35

79 15 2
                                    

Haifa Najiha memerhatikan bilik CEO Takaful yang bakal menjadi biliknya selepas ini. Luas. Bersih. Kemas. Dokumen-dokumen tersusun rapi di rak di sebelah tempat duduk.

"Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini,"terang Tan Sri Hisham kepada anaknya itu panjang lebar mengenai perniagaannya.

Haifa Najiha mengangguk faham.

"Papa, berapa kadar nilai keuntungan yang pelanggan dapat?"soal Haifa Najiha yang sudah berminat dengan perniagaan itu.

Tan Sri Hisham tersenyum melihat anaknya yang kelihatan sudah berminat dengan perniagaannya. Dia duduk di tempat duduk yang akan ditinggalkannya selepas ini.

"Apabila pihak pembeli insuran mengalami kerugian bagi bencana khusus, yang jaminan tersebut memberi hak kepada pemegang polisi bagi membuat 'tuntutan' terhadap pemberi insuran bagi jumlah yang ditetapkan oleh kontrak polisi. 'Yuran' yang dibayar oleh pembeli insuran kepada pemberi insuran bagi menangung risiko dikenali sebagai 'premium'. Permium insuran daripada ramai pelanggan digunakan bagi membiayai akaun dana yang diketepikan bagi pembayaran tuntutan akan datang - secara teori bagi sejumlah kecil penuntut - dan bagi kos overhed. Selagi pembekal insuran mengekalkan dana mencukupi yang diketepikan bagi kerugian yang dijangkakan, perbezaan baki menjadi untung mereka,"jelas Tan Sri Hisham.

"Macam mana pulak dengan keuntungan kita?"tanya Haifa Najiha lagi.

"Pelanggan mungkin membayar satu atau dua bayaran premium untuk satu jangka masa. Syarikat insuran mengutip bayaran ini daripada satu ataupun lebih pelanggan. Sekiranya sesuatu perkara berlaku yang memulakan tuntutan, syarikat kemudiannya akan membayar sejumlah wang tertentu. Sekiranya, dalam tempoh keseluruhan kontrak syarikat insuran, ia membayar kurang berbanding yang dikutipnya, ia menjadi apa yang dikenali sebagai keuntungan penajaan jamin. Satu ukuran prestasi syarikat insuran merupakan nisbah kerugian mereka. Nisbah rugi ditambah kepada nisbah perbelanjaan untuk menentukan nisbah gabungan syarikat. Nisbah gabungan menunjukkan keuntungan penajaan jamin keseluruhan syarikat. Gabungan nisbah kurang daripada 100 peratus menunjukkan keuntungan, sementara apa-apa yang melebihi 100 peratus adalah kerugian,"balas Tan Sri Hisham panjang.

Haifa Najiha sudah faham dengan konsep insurans.

"Kalau Haifa nak tanya apa-apa lagi, just tanya papa. Papa akan jelaskan semuanya macam tadi,"kata Tan Sri Hisham sambil tersenyum.

"Papa, ini soalan last. Macam mana nak urus syarikat ni?"soal Haifa Najiha polos.

Tan Sri Hisham menyerahkan sebuah lembaran Panduan Insurans dan Takaful kepada anaknya itu.

"Haifa boleh rujuk lembaran ni. Dia dah jelaskan macam mana sistem perniagaan kita berfungsi,"ujar Tan Sri Hisham.

Haifa Najiha membelek-belek lembaran itu dengan penuh minat.

"Haifa dah faham semuanya?"soal Tan Sri Hisham.

"Takdelah faham semua tapi Haifa dah tahu selok-belok pengurusan insurans,"jawab Haifa Najiha.

"Itu pun dah bagus. Papa serahkan syarikat ni pada Haifa sebab papa yakin yang Haifa boleh jaga syarikat papa ni elok-elok. Esok syarikat ni akan jadi hak milik Haifa secara rasmi,"kata Tan Sri Hisham dengan senyuman.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now