Haifa Najiha masuk ke dalam rumahnya yang telah ditinggalkan selama sebulan itu. Dia mencari kelibat ibunya namun tiada. Dia mengeluh. Ibu pergi mana? Kenapa tak kunci pintu rumah? Dia duduk di atas sofa ruang tamunya.
"Eh, kakak dah balik?"soal ibunya yang baru keluar dari biliknya.
"Kakak ingat ibu tak ada kat rumah. Itu yang pelik kenapa ibu tak kunci pintu,"ujar Haifa Najiha.
Puan Sarah mengambil tempat di hadapan anaknya.
"Kakak balik sebab majlis ibu ke?"tanya Puan Sarah.
Haifa Najiha diam.
"Kakak, ibu mintak maaf sebab marah kakak hari tu. Ibu takde niat pun. Ibu cuma nak kakak faham. Kakak, ibu buat semua ni sebab kakak tau,"kata Puan Sarah lembut.
"Kenapa pulak ibu nak buat semua ni sebab kakak? Kakak tak suruh pun ibu kahwin dengan Kamal,"bidas Haifa Najiha.
"Ibu kahwin dengan Pakcik Kamal bukan suka-suka tau kakak? Ibu nak kakak dapat merasa kasih sayang seorang ayah,"ujar Puan Sarah.
"Ibu, dah 24 tahun kakak tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kakak hidup je. Kenapa sekarang baru ibu cakap yang ibu nak kakak dapat kasih sayang seorang ayah?"tanya Haifa Najiha.
"Kalau ibu nak kakak dapat kasih sayang seorang ayah, baik kakak cari ayah kandung kakak. Ibu tak payah kahwin,"kata Haifa Najiha.
"Ibu tak izinkan kakak cari ayah!"tegah Puan Sarah serius.
"Kenapa pulak? Tadi ibu sendiri yang cakap ibu nak kakak dapat kasih sayang seorang ayah,"bidas Haifa Najiha.
"Kakak ni kenapa? Sejak ibu nak kahwin dengan Pakcik Kamal, kakak makin lain. Kakak berubah. Kakak lawan cakap ibu. Kakak tak dengar kata ibu. Kenapa kakak benci sangat dengan Pakcik Kamal tu?"hambur Puan Sarah.
"Kalau ibu nak tahu, dia tu..." Haifa Najiha tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Dia apa? Kakak cakaplah,"gesa Puan Sarah.
Haifa Najiha terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia benci dengan perasaan takutnya.
Puan Sarah mengeluh. Macam ada yang tak kena. Kamal dengan Haifa ada apa-apa ke? Dia mengurut kepalanya yang terasa sedikit pening.
^_^^_^^_^
Haziq Daniel masuk ke dalam bilik bos besar syarikat Takaful. Dia menghadiahkan senyuman kepada papanya untuk menutup rasa gemuruhnya. Wajah ayahnya serius memandangnya.
"Ada apa papa nak jumpa Haziq? Kenapa tak jumpa kat rumah aje?"soal Haziq Daniel yang masih berdiri.
"Duduklah,"arah Tan Sri Hisham.
Haziq Daniel akur.
"Papa sebenarnya nak bincang dengan Haziq tentang waris syarikat ni. Haziq tahu kan yang papa cuma ada dua pewaris sahaja yang papa sangat percaya. Haziq dan adik Haziq. Papa tahu Haziq tak berminat untuk handle syarikat ni. Jadi tugas Haziq, papa nak Haziq cari adik Haziq secepat mungkin,"kata Tan Sri Hisham.
"Papa nak serahkan syarikat ni dekat adik ke?"tanya Haziq Daniel.
Tan Sri Hisham angguk.
"Haziq akan cari adik sampai jumpa. Papa jangan risau,"ujar Haziq Daniel.
"No, papa dah taknak dengar ayat tu. Papa dah muak dengar ayat tu. Dari umur Haziq 20 tahun sampailah Haziq sekarang dah nak masuk 30 tahun, Haziq asyik ulang ayat yang sama. Dulu memang papa tak kisah tapi sekarang ni papa dah semakin tua. Papa dah tak larat nak urus syarikat ni. Papa yakin kalau kita jumpa adik Haziq, papa boleh baiki semua keadaan,"kata Tan Sri Hisham lalu tersenyum.
"Papa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita dah usaha untuk cari adik tapi yang selebihnya kita cuma mampu berdoa pada Allah,"balas Haziq Daniel.
Tan Sri Hisham diam.
"Haziq mintak diri dulu. Assalamualaikum,"ucap Haziq Daniel lalu keluar dari bilik itu.
"Waalaikumussalam,"balas Tan Sri Hisham.
