Pada malam itu, atuk menjemput Ustaz Wafi ke rumah itu untuk menyampaikan ceramah ringkas berkenaan keluarga. Solat Isyak pada malam itu diimamkan oleh Ustaz Wafi.
"Assalamualaikum. Terima kasih saya ucapkan kepada Pakcik Hashim kerana sudi menjemput saya ke sini untuk menyampaikan sedikit ceramah mengenai keluarga,"ucap Ustaz Wafi di ruang tamu rumah itu.
Mereka semua duduk bersila di atas karpet baldu yang terhampar luas di ruang tamu.
"Keluarga adalah orang yang selalu ada bersama kita sewaktu kita susah ataupun senang. Ibubapa adalah orang yang paling penting dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Penceraian perlu dielakkan. Jika ada masalah, kita perlulah mencari jalan penyelesaian. Penceraian adalah jalan terakhir jika masalah itu terlalu berat. Di dalam perkahwinan juga, jika suami berkahwin melebihi seorang isteri, suami seharusnya memberitahu isteri. Pernah terjadi satu kes dimana anak daripada isteri pertama berkahwin dengan anak daripada isteri kedua. Apabila bertemu keluarga, barulah pecah rahsia,"kata Ustaz Wafi di dalam ceramahnya.
Keluarga itu mengangguk faham.
"Di sini juga perlu saya ingatkan bahawa anak kandung suami dari isteri pertama adalah adik beradik kandung dengan anak kandung suami dari isteri kedua. Manakala anak tiri suami atau isteri bukanlah adik beradik anak suami atau isteri itu. Hubungan mereka sekadar adik beradik tiri atau dalam erti kata lain mereka boleh berkahwin,"terang Ustaz Wafi.
"Itulah sedikit sebanyak penerangan saya mengenai keluarga yang sering menjadi kekeliruan orang ramai. Sebelum saya mengakhiri ceramah ringkas ini, ada apa-apa soalan yang hendak ditanya oleh ahli keluarga Pakcik Hashim?"tanya Ustaz Wafi dengan senyuman.
Haziq Daniel mengangkat tangan.
"Ustaz, adakah sah perkahwinan tanpa restu ibubapa?"soal Haziq Daniel membuatkan atuk tersentak.
"Mentaati ibubapa ialah wajib dan bagi seorang perempuan yang masih bujang maka bapa atau datuk sebelah bapanya ialah wali mujbir yang diperlukan sebagai wali di dalam pernikahan kerana baginda sallahualaihiwassalam pernah bersabda:
لا نكاح إلا بولي
Maksudnya : Tidak ada nikah tanpa wali. [riwayat Abu Daud dan Tirmidzi] ."
"Namun sekiranya pihak ibubapa tidak berusaha menikahkan anak-anak mereka setelah diminta oleh anak-anak tanpa ibubapa mempunyai alasan yang sah disisi syarak maka tiadalah ketaatan kepada mereka dalam hal pernikahan ini disebabkan mentaati perintah Allah iaitu supaya jangan berzina ialah lebih utama dan lebih patut dipatuhi daripada mematuhi perintah ibubapa yang melarangnya.Walaubagaimanapun pernikahan tidak boleh dilakukan secara sembunyi diluar pengetahuan ibubapa sebelum berdepan dan memberitahu atau memaklumkan kepada mereka.
Nikah hanya boleh dilakukan setelah berusaha mendapatkan keizinan mereka. Jika mereka tidak mengizinkan atau menentang tanpa alasan yang munasabah barulah anak-anak itu boleh meneruskan pernikahan tanpa izin mereka.
Atau jika mereka tidak meredhainya sekalipun pernikahan itu telah memenuhi kehendak syarak supaya mendapatkan persetujuan wali dan jika wali itu enggan maka pernikahan itu berhak diwalikan oleh orang lain,"jelas Ustaz Wafi panjang lebar.Semua yang berada di situ mengangguk faham.
"Kalau dah takde apa-apa soalan, maka selesailah majlis ceramah kita,"ujar Ustaz Wafi.
Keluarga itu berdiri sebagai tanda menghormati Ustaz Wafi yang sudah berdiri itu.
"Terima kasih Ustaz Wafi sebab sanggup datang ke rumah saya untuk menyampaikan ceramah yang berguna ni,"ucap atuk.
YOU ARE READING
AWAK MR MINT
RomanceKemalangan yang tidak dijangka membuka satu cerita. Yang menemukan sebuah keluarga. "Aku suka kau."- Haziq Daniel "Awak dah gila? Sumbang mahram tu dosa tau tak?"- Haifa Najiha Bacalah cerita ni...