Part 5

101 28 9
                                    

"Ish, akak tak berdebar ke nak dapat result SPM ni?" 

"Huishh, berdebar la. Kau okay la dapat 8A 1B. Aku ni, tak tahu la berapa yang aku boleh dapat"

"Baguslah macam tu Lily. Jangan nak bergembira sangat" Puan Siti muncul dari mana entah, terus menyampuk perbualan adik-beradik itu.

"Eh, mama nak pergi mana?" Arissa cepat-cepat bertanya.

"Mama nak pergi keluar jumpa ayah kat hospital, nak teman ayah" Puan Siti terus beredar keluar. Akma Dhiya hanya tersenyum.

"Nanti Lily balik pergi bilik mama tau. Ada something for you" Akma Dhiya bersalaman dengan ibunya.

"Okay mama" Akma Dhiya membetulkan tudungnya untuk ke sekolah. Hari ini, keputusan SPM bakal diumumkan! Berdebar hatinya saat ini!

💮💮💮

"Hin, kau dapat berapa?" Amyra tidak membuka slip keputusan lagi.

"Alhamdulillah, straight A!" Farihin menayangkan slip keputusannya kepada Amyra.

"Alhamdulillah! Tahniah Hin! Aku bangga dengan kau! Congrats again, babe!" Amyra memeluk slip keputusannya. Sesaat, dia curi-curi lihat keputusannya. Mulutnya mula terlopong.

"Terima kasih. Kau dapat berapa pula?" Farihin perasan riak wajah Amyra mula berubah "Alhamdulillah, sama macam kau!" Amyra menangis terharu apabila melihat keputusannya.

"Wei, tak nak kongsi kegembiraan dengan aku ke? Sampai hati kan?" Akma Dhiya cuba membuat muka sedih tapi tak berjaya pula.

"Eh, kau dapat berapa? Sorry laa kami teruja sangat!"

"Haah la Akma. Maaf la, share la result kau" Amyra dan Farihin terlalu teruja sehingga tidak perasan Akma Dhiya hanya berlakon!

"Hmm, result aku..." Akma Dhiya sengaja meleretkan suaranya. "Ish, kenapa dengan result kau?" Amyra pula berdebar-debar. Bersusah payah mereka study sama-sama, tak kan result Akma Dhiya teruk pula?!

"Alaaa tak nak share dengan kitorang ke result kau kat kitorang?" 

"Hmmm macam mana nak cakap eh?" Akma Dhiya dalam mood mengusik rakan baiknya. "Alaaa Akma!" Mereka menjerit serentak.

Akma Dhiya terus ketawa terbahak-bahak. Mereka berdua saling berpandangan. "Aku pun straight A!!!" Akma Dhiya menghulurkan kertas kepada mereka berdua.

"Wei, tahniah!" 

"Bangga la dengan kau!"

Akma Dhiya hanya tersengih. Malu pula dipuji banyak-banyak kali dengan Farihin dan Amyra.

💮💮💮

"Oi kurma, kau dapat berapa?" Fateh Irsyad muncul semasa mereka sedang menjamu selera di kantin.

"Kau tak tahu ke Akma dapat straight A?" Farihin yang menyampuk. Amyra menjeling sekilas ke arah kawannya."Hin, teman aku pergi tandas?" Amyra sengaja mahu membiarkan Fateh Irsyad dan Akma Dhiya berdua-duaan. "Haa jom" Farihin yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.

"Betul ke kau dapat straight A?"

"Ye"

"Tahniah"

"Terima kasih"

Sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Entah kenapa terasa kekok sekarang ini.

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now