^_^^_^^_^
'Kakak ni kenapa? Sejak ibu nak kahwin dengan Pakcik Kamal, kakak makin lain. Kakak berubah. Kakak lawan cakap ibu. Kakak tak dengar kata ibu. Kenapa kakak benci sangat dengan Pakcik Kamal tu?'
Haifa Najiha termenung di atas katilnya. Kata-kata ibunya terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Dia sedih. Kalaulah ibu tahu perkara yang sebenar.
Dia menyapu air matanya apabila telefon pintarnya menerima satu panggilan. Dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum Ashraf,"ucapnya perlahan.
"Waalaikumussalam. Awok okey dok ni? Suara macam sedih jah,"tanya Ashraf Izham di talian.
"Saya tak tahulah Ashraf. Banyak sangat masalah yang datang dekat saya. Mula-mula saya langgar kereta Haziq. Lepas tu ibu saya nak kahwin. Sekarang ni hubungan saya dengan ibu dah tak macam dulu,"luah Haifa Najiha sebak.
"Kalu sayo ni ado tepi awok loni, mungkin sayo peluk doh awok. Tokse wi awok sedih. Tokse wi awok teriok. Haifa, awok keno sabar deh. Awok jangan ingat takdok ore sayang awok. Ramai sayang awok. Nenek sayang awok. Atuk sayang awok. Sayo sayang awok. Haziq pun sayang awok,"kata Ashraf Izham lembut.
Haifa Najiha tersenyum sinis.
"Haziq sayang saya? Lambat lagi,"balas Haifa Najiha.
"Haziq napok jah gitu. Tapi dio tu sebenarnyo seorang yang prihatin. Kalu awok nok tahu, dio merayu nga atuk sebab nok awok kijo dekat kilang. Lepas tu dio keno maroh ko atuk sebab pokok hok mulo-mulo awok tanam banyok hok punoh. Tapi dio tok maroh awok sebab dio siye ko awok,"cerita Ashraf Izham.
Haifa Najiha terkesima mendengar cerita itu.
"Kalu perangai dio hok suko maroh-maroh tu biasolah sebab dio meme takdok saing tino. Kalu ado pun sore duo jah lekat. Ramai hok nok saing nga dio mugo dio ore semak, bijok, kayo tapi dio tu bukan jenis hok gilo ko populariti. Mama papa dio berapo kali doh buat blind date untuk dio tapi takdok sore pun jadi,"ujar Ashraf Izham sambil tergelak kecil.
"Awok buleh bayang dok muko tino-tino hok keno maroh ko dio maso blind date tu?"soal Ashraf Izham.
Haifa Najiha ketawa apabila membayangkannya.
"Kuat betul awak mengumpat pasal dia kan? Saya nak bagitahu dia,"seloroh Haifa Najiha.
"Eh, jangey Haifa. Tok pasal sayo tokleh pinjam kereto dio,"balas Ashraf Izham.
"Okeylah Haifa. Sayo nok tidur doh ni. Awok pun gi lah tidur. Toksoh sedih. Allah ada,"pesan Ashraf Izham.
Haifa Najiha tersenyum tawar.
"Terima kasih Ashraf sebab dah hiburkan hati saya malam ni,"ucap Haifa Najiha.
"Samo-samo. Tugas seorang abe meme untuk menghiburkan hati adik dio,"kata Ashraf Izham selamba.
"Abang?"soal Haifa Najiha pelik.
"Awok tokse ko jadi adik sayo? Sayo ni bekeng nga ore hok ganggu adik sayo,"ujar Ashraf Izham.
Haifa Najiha tergelak kecil.
"Bolehlah. Assalamualaikum Ashraf,"ucapnya.
"Waalaikumussalam,"jawab Ashraf Izham.
Panggilan tamat.
Tiba-tiba satu pesanan masuk ke dalam WhatsAppnya. Dia membaca mesej itu.
'Aku nak jumpa kau pagi esok kat kafe.' - Haziq Daniel
Dia membalas mesej itu.
'Nak buat apa?' - Haifa Najiha
'Datang ajelah. Aku ada benda nak cakap dengan kau.' - Haziq Daniel.
'Perlu ke jumpa? Cakap through phone tak boleh ke?' - Haifa Najiha
'Banyak bunyilah kau ni. Datang ajelah. Kau lambat siap kau!' - Haziq Daniel
Belum sempat Haifa Najiha membalas mesej itu, Haziq Daniel sudah offline dari WhatsAppnya. Dia mencebik. Baru nak rehat esok. Dia menarik selimutnya dan tidur.
YOU ARE READING
AWAK MR MINT
RomanceKemalangan yang tidak dijangka membuka satu cerita. Yang menemukan sebuah keluarga. "Aku suka kau."- Haziq Daniel "Awak dah gila? Sumbang mahram tu dosa tau tak?"- Haifa Najiha Bacalah cerita ni...