"Assalamualaikum" aku tercari-cari suara siapalah itu. Tiada orang pun kat belakang. Aku memandang ke hadapan. Woi!!! Aku terkejut melihat seorang perempuan berpurdah di hadapanku.
"Awak siapa?" Soalku "Saya nak minta maaf kalau buat salah kat awak. Saya bersalah sangat sekarang ni. Sebab saya, awak pergi. Awak tinggalkan Fateh. Awak lari, awak hilang. Fateh cari awak. Tapi tak jumpa. Dia tak boleh fokus kat modelling" tutur perempuan berpurdah ini.
"Tapi, awak siapa? Mana awak tahu?" Aku memandang nya curiga. Dia membuka purdah yang dipakai. Alahai, terjatuh pula. Aku menunduk untuk mengambilnya.
Aku memandang ke hadapan. Eh, tak ada orang? Mana perempuan tadi? Tak kan aku berkhayal. Kalau berkhayal, macam mana purdah ni ada kat aku? Arghhh lupakan je lah. Aku menapak ke rumah semula.
"Maafkan aku Akma"
~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum!" Aku memberi salam. La, mana adik aku ni? Tak bangun lagi ke? Aku membuka pintu. Aku lihat wajah Arissa yang sedang tidur di sofa. Hmm sambung tidur lagi!
"Woi! Bangun la! Kau tahu tidur je! Pergi kerja la!" Aku mencubit pipi nya. Automatik dia bangun "Harini kan Sabtu. Cuti la!" Kata Arissa sambil menyentuh pipinya. Alololo sakit ke?
"Ye la, apa-apa je la. Eh, kita beli barang dapur tau petang ni" ujarku. Arissa mengangguk kecil "Akak belanja!" Arissa ketawa besar. Aku menampar bahunya.
"Eh, kita ni orang perempuan. Gelak sopan sikit" kataku. Padahal kalau dengan bestfriend, ketawa tak henti HAHAHAH.
"Okay" Arissa memegang bahunya. Sakit la tu! "Apa citer kau dengan Farhan?" Soalku. Arissa menggaru kepalanya sambil tersenyum suka.
"Okay, orang tengah bercinta kan. Begitu la gayanya" kataku sambil membuat muka nak muntah. Arissa tergelak kecil.
"Kau baru bangun ke apa ni? Dah mandi belum?" Tanyaku "Eh, Arissa dah lama bangun la! Cuma tak mandi lagi je hehe" Arissa menayangkan 'peace' kepadaku.
"Patut busuk, wuelllkkk" aku menutup hidungku. Arissa menayangkan penumbuk. Aku tergelak melihat telatahnya. Dia terus menaiki tangga pergi ke biliknya.
Titttt.....titttt. Telefon ku berbunyi. Mesti secret admirer tu lagi.
WithLove: Everytime I look at you, I fall in love all over again 💖
Adhiya: Alaa macam pernah jumpa pula.
Aku tersenyum. Ada ke patut dia kata macam tu? Haih laaa. Tapi lepas aku balas, mesti dia tak balas apa dah. Hehe. Biarlah.
Macam mana dia boleh ada aplikasi 'twit-twit'? Dia tersalah download haritu. Tapi tak sangka ada yang nak mesej dengan dia. Tak tahu pun 'WithLove' tu lelaki ke perempuan.
Kami tidak mendedahkan apa-apa identiti pun hehe. Aku pun layan je sebab kadang-kadang dia menceriakan suasana tau.
WithLove: 1 year, 12 month, 48 weeks, 365 days.
But i'm still here. Waiting for your love💗Adhiya: Seriously? So sweet.
Aku tergelak kecil. Tak sedar pula dah pukul 11 pagi. Kena siap-siap ni. Eh tapi nak beli barang lambat lagi. Lepas zohor kan. Baik aku tengok televisyen dulu.
"Hai bersama saya sekarang ni ialah ialah Encik Saiful, pengurus bahagian Eliza Khairuddin. Encik Saiful, adakah Eliza hilang begitu sahaja atau ada sebab disebalik semua ini?"
"Dia bukan menghilangkan diri. Dia cuma mahu masa berehat. Dia mungkin sekarang sedang melihat kita dari rumahnya. Betul kan Eliza?"
