada di belakang ku. Dia cuba untuk membuka ikatan di belakang ku
"Fateh, kau pergi selamatkan diri kau!" aku memarahinya. Boleh pula dia nak tolong aku masa dia tengah sakit! "Takpe, kau lagi penting" Terkelu aku tatkala dia kata macam tu "Kenapa datang dengan Syah je? Kenapa tak panggil orang lain?" soalku.
"Aku cuma nak selamatkan kau, aku tak perlukan yang lain" katanya. Ikatanku tidak berjaya dibuka kerana Fateh ditarik oleh Ika ke hadapan "Bodoh! Ingat aku senang-senang je ke nak bagi kau terlepas? Ha?!" Ika menampar-nampar pipi Fateh.
~~~~~~~~~~~~~~
P1: Wui, boss suruh kita bakar rumah ni.
P2: Tapi, boss kan kat dalam?
P1: Lantak dia la, dia pun tak bayar upah kita. Biar kita bakar dia je!
P2: Okay jom!
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
RomanceMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...