23

66 17 1
                                    

Tan Sri Hisham mengambil tempat duduk berhadapan kerani bank setelah sampai gilirannya. Dia memandang sekilas wajah kerani bank itu. Macam...

"Ya Encik. Boleh saya bantu?" Puan Sarah melemparkan senyuman kepada pelangannya itu. Namun senyuman itu mati serta-merta.

"Sarah? Awak Sarah kan? Sarah, saya Hisham, suami awak. Dah dua puluh empat tahun saya cari awak. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan awak. Awak apa khabar, Sarah?"kata Tan Sri Hisham yang gembira.

Puan Sarah cuba untuk beriak biasa. Wajahnya masih serius. Dia memandang kosong wajah yang putih kuning itu.

"Encik Hisham, boleh tak awak bersikap professional? Sekarang ni saya tengah kerja. Kalau awak rasa awak tak jadi nak buat pengurusan, lebih baik awak pergi. Ramai lagi yang menunggu di belakang awak,"balas Puan Sarah serius sambil membuat kerjanya.

Tan Sri Hisham mengeluh kecil.

"Awak masih marahkan saya ke, Sarah?"soal Tan Sri Hisham kesal.

Puan Sarah diam. Dia fokus membuat kerjanya.

"Saya nak keluarkan duit dua puluh ribu,"ujar Tan Sri Hisham.

"Bagi IC,"kata Puan Sarah.

Tan Sri Hisham menyerahkan kad pengenalannya kepada isterinya itu.

"Awak dah lama kerja dekat sini? Setahu saya, dulu awak bekerja di CIMB Bank,"tutur Tan Sri Hisham cuba beramah mesra.

"Scan ibu jari,"arah Puan Sarah.

Tan Sri Hisham akur.

"Anak kita macam mana? Dia sihat tak? Apa nama dia? Mesti cantik macam awak,"kata Tan Sri Hisham sambil tersenyum.

Puan Sarah memandang Tan Sri Hisham.

"Itu anak saya. Anak awak, dengan Amira!"bidas Puan Sarah.

Senyuman Tan Sri Hisham pudar.

"Amira gugur lepas awak tinggalkan kami. Dia nak kejar awak tapi dia tergelincir. Sejak kejadian tu, dia dah tak boleh mengandung,"cerita Tan Sri Hisham dengan suara yang mengendur.

Puan Sarah tersentak. Serta-merta dia terasa air matanya berkumpul di tubir mata. Namun dia segera mengawalnya.

"Sarah, sampai sekarang Amira cari awak. Awak tak kesian ke dekat Amira?"soal Tan Sri Hisham.

"Ini duit yang Encik Hisham nak,"ujar Puan Sarah lalu memberikan duit yang siap berada di dalam sampul itu kelas Tan Sri Hisham. Dia segera  menekan loceng pemanggil pelanggan seterusnya.

Tan Sri Hisham berdiri. Dia faham bahawa isterinya itu mahu dia pergi dari situ.

"Sebelum saya pergi, tolong beritahu saya apa nama anak kita,"pinta Tan Sri Hisham.

Puan Sarah berbalas pandang dengan suaminya itu. Hatinya sayu.

"Haifa. Nama dia Haifa,"tutur Puan Sarah perlahan.

Tan Sri Hisham tersenyum nipis.

"Terima kasih,"ucap Tan Sri Hisham lalu pergi dari situ.

Puan Sarah mengeluh. Dia menyapu air matanya yang berkumpul di tubir matanya. Dia perlu kuat! Dia menyambung melayan pelanggan seterusnya.

^_^^_^^_^

Tengku Nadrah terkejut dengan kata-kata anak sulungnya yang ingin berkahwin itu. Dia memandang wajah tampan itu dengan serius. Wan Ahmad dan Athisha hanya diam di ruang tamu rumah tiga tingkat itu.

"Mummy tak tahu kenapa anak mummy sanggup buat kerja gila macam ni,"keluh Tengku Nadrah.

"Kerja gila apanya mummy? Adib cuma nak kahwin. Bukannya Adib nak merompak ke apa,"ujar Adib Afham selamba.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now