Part 7

86 25 14
                                    

Akma Dhiya P.O.V

"Hey!" Dia memegang bahuku supaya melihatnya. La, cakap dengan aku ke? Tak perasan pula.

"Maaf, terkasar" Dia melepaskan tangannya. Suasana jadi krik krik sekejap.

"Err, maaf. Tak tahu pula awak cakap dengan saya. Sorry" kataku serba salah. Kenapa kau buta Akma? Dia tengah cakap dengan kau kot haihh. Kesian dia panggil kau banyak-banyak kali!

"Takpe, saya Syahmi. Boleh panggil Syah" Dia mahu berjabat tangan denganku.

"Maaf, bukan muhrim. Saya Akma" aku rasa nak cepat-cepat beredar dari situ, namun dihalang olehnya.

"Err awak nak pergi kaunter pendaftaran kan? Saya ikut boleh?" 

"Hmmm jom la" Kami berdua menuju ke kaunter pendaftaran.

"Hey Akma, kau pergi mana? Kau tahu kan..." Amy terdiam tatkala memandang Syah di sebelahku.

"Wei, kau baru je kat sinitak sampai berapa minit dah ada kawan?" Hin menutup mulut dengan tangannya gaya terkejut. "Dia tegur aku kat mesin air tadi"

"Saya Syah" 

"Amy"

"Hin"

Mereka berkenalan sesama sendiri. Malas pula aku nak masuk campur.

"Jom buat pendaftaran, Akma" Syah memanggil ku.

"Jom" Kami menuju ke kaunter pendaftaran. Selepas kami mendaftar, kami diagihkan ke bilik hostel masing-masing.

"Korang jangan kata... Korang dapat bilik yang sama!" Aku sudah bercekak pinggang. Mana Syah? Dia dah selamat pergi ke hostel lelaki.

"Errr haah hehehe" Amyra tersengih-sengih kepadaku.

"Sorry la, kau lambat datang. Akak tu suruh daftar dulu." Farihin pula membalas.

"Aihh nasib bilik sebelah-menyebelah, kalau tak...." Aku sengaja tidak mahu menghabiskan ayat.

"Kalau tak....apa?" Mereka serentak berkata sambil menelan air liur. Heheh tahu pun takut.

"Kalau tak, tak ada apa-apa pun hihihi" aku  ketawa kecil.

"Eh, kau duduk dengan sapa eh?" Amyra bertanya kepadaku serupa wartawan.

"Hmm kalau tak Amyra Rosli mesti Mira Filzah" Macam la aku dah kenal dengan roommate aku. Apa punya soalan lah dia ni!

"Errr soalan apa kau tanya ni Amy, haih" Farihin menepuk dahinya. Hahaha lawak kawan aku ni.

"Eh, betul juga ye. Akma pun tak tahu la kan sebab tak sampai lagi hehe" Amyra menahan malu setelah menyedari kesilapannya.

"Dah jom naik tingkat 2. Esok pergi pekan, beli makanan. Kita masak dalam hostel tau!" Aku memberikan cadangan. "YES!" Laju sahaja diorang bersetuju.

Setelah sampai di tingkat 2, kami pun bergerak ke bilik masing-masing. Jauh juga satu bilik ke satu bilik ni, lebih kurang 0.5 km! Eh, jauh ke?

Apabila aku memulas tombol pintu, aku ternampak ada sebuah beg di atas sofa. Oh, mesti roommate ni!

"Hai" Aku nampak dia baru sahaja keluar dari bilik air.

"Hai" Dah dia ramah, aku pun kenalah ramah, kan?

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now