"Akma" Akma Dhiya menoleh ke sisi. Dapat dia lihat Fateh Irsyad sedang berdiri di sebelahnya.
"Jom pergi kedai depan sekolah ni jap, beli kasut dengan stoking kau. Lagipun cikgu sampai lagi sepuluh minit. Sempat lagi ni" Sambung Fateh Irsyad lagi.
"Tapi..." Akma Dhiya mahu menolak namun Farihin cepat-cepat meningkah "Ish, pergi je lah. Orang dah nak tolong tu Akma oi"
"Sorry susahkan kau" Nada suara Akma Dhiya kedengaran ikhlas sekali.
'Tak baik susahkan orang' pesanan Puan Siti mula terlintas di fikirannya.
"Takpe Kurma, tak susah mana pun. Hal kecil je ni" Fateh Irsyad membawa Akma Dhiya ke kedai kasut.
Di kedai kasut, Akma Dhiya cepat-cepat pilih kasut dan stoking yang sesuai untuk kelas malam ni.
'Arghh pilih kasut pun susah ke Akma oi, cepatlah pilih. Fateh dah tunggu tu' Akma Dhiya tergaru-garu kepalanya. Ingat 10 minit sempat ke nak pilih kasut bagai?
"Wah, lama juga kau pilih kasut. Aku ingat kau buat kasut tadi" Fateh Irsyad mula memerli kawannya "Sorryyyyy" Akma Dhiya meleretkan suaranya. "Jom pergi sekolah" Mereka jalan beriringan menuju ke sekolah.
"Wuuii, lama beli kasut. Dating ye?" Amyra mula dalam mood mengusik. "Ish, Amy ni. Mana ada laaa, tak baik tuduh" Dan perbualan pun terhenti di situ apabila Cikgu El melangkah masuk ke dalam kelas.
Setelah habis kelas, jam menunjukkan pukul 10:50 malam.
'Alahai, lambat pula cikgu habiskan kelas harini. Takut pula nak jalan sorang-sorang malam ni. Eh, mana Fateh? Aku rasa kelas malam tak ada junior yang ikuti. Ye lah, kelas tambahan ni selalunya budak tingkatan 5 dengan tingkatan 3 je' Panjang lebar Akma Dhiya berkata sendirian.
"Oi, cari aku ke?" Fateh Irsyad muncul dari belakang. Kuss semangat, nasib baik tak pengsan. "Kenapa terkejutkan aku macam tu!" Akma Dhiya berada dalam keadaan marah ketika itu. "Aik, marah pula? Jom balik. Tapi aku naik moto" Sambil Fateh Irsyad membuat gaya memulas pemegang motosikal.
"Ha? Naik motor?" Akma Dhiya hanya mampu tersengih. Tak kan dia nak naik motosikal bersama-sama Fateh Irsyad? Tapi, dia juga takut untuk berjalan kaki sendirian.
"Takpe, aku tolak motor ni sampai rumah kau. Kita jalan sama-sama" Fateh Irsyad menghadiahkan senyuman kecil.
"Okay" Balas Akma Dhiya dengan riang. Nasib baik ada kawan yang memahami macam Fateh Irsyad!
Mereka berjalan kaki beriringan menuju ke rumah Akma Dhiya.
"Terima kasih wei, cikgu pun satu. Dah tahu buat kelas malam, dia lambatkan lagi masa pula tu haihhhh" Bebel Akma Dhiya tanpa sedar. Fateh Irsyad hanya tersenyum mendengar bebelan kawan baiknya. "Okay, I've to go now, see you tomorrow" Fateh Irsyad mula menghidupkan enjin motosikal.
"Bye" Akma Dhiya melambaikan tangannya ke arah Fateh Irsyad. Sejurus selepas itu, Fateh Irsyad lesap membawa motosikalnya.
💮💮💮
"Lily, mama nak cakap sikit ni" Puan Siti duduk di sebelah Akma Dhiya. "Ye, ma. Kenapa?" Akma Dhiya mula berasa tidak sedap hati.
"Ayah kan sakit jantung. Mama tak tahu la berapa lama kami nak bertahan. Lagipun kami ni kan dah menginjak usia tua. Harap Lily faham ye sayang" Puan Siti berkata sambil menitiskan air mata.
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
DragosteMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...