"Akma!" Fateh Irsyad berlari-lari anak ke arah gadis itu.
Akma Dhiya terpelanting jauh, nasib baik Fateh Irsyad sempat menyambutnya. Namun, terdapat cecair merah keluar dari kepala Akma Dhiya.
"Ya Allah, darah!" Fateh Irsyad segera mencempung tubuh Akma Dhiya untuk dibawa ke hospital. Akma Dhiya menutup matanya rapat.
"Akma, kau kena kuat. Tolong bertahan" Fateh Irsyad mengikut kakitangan hospital yang membawa katil Akma Dhiya ke dalam wad.
Fateh Irsyad meraup wajahnya dengan kasar. Dia punca segala-galanya! Akma Dhiya kehilangan banyak darah sepanjang dia membawa gadis tersebut ke hospital.
"Encik tunggu di luar ye. Kami nak periksa keadaan pesakit" Doktor tersebut menutup pintu wad ICU. Fateh Irsyad duduk di kerusi luar wad sambil menghubungi Arissa, adik kepada Akma Dhiya.
"Kenapa abang Fateh call saya?"
"Akma.."
Fateh masih menahan sedu sedan. Dia tidak mahu terlihat lemah semasa berbicara dengan Arissa. Gadis itu perlu tabah.
"Kenapa? Tadi baru je akak call. Dia kata dia okay. Jangan la risau. Dia dah 21 tahun kot"
Malangnya, Fateh lebih mengetahui keadaan sebenar Akma ketika itu. Dia rasa bersalah pula saat ini.
"Dia dalam wad kecemasan. Dia kemalangan"Tangisan Fateh berjuraian jua.
Arissa berasa gelisah."Betul ke apa yang
abang Fateh kata ni?""Betul... abang Fateh ada kat sini. Arissa kalau boleh datang, datang la. Akma perlukan seseorang untuk sembuh. Arissa tahu kan hospital yang kakak Arissa bekerja?"
"Abang Fateh, saya dah kehilangan mama dengan ayah. Kenapa abang Fateh tak boleh nak protect dia? Susah sangat ke?"
Arissa mula menyalahkan Fateh Irsyad. Disaat menangis, kata-kata dilepaskan begitu sahaja. Begitu juga disaat marah.
"Maafkan abang Fateh.
Datang la hospital Johor Bahru ni"Fateh meletakkan panggilan. Arissa meletakkan panggilan. Fateh berjalan mundar-mandir sekitar wad tersebut.
💮💮💮
Akma Dhiya berada di suatu tempat yang sangat asing baginya. Di manakah dia? Kenapa semuanya berwarna putih?
Dia cuba untuk keluar dari tempat tersebut, namun dia hanya menemui kegagalan. Dia mula terdengar tangisan Fateh Irsyad dan Arissa. Kenapa diorang menangis?
Kat mana dia berasa sekarang? Dia berjalan-jalan sehingga terserempak dengan maknya, Puan Siti. Akma Dhiya bergerak ke arah Puan Siti, namun tidak kesampaian.
"Mama!" Akma Dhiya cuba menggapai tangn ibunya. "Lily rindu mama!"
Puan Siti hanya tersenyum mesra. "Lily jom ikut mama" Puan Siti mula menghulurkan tangan untuk menyambut tangan anaknya. Akma Dhiya ingin mencapainya, namun tidak dapat.
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
RomanceMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...