32

73 15 0
                                    

Sabrina menghampiri anak bossnya yang sedang menunggu seseorang di tepi keretanya di hadapan syarikat insurance itu.

"Good morning, Encik Haziq,"ucapnya sambil tersenyum.

Handsome sangatlah anak bos ni. Single lagi ke tak?

"Good morning, Sabrina,"jawab Haziq Daniel.

"Encik Haziq tunggu siapa ni? Tan Sri tak masuk office pagi ni. Dia ada meeting dengan client,"ujar Sabrina.

"Oh ye ke? Saya baru je nak ajak Tan Sri pergi breakfast. Awak dah breakfast?"soal Haziq Daniel.

"Belum lagi,"jawab Sabrina.

"Awak free tak sekarang ni? Jom teman saya pergi breakfast,"ajak Haziq Daniel.

Sabrina tersenyum.

"Boleh sangat Encik Haziq,"kata Sabrina.

Mereka pergi ke sebuah restoran besar menaiki kereta Haziq Daniel.

^_^^_^^_^

Puan Sarah menggeledah begnya untuk mencari kunci keretanya. Tanpa disedarinya, ada sebuah motosikal yang laju menuju ke arahnya. Mujurlah ada seseorang yang menariknya ke tepi.

"Makcik okey?"soal anak muda itu.

"Makcik okey. Terima kasih sebab dah tolong makcik,"ucap Puan Sarah bersyukur.

"Makcik ni Ibu Sarah ke?"tanya anak muda itu setelah mengamati wajahnya.

Puan Sarah tersentak. Hanya anak Amira yang memanggilnya begitu. Dia memandang wajah tampan itu.

"Haziq ke ni?"soalnya.

Haziq Daniel tersenyum. Dia mengangguk.

"Dah besar dah Haziq. Handsome. Macam mana Haziq boleh cam Ibu Sarah ni?"soal Puan Sarah mesra.

"Haziq ingat lagi muka Ibu Sarah. Ibu Sarah buat apa kat sini?"tanya Haziq Daniel.

"Ibu Sarah nak keluar kejap. Tapi kunci kereta ni tak jumpa pulak,"balas Puan Sarah.

"Ibu Sarah nak pergi mana? Jom Haziq hantar,"pelawa Haziq Daniel.

"Eh takpe. Dah jumpa dah,"kata Puan Sarah sambil mengeluarkan kunci kereta dari begnya itu.

"Okeylah Haziq. Ibu Sarah nak cepat ni. Nanti Haziq datanglah rumah Ibu Sarah. Bawak Mama Amira sekali,"ujar Puan Sarah lalu membuka pintu keretanya.

"Okey Ibu Sarah. Bye,"balas Haziq Daniel.

Puan Sarah memandu keretanya pergi dari situ.

Sabrina yang baru keluar dari restoran itu mendekati Haziq Daniel.

"Siapa tu Encik Haziq?"soalnya polos.

"Itu ibu saya,"jawab Haziq Daniel ringkas.

"Isteri pertama Tan Sri?"tebak Sabrina.

Haziq Daniel memandang wajah yang flawless itu.

"Mana awak tahu?"soal Haziq Daniel pelik.

"Hari tu dia ada datang office. Tan Sri yang kenalkan dia dengan saya. By the way orangnya cantik. Tapi saya langsung tak sangka yang Datin Sri Amira tu second wife. Selalunya second wife yang tak menonjol,"kata Sabrina.

"Jomlah balik,"ajak Haziq Daniel lalu masuk ke dalam keretanya.

Sabrina turut masuk ke dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya dipandu laju menuju ke tempat kerjanya.

^_^^_^^_^

Haifa Najiha membetulkan tudungnya pada cermin sebuah kereta. Dia sempat membuat memek muka yang acah-acah cantik. Tiba-tiba cermin kereta itu diturunkan. Dia terkejut kerana tak tahu ada orang di dalam kereta itu.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now