34

77 17 0
                                    

Tan Sri Hisham menikmati makan makanannya bersama keluarganya yang sudah lengkap. Dari kanannya ada Puan Sarah dan Haifa Najiha. Dari kirinya pula ada Datin Sri Amira dan Haziq Daniel.

"Kalau abang nak tahu, semua makanan ni, Haifa yang masak,"ujar Datin Sri Amira sambil tersenyum.

"Oh ya? Sedap. Pandai anak papa masak,"puji Tan Sri Hisham.

Haziq Daniel tersenyum memandang wajah cantik di hadapannya.

"Papa?"soal Haifa Najiha yang tidak biasa dengan panggilan itu.

"Haifa panggillah ayah ni papa. Senang sikit,"kata Puan Sarah.

Haifa Najiha mengangguk faham.

"Haifa, lepas ni papa nak cakap sikit dengan Haifa dan Haziq. Nanti masuk dalam bilik kerja papa,"arah Tan Sri Hisham.

Haziq Daniel dan Haifa Najiha berpandangan. Masing-masing akur.

Usai makan malam, mereka pergi ke bilik kerja papa mereka seperti yang diarah. Haifa Najiha memandang bilik yang luas itu.

"Cantiknya bilik ni. Macam office,"ujar Haifa Najiha kagum.

"Selalunya kalau papa tak larat nak masuk office, papa akan kerja dekat sinilah. PA dia akan hantar dokumen-dokumen kerja ke sini,"terang Haziq Daniel.

"Agak-agak kenapa papa nak jumpa kita?"soal Haifa Najiha lalu memandang abangnya.

"Entah. Pasal company kut,"jawab Haziq Daniel.

Tak lama kemudian, Tan Sri Hisham masuk ke dalam ruangan itu. Dia duduk di atas kerusinya berhadapan dengan anak-anaknya.

"Haifa mesti tertanya-tanya kenapa papa panggil Haifa dan Haziq kan?"tebak Tan Sri Hisham.

Haifa Najiha angguk.

Tan Sri Hisham tersenyum.

"Papa sebenarnya nak bagitahu Haifa tentang syarikat papa. Haifa tahu kan papa bukak syarikat apa?"tanya Tan Sri Hisham.

Haifa Najiha mengangguk lagi.

"Papa dah buat keputusan untuk serahkan syarikat papa kepada Haifa. Lagipun Haifa ada kelulusan undang-undang jadi Haifa pasti tak ada masalah untuk urus syarikat insurans,"jelas Tan Sri Hisham.

Haifa Najiha terdiam.

"Kenapa Haifa diam? Atau Haifa tak ready lagi nak urus syarikat papa?"teka Tan Sri Hisham.

"Papa, Haifa sebenarnya nak bukak firma sendiri. Haifa tak kisah kalau papa nak serahkan syarikat papa pada Haifa, tapi Haifa takut Haifa tak sempat nak urus dua-dua sekali,"tutur Haifa Najiha.

"Haifa, aku rasa kau tak payahlah nak bukak firma sendiri. Kau ambik aje syarikat papa. Then kau buat satu organisasi perundangan di bawah nama syarikat papa. Macam tu lagi senang,"cadang Haziq Daniel.

Haifa Najiha berfikir seketika. Ada betulnya jugak apa yang Haziq Daniel cakap. Ada banyak keuntungan kalau aku ambik syarikat papa. Haifa Najiha tersenyum memandang papanya.

"Baiklah, papa. Haifa setuju,"putus Haifa Najiha.

Tan Sri Hisham tersenyum lebar.

"Kalau macam tu, minggu depan papa akan kenalkan Haifa dengan staff-staff papa,"kata Tan Sri Hisham.

"Kau dah tak kerja dekat firma Adib ke?"soal Haziq Daniel pelik dengan persetujuan adiknya itu.

"Saya dah berhenti. Saya kan nak bukak firma sendiri?"jawab Haifa Najiha.

Haziq Daniel mengangguk faham.

"Papa turun dulu. Nak borak-borak dengan isteri-isteri papa,"ujar Tan Sri Hisham lalu keluar dari bilik itu.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now