4

130 21 2
                                    

Malam itu Haifa Najiha tekun menghadap komputer riba di dalam biliknya. Dia mencari maklumat tentang Harum Manis.

'Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.'-wikipedia

Dia tersenyum sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tersenyum sendiri. Seorang peguam membuat kajian mengenai buah mangga.

Tidak lama kemudian telefon pintarnya menerima sebuah panggilan. Dia menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?"soalnya kerana nombor itu tidak dikenali.

"Aku ni, Haziq. Kau simpanlah nombor aku. Senang aku nak contact dengan kau nanti kat Kelantan,"jawab Haziq Daniel selamba.

"Oh, Encik Haziq. Saya dah buat research pasal Harum Manis tu. Nampak macam sedap aje buah dia. Boleh tak saya nak rasa nanti?"tanya Haifa Najiha sambil tersengih sendiri.

"Entah. Kau mintaklah dengan atuk. Tu buah atuk bukannya buah aku. Aku nak kau bertolak esok pukul tujuh,"kata Haziq Daniel.

"Kita pergi asing-asing ke?"soal Haifa Najiha polos.

"Asing-asinglah. Kau ingat senang-senang je aku nak bagi kau tumpang kereta aku? Memang taklah! Rosak pulak kereta aku nanti,"bidas Haziq Daniel.

"Saya tanya jelah Encik Haziq. Saya pun taknak naik kereta Encik Haziq tu. Saya ada kereta saya sendiri. Tapi kampung atuk Encik Haziq tu kat mana? Saya tak pernah pergi Kelantan. Saya takut sesat,"ujar Haifa Najiha.

"Nanti aku send location dekat kau. Lepas tu kau guna Waze. Okey?"balas Haziq Daniel.

"Okey. Encik Haziq, saya dah nak tidur ni. Lambat bangun nanti Encik Haziq marah pulak,"kata Haifa Najiha selamba.

"Kau ingat aku nak sangat call dengan kau lama-lama? Dahlah." Talian diputuskan.

Haifa Najiha terkedu. Marah ke? Dia tergelak kecil.

^_^^_^^_^

Haifa Najiha memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Dia sudah lewat. Sekarang dah nak pukul lapan haiyya!

"Kakak pergi dulu ibu. Ibu jaga diri tau. Kalau ada apa-apa, ibu call aje kakak. Kakak balik,"ujar Haifa Najiha sopan.

"Iyalah. Kakak jangan kalut sangat. Drive elok-elok. Tak lari pun Kelantan tu,"seloroh Puan Sarah.

Haifa Najiha tersengih. Dia memeluk ibunya itu. Kemudian dia memandu Myvinya pergi.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku. Semoga Haifa tak berjumpa dengan keluarga Hisham,"getus Puan Sarah sendiri. Dia resah.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now