Part 38

52 10 11
                                    

"Irsy cepat lah!" Akma sudah mendahului langkah Irsy. Dia sudah sampai di hadapan lif. Akma malas mahu menunggu Irsy, lantas dia menekan butang '3'. "Padan muka!" Akma ketawa seorang diri.

Sampai di tingkat 2, pintu lif terbuka. Oh tidakkk jangan lah.... okay, memang Irsy berada di hadapan pintu lif.

"Hai, miss me?" Irsy berkata. Akma membuat muka ingin muntah. Dia terus menekan butang lif supaya lif tutup. "Yes tutup!" Akma bersorak keriangan.

Tiba-tiba, lampu lif terpadam. Nombor tingkat pada lif juga sudah tidak kelihatan. Butang pada nombor juga tidak mengeluarkan cahaya.

"Irsy....saya takut" Akma sudah jatuh terduduk di lantai. Dia menarik lututnya dan membenamkan wajahnya di situ.

"Akma! Akma!" Irsy menjerit memanggil nama Akma. Dia perasan lif tidak bergerak. Irsy menghubungi management lif tersebut.

"Ish, lambat la diorang ni!" Irsy dengan sedaya upaya menolak pintu lif supaya terbuka. Akhirnya, pintu lif terbuka separuh. Akma terus meluru ke arah Irsy. Dia terpeluk Irsy "Saya takut" Akma bersuara.

Irsy terkedu buat seketika. "Aku ada" Irsy mengusap kepala Akma. Pengawal datang ke arah mereka "Maafkan kami atas kecuaian pihak kami" ujar pengawal tersebut.

"Lain kali kata la lif ni rosak! Tak ada la orang nak guna!" Irsy sudah membentak. Akma terkedu. Dia terus meleraikan pelukan 'Bila masa pula aku peluk dia ni? Malunya!' Akma menyentuh pipi nya. Panas!

"Sorry encik, puan. Maaf sangat-sangat. Kesilapan ni tak kan berlaku lagi pada masa akan datang" Pengawal tersebut menundukkan wajahnya tanda hormat.

"Okay. Akma, jom naik tangga" Irsy terus meninggalkan Akma 'Cis, mamat ni. Otak mereng!' Akma sudah melangkah menuju ke tangga. Nasib lagi satu tingkat je!

Akma meluru ke pintu hotelnya. Dia terus 'swipe' card untuk masuk "Kenapa tak boleh pula ni!!!!" Akma mahu mencampak card tersebut, namun di rampas oleh Irsy "Meh aku tolong" Irsy terus 'swipe' card tersebut. Dan tingg!

Warna hijau! "Wahh thankyou. Kau ni macam bidadara pula. Selalu tolong aku" Akma terlepas kata. Dia terus menekup mulutnya.

"Mungkin aku bidadara kau?" Irsy tersenyum tipis. Hanya dia sahaja yang mengetahui kerana dia masih memakai facemask.

"Errrr" Akma terus masuk ke dalam bilik lalu menutup pintunya dengan kuat! Irsy terkedu "Tak pernah berubah kau Akma"

Ye korang boleh tahu dia siapa kan? Dah diam-diam jeeee

~~~~~~~~~~~~

Apahal mamat tu pelik sangat eh? Aku terus mencampak tas tanganku di sisi katil. Aku baring di atas katil. Hmm hari yang sangat-sangat panjang! Rasa nak tercabut kaki ni.

Esok, tak ikut bas yang disediakan. Aku keluar 'dating' dengan mamat sewel-tak-berapa-sewel tu. Apa aku merapu ni?

Tittt...tittt...aku mencapai telefon ku. Siapa pula yang mesej malam-malam buta macam ni? Hehe

WithLove: Hye sweetie, dah tidur?

Adhiya: Waalaikumussalam

Aku tersenyum seorang diri. Ada ke patut balas macam tu? Memang dia tak balas dah la sampai bila-bila. Hehe nak tahu juga siapa WithLove ni?

Adhiya: Nak tanya... Lelaki ke perempuan?

Boybestfriend♡ [✓]Where stories live. Discover now