Aku nampak wajah pengurus Eliza seperti mahu menangis. Ye, dia pun tak tahu dimana Eliza. Mungkin aku je yang tahu. Ya Allah, selamatkan la orang yang telah menyelamatkan ku dahulu.
Semasa pemeriksaan polis, polis menjumpai beberapa mayat dalam rumah usang itu. Dia sangat-sangat berharap itu bukan mayat kawan-kawannya yang telah menyelamatkan dirinya.
"Ya Allah, Eliza" aku segera menukar siaran. Tidak sanggup melihat pengurus Eliza menangis. Haritu Fateh, ni Eliza pula.
Walaupun Eliza melayan dirinya dengan teruk. Tapi sebab Eliza, dia selamat. Dia selamat daripada rumah usang itu sebab Eliza dan Fateh!
Tapi apa yang dia balas? Dia lari keluar bersama Syah. Syah pun sudah selamat berkahwin dengan Farihin. Diri dia sahaja yang tidak berguna sekarang ni.
"Akak, kenapa akak nangis?" Arissa yang sudah siap bertudung menegurku "Eh awal kau siap. Aku tak nangis la" aku memandang ke arah Arissa.
"Awal apa? Dah masuk Zohor dah. Akak pergi la solat. Kata nak beli barang dapur" rengek Arissa. Aku segera memandang jam di dinding. Wah, memang pukul 1:30 tengah hari!
"Okay okay, akak siap-siap kejap. Kau tunggu sini. Jangan nak pandu kereta Myvi aku tu!" Tuturku. Sayang betul kat kereta pertama yang dibeli hasil titik peluh sendiri.
"Ye la, Arissa tak pandai bawa pun!" Arissa mencebik. Dia masuk ke tempat penumpang di hadapan. Aku membuat apa yang patut sebelum menerobos masuk ke dalam kereta ku.
"Akak, banyaknya beli barang! Nak buat kenduri ke apa?" Arissa polos bertanya "Haah, kenduri kahwin kau la!" Aku mengetuk kepalanya "Aduh, sakit la!" Arissa memegang kepalanya.
"Tahu pula sakit! Ni aku beli barang seminggu terus. Kalau tak cukup, kita beli lagi esok" aku sembunyikan senyum "Gila apa akak ni? Barang macam ni untuk seminggu? Macam boleh buat setahun je" Arissa memandang ke troli yang ditolak olehku.
"Ye la kau setahun. Kalau kau yang masak, habis cepat je lauk ni. Sekejap-kejap nak makan, sekejap-kejap nak makan. Huh!" Aku menolak troli ke kaunter pembayaran. Aku membayar barang-barang yang dibeli tadi.
"Errr Arissa tak bawa duit la kak. Kau bayar dulu eh" Arissa tersenyum. Dah agak dah minah senget ni! Dah kalau dia sehelai sepinggang je dengan telefon. Dompet pun tak bawa! Eh budak ni...
~~~~~~~~~~~~~~
"Akak, pergi Cameron Highland tu elok-elok. Jangan nakal-nakal. Kalau ada orang tak kenal bagi lolipop, jangan ambil!" Pesan Arissa.
"Ingat aku budak-budak ke? Lolipop? Pffttt" aku tergelak kecil mendengar ayatnya itu. Ada ke patut dia merepak yang bukan-bukan?
"Dah la, akak nak cepat. Kau tu, duduk rumah. Jaga kesihatan. Kalau pergi rumah mama, kunci pintu tingkap okay?" Aku memberi nasihat. Arissa hanya mengangguk kepala.
"Okay bye kak. Bawa balik ole-ole okay?" Arissa tersenyum riang. Haha biasalah budak-budak. Aku menggosok kepalanya. Makin lama makin kuat pula sampai sakit kepala Arissa.
"Adui kak. Kau nak bunuh aku ke apa ni?" Arissa menyentuh kepalanya. Perit! "Sorry, akak pergi dulu. Byebye" aku membawa kereta Myvi ke stesen bas.
Bukan tak nak bawa kereta, tapi dah ada orang yang baik hati tempah tiket bas. Haih kelakar pula bila ingat balik kejadian tu.
Ha, nak ingat kejadian apa ni? Tunggu la next part. Aku busy study Jerman sat HAHAHAH.
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
RomanceMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...