Haifa Najiha membaca novel di atas katilnya. Dia tersenyum sendiri membaca novel kegemarannya itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk.
Haziq Daniel. Dia menjawab panggilan itu.
"Haifa, kau free tak weekend ni?"soal Haziq Daniel di atas talian.
"Rasanya tak. Kenapa?"tanya Haifa Najiha kembali.
"Jom pergi Kelantan,"ajak Haziq Daniel.
Kening Haifa Najiha bertaut. Dia semakin pelik.
"Kenapa pulak tiba-tiba ajak saya pergi Kelantan?"soal Haifa Najiha.
"Takkanlah kau tak tahu? Ashraf nak bertunang weekend ni. Dia jemput kau sekali,"jelas Haziq Daniel.
Haifa Najiha terlopong.
"Apa? Ashraf dah nak bertunang?" Haifa Najiha terkejut.
"Yang kau terkejut sangat ni kenapa?"tanya Haziq Daniel.
"Ashraf tak bagitahu saya pun pasal ni,"ujar Haifa Najiha dengan suara yang mengendur.
"Buat apa dia nak bagitahu kau? Kau bukannya girlfriend dia pun. Ke kau suka dia?"bidas Haziq Daniel selamba.
"Ish, merepeklah awak ni! Saya anggap Ashraf tak lebih dari seorang abang. Yang awak nak tuduh saya macam-macam ni kenapa? Cemburu?"tebak Haifa Najiha.
"Aku cemburu? Kuat betul kau berangan. Sekarang ni aku tanya kau nak ikut tak? Bukannya aku tanya perasaan kau,"kata Haziq Daniel.
Haifa Najiha menjeling. Namun jelingan itu tidak dapat dilihat oleh Haziq Daniel.
"Nak,"jawab Haifa Najiha ringkas.
"Okey. Jumpa hari Jumaat ni. Jangan lambat,"pesan Haziq Daniel lalu memutuskan panggilan.
Haifa Najiha memandang telefonnya. Dia tersenyum manis. Haziq ni sweet jugak kan? Caring. Baik. Baik? Kau melalut apa ni Haifa? Haifa Najiha menepuk dahinya.
^_^^_^^_^
Datin Sri Amira menghampiri suaminya yang sibuk memberi makanan kepada burung peliharaannya itu. Dia tersenyum.
"Abang, Ashraf nak bertunang hujung minggu ni,"kata Datin Sri Amira.
"Oh ya? Dengan siapa?"soal Tan Sri Hisham yang masih khusyuk dengan kerjanya.
"Dengan Aisya. Melepas saya nak ambik Aisya jadi menantu kita. Kak Hamidah yang sambar dulu,"keluh Datin Sri Amira.
"Nak buat macam mana? Jodoh Aisya bukan dengan anak kita. Lagipun ada baiknya jugak Ashraf tu bertunang. Dia pun dah lama tak ada teman sejak arwah Adya meninggal dulu,"ujar Tan Sri Hisham.
"Abang nak balik tak? Mak suruh kita balik,"tutur Datin Sri Amira.
"Mak suruh kita balik. Abah?"soal Tan Sri Hisham sambil memandang wajah putih bersih itu.
"Abang, apa kata kita cuba balik. Mana tahu kepulangan kita kali ni dapat berbaik dengan abah,"cadang Datin Sri Amira.
Tan Sri Hisham melemparkan pandangannya ke halaman rumah.
"Kalau awak nak balik, awak baliklah. Saya izinkan,"ujar Tan Sri Hisham.
"Abang memang taknak balik ke?"soal Datin Sri Amira.
"Awak dah lupa ke Amira? Abah tak akan berbaik dengan kita selagi kita tak bawak balik Sarah untuk dia,"kata Tan Sri Hisham dengan suara yang mengendur.
"Abang janganlah ambik hati sangat dengan kata-kata abah tu. Masa tu kan abah tengah marah. Lagipun saya rasa abah langsung tak maksudkan apa yang dikatakan tu,"ujar Datin Sri Amira.
YOU ARE READING
AWAK MR MINT
RomanceKemalangan yang tidak dijangka membuka satu cerita. Yang menemukan sebuah keluarga. "Aku suka kau."- Haziq Daniel "Awak dah gila? Sumbang mahram tu dosa tau tak?"- Haifa Najiha Bacalah cerita ni...