38

84 17 1
                                    

Puan Sarah menaiki kereta Haifa Najiha manakala Tan Sri Hisham dan Datin Sri Amira menaiki kereta Haziq Daniel sewaktu bertolak ke Kelantan.

Puan Sarah keluar dari kereta anaknya itu setelah sampai ke tempat yang pernah didiaminya dahulu. Dia memandang rumah di hadapannya itu. Rasa tak percaya yang dia kembali semula ke rumah itu setelah dua puluh empat tahun.

Tan Sri Hisham menghampiri isterinya itu.

"Abang rasa abah terima saya lagi tak?"soal Puan Sarah kepada suaminya.

"Kenapa Sarah tanya macam tu?"tanya Tan Sri Hisham pelik. Keningnya bertaut.

"Sarah dah banyak buat salah. Sarah tinggalkan rumah ni. Sarah tinggalkan abang,"balas Puan Sarah kesal.

Tan Sri Hisham menggosok bahu isterinya itu.

"Sarah, semua orang buat silap. Abang pun buat silap. Yang dah jadi tu, kita lupakan ajelah. Apa yang kita perlu buat sekarang, kita kena baiki keluarga kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih,"ujar Tan Sri Hisham lembut.

Nenek membuka luas pintu rumahnya itu. Dia terkesima melihat dua sosok yang sangat dirinduinya sudah pulang. Air matanya gugur.

"Abe, anok menantu kito doh balik!"kata nenek lalu keluar dari rumah itu untuk mendapatkan Tan Sri Hisham dan Puan Sarah.

Puan Sarah berpelukan dengan emak mertuanya itu. Setelah berpelukan, nenek memegang wajah itu. Nenek menangis terharu.

"Sarah gi mano selamo ni? Doh duo puluh empat tahun mok dan abah tunggu Sarah balik. Bakpo Sarah tubik dari rumoh ni? Sarah maroh ko mok dan abah ko?"rintih nenek.

Mata Puan Sarah sudah berhabuk. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sarah tak pernah marahkan mak dan abah. Sarah sayangkan mak dan abah. Sarah mintak maaf. Sarah dah berdosa dengan mak dan abah,"balas Puan Sarah.

Haifa Najiha menahan tangis. Dia memeluk Datin Sri Amira yang terharu dengan pertemuan itu.

Atuk yang baru muncul di muka pintu rumah itu tergamam apabila melihat kepulangan anak dan menantu kesayangannya itu. Dia keluar dari rumah dan menghampiri mereka.

"Sarah. Hisham,"sebut atuk dengan wajah yang gembira.

Atuk memeluk erat Tan Sri Hisham. Air mata lelakinya gugur.

"Hisham, abah mintak maaf sebab dah cuba meruntuhkan rumah tangga kamu. Abah mintak maaf, Hisham. Abah menyesal,"tutur atuk.

"Hisham pun nak mintak maaf dengan abah sebab Hisham derhaka pada abah,"ucap Tan Sri Hisham.

Pelukan dileraikan. Atuk memandang wajah Datin Sri Amira.

"Amira, maafkan abah. Maafkan abah sebab abah tak pernah nak hargai kamu walaupun kamu seorang menantu yang baik,"ujar atuk.

"Amira pun nak mintak maaf, abah. Amira dah banyak buat silap,"kata Datin Sri Amira sebak.

Pandangan atuk dialihkan pula kepada Puan Sarah.

"Sarah, mana cucu abah?"tanya atuk dengan senyuman manis.

Puan Sarah memanggil anaknya. Haifa Najiha datang kepada ibunya. Dia melemparkan senyuman kepada atuk dan nenek.

"Atuk. Nenek,"sebut Haifa Najiha.

Atuk dan nenek segera mendapatkan tubuh tinggi lampai itu. Mereka memeluk cucu mereka yang sudah lama dicari itu. Mereka tidak sangka bahawa Haifa Najiha adalah cucu mereka.

"Mak, abah, dah masuk waktu Asar ni. Jom kita solat sama-sama,"ajak Tan Sri Hisham.

Atuk dan nenek tersenyum. Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah dan menunaikan solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Tan Sri Hisham. Alhamdulillah. Segala perbalahan sudah ditamatkan. Semoga cahaya kebahagiaan terus menyinari keluarga itu.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now