16

81 16 0
                                    

Haziq Daniel tersenyum. Akhirnya Haifa Najiha menjawab panggilannya. Dia yang tadi mundar-mandir berdiri, duduk di atas katil biliknya.

"Thank God. Akhirnya kau jawab jugak call aku. Yang kau off phone tadi kenapa? Buat suspen aku je. Aku ingat kau dah kena culik tadi,"kata Haziq Daniel.

"Suka hati sayalah nak off phone ke nak apa ke. Itu hal saya. Bukan hal awak. Lagipun perlu ke awak kisah kalau saya ni kena culik? Awak yang tinggalkan saya kat situ kan?"balas Haifa Najiha di atas talian.

"Rileklah. Yang kau nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Bukan ada pun orang nak culik kau,"ujar Haziq Daniel selamba.

"Saya dah tinggalkan duit tujuh ribu kat atas meja office awak. Maksudnya hutang saya dah selesai. Jadi kita dah tak perlu nak jumpa,"putus Haifa Najiha lalu memutuskan talian.

Haziq Daniel tercengang.

"Melampau sangat ke apa yang aku buat tadi sampai dia dah taknak jumpa aku?"soal Haziq Daniel kepada dirinya.

^_^^_^^_^

Datin Sri Amira bersalaman dengan mak mertuanya yang tinggal di Kelantan itu. Dia dijemput masuk ke dalam rumah.

"Amira mari mano lagi ni?"soal nenek sambil mengambil tempat duduk di ruang tamu bersama menantunya itu.

Datin Sri Amira tersenyum.

"Dari KL mak. Amira rindu sangat dekat mak dan abah,"jawab Datin Sri Amira.

"Mari sore jah ko? Hisham tok mari?"tanya nenek.

"Tak mak. Dia sibuk sikit dengan syarikat dia tu,"balas Datin Sri Amira.

"Iyo ko sibuk? Macamlah mok tok kenal Hisham tu. Tok balik Kelantan sebab baloh nga abah la tu kan?"soalan maut dari nenek.

"Dio tahu dok Amira balik ni?"soal nenek lagi.

Datin Sri Amira tersenyum tawar.

"Mak tengoklah kain sutera ni. Amira beli dekat mak. Bolehlah mak pakai pergi kenduri,"kata Datin Sri Amira lalu memberikan beg kertas yang mengandungi beberapa helai kain sutera dan kain pelikat  kepada mak mertuanya itu.

"Untuk abah pun Amira ada belikan kain pelikat. Abah suka pakai kain pelikat Sarung Atlas kan?"ujar Datin Sri Amira bermesra.

"Mano Amira tahu ni?"tanya nenek.

"Hari tu Amira ada terdengar yang abah nak beli kain pelikat Sarung Atlas tapi abah tak tahu nak beli dekat mana. Tu yang Amira tolong beli,"balas Datin Sri Amira.

"Mitok maaflah Amira sebab nyusoh ko Amira. Tok tahulah brapo Amira habis duit untuk kain-kain ni,"ujar nenek.

"Tak menyusahkan pun mak. Lagipun kain-kain ni ada promosi,"kata Datin Sri Amira.

"Abah mana mak?"soal Datin Sri Amira sambil melilau ke luar rumah.

"Abah maso ni tok balik lagi. Dalam pukul tigo empat gitu dio baliklah,"jawab nenek.

"Bakpo Amira tok mari sekali nga Haziq?"tanya nenek.

"Sebenarnya Haziq dan abang Hisham tak tahu pun Amira balik Kelantan. Amira tahu, kalau Amira bagitahu mesti Amira tak boleh nak balik jumpa mak. Mak, abah masih marahkan Amira lagi ke?"soal Datin Sri Amira.

Nenek terdiam.

Tidak lama kemudian wajah atuk terpacul di muka pintu rumah.

Datin Sri Amira dan nenek berdiri untuk menyambut kepulangan atuk.

Atuk masuk ke dalam rumah dengan beberapa langkah.

"Buat apa datang sini?"tanya atuk dengan wajah yang tiada sekuntum pun senyuman untuk menantunya itu.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now