6

101 19 1
                                    

Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, Haifa Najiha tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Dia merajuk, geram dengan lelaki bernama Haziq Daniel.

"Haifa,"panggil Haziq Daniel.

"Awak nak apa lagi?"tanya Haifa Najiha serabut.

"Alah, merajuklah tu. Manja betullah kau ni. Baru kena sikit dah merajuk,"balas Haziq Daniel selamba.

"Siapa cakap saya merajuk?"soal Haifa Najiha tidak mahu kalah.

"Dah kau diam,"bidas Haziq Daniel.

"Saya diam sebab saya malas nak bercakap dengan awak, faham? Poyo betullah,"omel Haifa Najiha kegeraman.

"Haifa, Haifa. Kalau tak disebabkan aku kesian kat kau, dah lama aku tinggal kau kat tepi sawah ni,"ujar Haziq Daniel selamba.

"Awak ugut saya eh?"tanya Haifa Najiha.

"Taklah. Aku cakap je,"balas Haziq Daniel.

"Dahlah, saya nak tidur,"kata Haifa Najiha kemudian memejamkan matanya.

"Kau nak pergi kedai mamak tak ni?"soal Haziq Daniel.

Haifa Najiha membuka matanya kembali.

"Saya dah tahu plan awak. Awak tolak saya dalam bendang tu sebab awak taknak saya pergi kedai mamak tu kan? Awak ni kejamlah Haziq!"tuduh Haifa Najiha.

"Kau cakap apa ni? Haifa, dah berapa kali aku cakap yang aku tak sengaja. Kalau kau nak sangat internet, pakai jelah hotspot aku,"ujar Haziq Daniel.

Haifa Najiha memejamkan semula matanya.

Pemanduan Haziq Daniel lancar memandangkan kawasan kampung tidak ada traffic jemmed.

^_^^_^^_^

Haifa Najiha memandang kosong telefonnya di atas katil. Dia mengeluh. Langsung tak ada Wi-Fi dalam biliknya apatahlagi di luar sana.

"Haifa, buleh nenek masuk?"soal nenek di muka pintu.

Haifa Najiha tersenyum. Dia mengangguk.

Nenek mengambil tempat di sebelahnya.

"Haifa okey dok ni? Napok letih jah. Ko baloh nga Haziq?"tanya nenek.

"Baloh? Gaduh? Taklah nek, Haifa okey je. Tak gaduh pun. Hari ni kan hari first Haifa kerja kat kebun. Sebelum ni kerja kat office. Tak biasa. Tu yang cepat penat sikit,"balas Haifa Najiha lembut.

"Nenek dengar Haziq tolok Haifa jatuh dalam sawoh. Betul ko?"soal nenek lagi.

"Betul nek. Habis kotor baju Haifa. Haifa baru je beli baju tu nek. Dahlah mahal baju tu,"adu Haifa Najiha.

"Lepas ni, pukul limo, ikut nenek gi pasar malam deh. Nenek tokse tinggal Haifa sore kat rumoh ni. Haifa ikut nenek deh?"ajak nenek.

"Okey nek. Haifa nak solat asar kejap,"ujar Haifa Najiha.

"Iyolah. Nenek tubik dulu deh. Cepat siap,"kata nenek lalu keluar dari bilik itu.

Haifa Najiha masuk ke dalam tandas biliknya untuk ambil wuduk dan bersiap-siap untuk ke pasar malam.

^_^^_^^_^

Keadaan pasar malam di Kelantan agak crowded. Haifa hanya memerhati nenek, Haziq Daniel dan Ashraf Izham yang sibuk melayan pelanggan. Dia tidak dibenarkan menolong kerana dia tak faham loghat negeri itu. Dia merakam suasana itu untuk dijadikan kenangan.

"Haifa, mari makey duku,"pelawa Ashraf Izham yang berehat seketika di hadapannya.

"Duku? Apa tu?"soalnya polos mengundang tawa Ashraf Izham.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now