Tatkala dia membuka mata...
Aku berasa suasana tersebut kembali. Huh, putih seperti biasa. Aku mengerlipkan mataku berulang kali. Tapi, kalini aku terbaring lemah. Arghh hitam seketika pandang ku. Sakitnya mata. Eh, ini bukan tempat biasa ni...
"Cik, cik dah sedar?" Aku nampak wajah seseorang memakai baju putih. Hmmm tak kenal, mesti doktor. Eh aku kat hospital. Bukan kat tempat putih tu lagi. Aku dah sedar?
Aku mengangguk. Doktor tadi tersenyum senang memandangku "Cik tahu tak berapa lama cik tak sedar?" Doktor tersebut menanyaku.
"Ermmm saya tak tahu doktor. Berapa lama?" Aku segera menanya. Doktor tersebut tersenyum lalu menulis sesuatu di atas kertas "Dah sebulan, cik Akma" Doktor tersebut memegang saluran air yang menghubungkan tanganku dengan bekalan air di sebelah atas sisi kanan ku. Dia menulis lagi di kertas tersebut. Mungkin membuat pemeriksaan.
"Sebulan...doktor? Errr saya kenapa ye?" aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku jadi blur sekejap. Doktor tersebut tergelak kecil melihat gelagat ku "Awak kemalangan, ingat tak?" ujar doktor berkenaan. Aku berfikir sejenak...
"Oh, ingat ingat. Saya kena langgar dengan sebuah kereta. Tapi, saya dah tak tahu apa dah lepas tu" aku membalas dengan sopan. Aduh, sakitnya kepala ku.
"Doktor, kenapa kepala saya sakit ye?" tanyaku membuatkan doktor tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya. "Awak mengalami pendarahan di kepala. Tapi jangan risau, awak tak ada apa-apa penyakit. Awak cuma koma je selama sebulan" Doktor tersebut beredar dari wad ku.
Aku nampak kelibat Fateh masuk ke dalam bilik ku. Eh, mamat ni menangis ke? "Kau siapa?" Soalku. Fateh memandang ku bersama linangan air matanya "Ka...kau...takk...ingat...a..kuu..ke?" Dia bertanya tergagap-gagap. Aku sembunyikan senyumku. Dia meraup mukanya yang kelihatan merah; menahan nangis la tu.
"Tak...sorry" aku mahu ketawa. Dia dah nak nangis dah tu. Aduh Akma, tak baik la buat Fateh macam tu! "Aku...akuuuu" Fateh tidak dapat menyambungkan ayatnya. Haih Fateh Fateh...
"Setahu aku, Fateh Irsyad yang aku kenal tak ada perasaan" aku tersenyum. Dia mencerlung tajam ke arahku tanpa berbicara. "Kau asal cengeng pula ni?" aku meletuskan ketawaku. Dia merenungku tajam. Aduhai! Wrong timing pula buat lawak....
"Orang risau pasal dia, dia merepek pula!" Fateh duduk di kerusi sebelah katilku. Dia memandang ku tanpa menoleh. Tak puas hati sangat tu! Maaf Fateh. Aku nak bergurau je.
Aku jadi tak keruan apabila dia merenung anak mataku. Lama sangat. Gila ke mamat ni? "Kenapa?" Terkeluar juga soalan dari mulutku. Aduh, sakitnya kepala!
"Kau okay tak? Nak bubur? Aku belikan" soal Fateh bertalu-talu. Ish mamat ni, terlebih prihatin pula! "Aku okay. Jangan la tenung macam tu. Takut" ujarku jujur. Dia tersengih pula!
"Sorry, aku pergi beli makanan dulu tau" Fateh ingin segera bangun "Ehh tak nak yang beli punya....." kataku bersuara manja "Errrr dah tu?" Fateh kehairanan "Kau masakkan boleh? Boleh laa" aku merengek. Sejak bila Akma jadi manja begini?
"Oh...okay okay aku balik dulu. Tunggu tau!" Fateh mengenyitkan matanya. Aduh! Kan dah malu sendiri. Aku menepuk dahi ku. Fateh telah lama keluar dari bilik ini. Kalau tak, lagi malu kalau dia melihat wajahku yang tidak ubah seperti sebiji tomato ni!
Aku nampak wajah Farihin dan Amyra. Mereka nampak tersenyum-senyum. Ish! Ni mesti dengar perbualan aku dengan Fateh. Aku menarik selimut ku. Aku berselubung dalamnya. Farihin dan Amyra dah mengekek-ngekek ketawakan ku. Dasar kawan!
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
RomanceMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...