"Oi tunggu la!" Akma mengejar Fateh "Lambat la kau!" Fateh memandang belakang sambil menjelirkan lidah. Fateh semakin melajukan langkahnya.
'Eee dia ni!' Akma mengomel dalam hati. Dia mahu memintas Fateh tapi Fateh lebih laju berjalan 'Mamat ni dah kenapa laju-laju?' gumam Akma dalam hati.
Akma terpaksa akur untuk mengekori Fateh dari belakang. Sampai saja di satu sudut, Akma terlihat seorang wanita sudah terkulai layu di tepi simpang 'Oh, patut la dia jalan laju tadi' kata Akma dalam hati.
Akma berjalan ke arah wanita itu "Nak, bagi anak makcik makan nak..." Wanita itu bersuara. Dia terbaring di tepi jalan namun masih teringat akan anaknya "Kat mana anak Mak Su?" Tanya Fateh yang menggelarkan wanita di hadapan mereka 'Mak Su' "Meh saya pimpin Mak Su" Akma berkata lalu memegang lengan wanita tersebut.
Mereka berjalan hingga sampai di sebuah rumah usang "Sini nak...uhukkk...uhukk" Mak Su berkata sambil batuk kecil "Mak Su tinggal sini?" ujar Akma bernada sayu. Sungguh pilu hatinya melihat wanita separuh abad tinggal di rumah usang ini.
"Hey pompuan! Kau tak beli makan lagi ke?" ujar suara lelaki dari dalam rumah 'Macam kenal je suara tu' Akma berbisik dalam hati.
"Ish! Lembab betul la perempuan ni!" Lelaki tersebut datang ke muka pintu. Dia membuka pintu dan... Syah?
"Ak....Akma...kau buat apa kat sini?" Soal Syah menutup suara kasar nya sebentar tadi "Eh, mama....dah balik?" Syah memandang sinis ke arah wanita tersebut.
"Syah...ibu tak ada duit nak beli makanan" Mak Su hanya menangis di sisi Akma. Sayu mendengar rintihan wanita tersebut "Mak Su, saya bawa Mak Su masuk dalam dulu ye" Akma memapah wanita tua itu ke dalam.
"Masuk la bro, kau tercegat apa kat luar. Banyak barang kau bawa" ujar Syah sambil merampas satu beg plastik yang dibawa oleh Fateh. Fateh buat tak tahu je sebab makanan tu memang untuk makcik dan 'anak tak guna' ni.
"Kau tak kesian kat mak kau ke? Anak apa macam ni?" Fateh merenung tajam ke arah Syah. Syah hanya duduk di sofa sambil meletakkan kakinya di atas meja. Biadap! "Suka hati akulah! Mak aku, bukan mak kau!" Syah merendahkan suaranya. Takut-takut Akma terdengar perbualan mereka.
"Heh, bukan mak aku? Jadi kenapa aku pula kena bagi kau makan? Kau ada beli barang dapur untuk mak kau? Tak ada kan? Asyik berjudi je kerja!" Fateh sudah mengepal penumbuknya. Syah hanya tersenyum riang lalu ketawa besar.
"Suka hati lah! Eh, kalau aku nak Akma boleh? Kau kan kawan dia, recommend la aku kat dia" Syah masih tersenyum mesra.
DUSH!!! Fateh melayangkan penumbuknya kepada Syah. Habis pecah tepi bibir Syah "Dia bukan pelacur! Kau fikir apa ha?! Dia tu bestfriend aku! Tak kan aku nak jual dia kat lelaki tak bermaruah macam kau!" Fateh menghamburkan amarahnya.
"Fateh! Kau buat apa ni?" Akma yang baru tiba di ruang tamu terkejut melihat bibir Syah yang berdarah itu "Makcik, saya minta maaf. Saya tertumbuk anak makcik" kata Fateh sambil menunduk; tanda hormat kepada wanita tersebut.
"Takpe nak. Tumbuk je dia, dia buat perangai, pukul je dia. Makcik okay je. Kamu ni Syah! Bila nak ubah perangai? Masa duduk U dulu, okay je. Uhukk uhukk" ujar makcik tersebut.
"Bla bla bla. Menyampah!" Syah menggoyangkan kakinya. Dah macam bos besar! "Awak ni kenapa Syah? Kenapa jadi macam ni? Teruknya!" Akma memandang Syah. Syah hanya tersenyum simpul.
YOU ARE READING
Boybestfriend♡ [✓]
RomanceMengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yang kata mereka bercinta, padahal mereka hanya berkawan baik. Apa yang berlaku apabila usia semakin me...