Part 31

45 9 17
                                    

Tak kan lah?

"Ye, aku tunang kau." BUMM, bagaikan ada batu di atas kepalaku. Kenyataan apakah ini? Aku baru je nak solat istikharah.

"Sorry Akma, tak bincang dengan kau" Fateh berkata. Aku dah la masih terkaku dengan semua ni. Tiba-tiba...

"Daddy daddy..." Datang seorang budak kecil ke arah Fateh. Kejap, tu bukan ke Arisya Qarmila? "Eh, mama pun ada kat sini!" Arisya segera memelukku.

Apakah semua ini?

Aku keluar dengan suami orang selama ni?

Kenyataan apakah?

Baru tadi je Fateh kata dia tunang aku. Sekarang ni, dia dah ada seorang anak. Entah-entah, dia nak jadikan aku isteri kedua? Seriously?

"Fateh, kau...KEJAM!" aku segera meninggalkan tempat ini. Aku pulang ke rumah. Aku kunci bilik. Aku menangis. Aku meraung. Arissa mengetuk pintu bilikku.

"Akak, akak kenapa ni? Akak buka pintu ni!" Arissa masih setia mengetuk pintu. Sorry Arissa, akak tak mampu nak buka pintu. Aku ke bilik air. Aku mengambil wudhu' lalu aku menunaikan solat istikharah. Aku berteleku di atas sejadah. Aku baring lemah di atasnya. Lama-kelamaan aku tertidur..

~~~~~~~

"Hello, Assalamualaikum akak Amy" Arissa menelefon Amyra "Waalaikumussalam, ye Arissa. Kenapa ni?" Amyra bertanya "Akak...akak..." Arissa menangis.

"Eh, takpe Arissa. Akak Amy datang rumah. Kebetulan akak nak lalu depan rumah Arissa ni" Amyra meletakkan panggilan. Arissa berjalan mundar-mandir di pintu utama.

Tok! Tok! Pintu diketuk. Arissa segera ke pintu utama "Akak Amy" Arissa segera peluk Amyra "Kenapa ni sayang? Arissa okay?" Amyra mengusap lembut belakang Arissa.

"Akak...tak tahu kenapa dengan dia. Balik-balik je menangis lepastu meraung. Sekarang dah diam, takut dia pengsan pula kak. Akak Amy tolong Arissa boleh?" Arissa menjelaskan kepada Amyra.

Amyra bergegas ke bilik Akma "Akma, hello" Amyra mengetuk pintu Akma. Senyap, tiada balasan "Arissa ada kunci pendua tak?" soal Amyra. Arissa mengangguk lalu pergi ke almari yang terdapat kunci pendua.

"Nah kak" Arissa menghulurkan kunci pendua kepada Amyra. Amyra segera mengambil kunci tersebut lalu membuka pintu bilik Akma.

Amyra menerpa ke arah Akma. Amyra dan Arissa meletakkan Akma di atas katil. Hmm nampak macam tengah tidur "Kita tunggu Akma bangun ye Arissa. Kalau 24 jam dia tak bangun, kita bawa dia pergi hospital."

💮💮💮

Majlis perkahwinan ku. Ye, aku. Akma Dhiya binti Syarif akan disatukan bersama seorang jejaka misteri. Aku tidak nampak wajahnya sangat. Aku nampak ramai pengunjung mula tiba.

Aku lihat, wajah seseorang. Ye aku nampak kelibat lelaki tersebut. Tinggi, boleh dikatakan tinggi. Dari segi rupa fizikal macam... Fateh?

Aku kahwin dengan Fateh? Macam tak percaya je? "Akma, kau termenung apa ni? Jom jumpa Umi dengan Walid" Fateh memaut lenganku. Aku hanya menurut.

"Umi, Walid" Fateh menyapa mesra. "Ha, ingat kamu berdua dah lesap dah. Akma, jaga diri elok-elok. Kamu tu dah jadi isteri Fateh Irsyad" Puan Syifa mengusap lembut kepalaku. Aku mengangguk.

Tiba-tiba, ada seseorang datang mengetuk kepalaku. Seorang perempuan, ya perempuan. Aku tidak ingat apa yang terjadi setelah itu kerana.... aku pitam.

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now