36

77 14 0
                                    

Aisya Fathia terkesima apabila Ashraf Izham memulangkan cincin tunang kepadanya. Dia memandang cincin itu sebelum melemparnya ke luar rumah.

"Aisya benci semua orang! Aisya dah taknak duduk sini! Aisya nak balik Terengganu!"pekik Aisya Fathia seperti tidak sedar.

Mak Yah mendekati anaknya yang berdiri di tepi tingkap rumah itu. Dia menggosok belakang anaknya.

"Mok tok maroh Aisya. Mok tahu Aisya tok saloh. Aisya anggaplah Aisya takdok jodoh dengan Ashraf. Ramai lagi lelaki hok Aisya buleh cari,"ujar Mak Yah lembut.

Aisya Fathia menangis teresak-esak di dalam pangkuan emaknya. Dia sedih. Dia kesal dengan dirinya.

"Apa salah Aisya mak? Aisya cuma nak kebahagiaan. Salah ke? Abah dah mati. Haziq dah benci Aisya. Ashraf pun dah tinggalkan Aisya. Mak nak tinggalkan Aisya jugak ke?"soal Aisya Fathia.

Mak Yah menggelengkan kepalanya.

"Mok tok akan tinggalkan Aisya. Mok sayang Aisya. Aisya janganlah kecek gini. Tok baik. Kito tokleh nok bantah ujian dari Allah. Kito keno redha,"kata Mak Yah.

Aisya Fathia membetulkan kedudukannya. Dia memandang wajah emaknya yang sudah tua itu.

"Mak ikut Aisya pergi Terengganu eh? Kita duduk sana. Aisya dah taknak duduk sini. Aisya malu dengan orang-orang kampung. Aisya malu dengan nenek dan atuk. Aisya malu dengan Ashraf. Aisya malu dengan Haziq,"tutur Aisya Fathia.

Mak Yah angguk.

"Mok ikut Aisya,"balas Mak Yah yang setuju dengan keputusan anaknya itu.

Aisya Fathia tersenyum nipis.

^_^^_^^_^

Aisya Fathia membaca tentang salasilah sistem insurans yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan dahulu. Dia berbaring di atas katilnya.

'Kaedah pengurusan risiko telah diamalkan oleh pedagang Cina seawal Milenium ke-3 SM manakala di Babylonia seawal Milenium ke-2 SM.Pedagang Cina yang melalui jeram sungai yang berbahaya akan mengagihkan barangan dagang mereka kepada beberapa kapal yang lain bagi mengurangkan risiko kerugian. Ini kerana jika kesemua barangan dagang mereka ditempatkan pada hanya sebuah kapal dan kapal tersebut terlibat dengan kecelakaan, maka kesemua barangan dagang mereka akan musnah.
Bagi masyarakat Babylonia pula mereka telah membentuk suatu sistem yang telah dicatat dalam Kod Hammurabi, sekitar 1750 SM dan diguna pakai oleh pedagang dari sekitar Lautan Mediterranean. Setiap pedagang yang menerima pinjaman kredit untuk berlayar akan membuat sejumlah bayaran kepada pemberi pinjaman sebagai jaminan sekiranya barangan dagang yang dibawa rosak atau hilang dia laut, pinjaman tersebut akan dibatalkan.'

Bacaannya pada lembaran itu terhenti apabila ibunya memasuki biliknya. Dia tersenyum memandang ibunya yang sudah duduk di sebelahnya itu. Dia membetulkan kedudukannya.

"Dah tak reading ke?"soal Puan Sarah.

Haifa Najiha hanya tersengih.

Puan Sarah mengusap kepala anaknya itu. Dia tersenyum.

"Tak sangka kan? Esok anak ibu dah nak jadi CEO. Mungkin ini hadiah daripada papa sempena kakak berusia dua puluh lima tahun,"ujar Puan Sarah lembut.

"Papa cakap macam tu ke? Rasanya papa bagi syarikat tu dekat kakak sebab papa dah tak larat nak urus,"kata Haifa Najiha.

"Alasan papa aje tu. Papa dah bagitahu dekat ibu hari tu yang dia ada hadiah yang besar untuk kakak. Ibu rasa inilah hadiahnya,"tutur Puan Sarah.

"Ibu rasa kakak dah patut kahwin ke?"tanya Haifa Najiha sambil mengangkat sebelah keningnya.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now