Selepas makan malam, Haifa Najiha menyertai pertemuan antara atuk dan Haziq Daniel di ruang tamu rumah itu. Nenek pula khusyuk menjahit di sebelahnya.
"So atuk, inilah pekerja baru kita,"kata Haziq Daniel sambil tersengih.
"Haifa ya?"soal atuk.
Haifa tersenyum mengangguk.
"Haziq, esok pagi pukul tujuh, kamu datang sini, ambik Haifa pergi kebun,"kata atuk.
Haifa Najiha tercengang.
"Kebun? Nak buat apa pergi kebun?"tanya Haifa Najiha polos.
"Kerja. Kilang mana ada kerja kosong. Pekebun aje yang tak cukup. Haziq tak bagitahu kamu ke?"soal atuk kembali.
Haifa Najiha merenung tajam Haziq Daniel.
"Eh, bukan atuk cakap atuk nak pekerja ke?"tanya Haziq Daniel seperti tak tahu apa-apa.
"Memanglah atuk cakap atuk nak pekerja tapi atuk tak cakap yang kerja tu dekat kilang. Kamu ni Haziq,"balas atuk.
"Oh atuk nak pekebun eh?" Haziq Daniel tersengih seperti kerang busuk.
"Atuk, nenek, Haifa masuk tidur dulu. Esok kan nak kerja,"ujar Haifa Najiha bersopan-santun lalu masuk ke dalam biliknya.
"Abe, tokleh ko wi Haifa kijo kat kilang tu? Siye tengok dio. Tu dio bukey nok tidur lagi tapi sero hati,"kata nenek.
"Dah nak buat macam mana? Kilang dah taknak orang baru. Haziq ni cakap apa kat dia?" Atuk memandang Haziq Daniel.
Haziq Daniel tersengih selamba.
^_^^_^^_^
"Ya Allah geramnya aku dengan Haziq ni! Kilang? Mana kilang? Kalau aku tahu kau tipu aku, aku sanggup bayarlah kereta kau tu!"bentak Haifa Najiha sendirian di dalam biliknya.
Dia geram betul dengan sikap Haziq Daniel yang selamba itu. Dahlah bajet baik depan atuk nenek!
Tiba-tiba telefonnya menerima satu panggilan. Dari Haziq Daniel. Dia menjawab panggilan itu.
"Eh, Haifa. Manalah aku tahu semua ni. Hari tu atuk cakap pekerja kilang diperlukan,"ujar Haziq Daniel di talian.
Haifa Najiha mengeluh perlahan.
"Sekarang ni macam mana?"soalnya.
"Macam mana apa? Kau buat jelah,"jawab Haziq Daniel selamba.
"Senang je awak cakap kan? Yang kena sekarang ni saya!"kata Haifa Najiha kegeraman.
"Eh, aku pun kena jugak tau. Tadi atuk cakap apa? Haziq, esok pagi pukul tujuh datang sini, ambik Haifa. Kau tak dengar?"bidas Haziq Daniel sinis.
"Dahlah, saya nak tidur,"balas Haifa Najiha.
"Haifa, esok lepas balik kerja, kau nak ikut aku pergi sungai tak?"tanya Haziq Daniel.
"Saya baru je lepas balik kerja. Awak dah ajak saya pergi sungai. Nak kerja lagi ke? Atuk cakap saya start kerja pukul tujuhlah,"bidas Haifa Najiha.
"Aku bukan nak ajak kau pergi kerja. Kau ingat kau kerja kilang? Ada OT? Aku nak ajak kau pergi sungai. Kita tangkap ikan. Nanti kita boleh bakar buat BBQ. Nak tak?"pelawa Haziq Daniel.
"Awak pandai ke tangkap ikan? Awak kan CEO?"sindir Haifa Najiha.
"CEO tak bermakna aku tak boleh buat semua tu. Nak tak?"soal Haziq Daniel lagi.
"Taknak!"balas Haifa Najiha lalu memutuskan talian. Dia menghempaskan badannya ke atas katil Queen itu.
^_^^_^^_^
YOU ARE READING
AWAK MR MINT
RomanceKemalangan yang tidak dijangka membuka satu cerita. Yang menemukan sebuah keluarga. "Aku suka kau."- Haziq Daniel "Awak dah gila? Sumbang mahram tu dosa tau tak?"- Haifa Najiha Bacalah cerita ni...