Part 8

75 25 12
                                    

Akma Dhiya P.O.V

"Akma" 

"Kenapa?" Malas la nak berbisik-bisik ni! Apa yang dia nak?

"Eh, sorry terbisik pula. Jom satu kumpulan nak?" Dah kenapa nak satu kumpulan dengan aku pula ni? Haihhh. Malang sungguh nasib aku!

"Hmmm boleh kot, tapi kita group empat orang la. Macam mana Hin, Amy?" Aku memegang belakang baju Amy.

Amy lantas menoleh ke belakang "Kenapa?" Haih, tak dengar aku cakap lah tu! Geram betul!

"Satu kumpulan jom, empat orang" Aku mengelipkan mata berulang kali "Eee gediknya, okay la" Farihin hanya mengangguk.

Mereka lantas menoleh ke hadapan untuk mengemas barang-barang. Selepas ni ada dua sesi pembelajaran lagi. Kenapa rasa mengantuk sangat ni eh?

"Comel awak tadi" Siapa pula tengah bercakap dengan aku ni?

Kenapa sekolah menengah tak mengantuk walaupun ada 8 subjek sehari? Kenapa kat universiti mengantuk tapi aku ambil 3 sesi je sehari. Ya Allah, mengantuknya!!

"Kenapa tak layan pula ni?" Aku melihat ke sisi. "Awak siapa?" Aku masih dalam keadaan mamai.

"La, saya la Syah" 

"Eh, Syah ke?" Aku menutup mukaku di atas meja. Ya Allah, malunya!

"Mengantuk sangat awak ni" Syah tertawa halus. Dia menghulurkan air kepadaku, namun aku tidak mengambilnya.

"Maaf, tak tahu kenapa mengantuk pula" Aku meregangkan segala sendi. Kalau tidur lagi, aku tak tahu lah!

Kami kemudian mengeluarkan buku dan beberapa buku rujukan untuk sesi seterusnya.

"Wei, Akma. Kau tidur ke time kelas kedua tadi?" Amyra tersengih-sengih.

"Errr mana ada!" Okay guys, aku tak pandai nak menipu! Huhu!

"Tipu lah, kau tertidur tadi sampai Syah yang tolong kejutkan kau. Kau ni, prof tu dah lah garang" Farihin menggelengkan kepala.

"Macam cikgu Eyka!" kami berkata serentak sambil ketawa riang.

💮💮💮

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam, hai kak!" Ika ni, nak bagi hostel ni runtuh ke apa? Kuat semacam je suara dia!

"Allahuakbar, awak ni memang terlebih makan coklat ke masa kecil?" Aku memicit dahiku perlahan. Hyperactive sungguh lah! "Eh kenapa pula kak? Heheh" Dia masih bermain telefon.

"Hmm tak ada apa la. Akak masuk bilik dulu la" Aku memulas tombol pintu.

Namun, aku terdengar bunyi kaca pecah dari bilik Ika. "Ika, bilik awak ada kaca jatuh la"

"Eh, tak mungkin la kak" Dia nampak macam takut-takut. "Akak buka pintu awak ni eh"

"Eh akak! Takpe takpe hehe. Biar saya check ye!" Ika kelihatan kelam-kabut. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Kenapa budak Ika ni? Simpan apa dalam bilik tu? Haihh. Aku pun masuk ke bilikku.

Titttt... titttt... Aku mengangkat telefonku

"Assalamualaikum, apa khabar?"

"Wa'alaikumussalam, okay je. Kau apahal jadi ustazah pula ni?"

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now