11

88 16 0
                                    

Haziq Daniel membantu atuk menyemak analisis kualiti buah di pejabat. Dahi atuk berkerut apabila 20% buah terbantut tumbesaran.

"Sekarang Haifa yang tanam anak pokok kan?"soal atuk yang duduk di atas kerusinya.

Haziq Daniel masih berdiri sebagai tanda menghormati atuknya.

"Haah. Kenapa atuk? Ada yang tak kena ke?"tanya Haziq Daniel kembali.

"20% pokok kita mengalami masalah tumbesaran. Haifa pandai ke tak sebenarnya tanam pokok? Atuk dah pesan kan suruh cari orang yang berpengalaman. Bukan atuk saja nak suka-suka suruh kamu cari pekerja baru. Ni melibatkan perniagaan atuk. Kalau kualiti buah tak elok, kualiti perniagaan atuk pun akan terjejas. Dalam perniagaan, kita nakkan kualiti, bukannya kuantiti. Haziq tahu kan semua tu?"soal atuk serius.

Haziq Daniel tunduk.

"Tahu atuk,"jawabnya.

"Atuk nak Haziq sendiri yang ajar Haifa macam mana cara nak tanam pokok yang berkualiti. Atuk bagi masa dua minggu. Kalau atuk tengok takde perubahan, atuk cari pekerja baru!"tegas atuk.

"Baik atuk. Haziq akan ajar dia. Tapi hari Jumaat ni dia nak balik KL kejap. Ada urusan keluarga. Atuk izinkan tak?"tanya Haziq Daniel.

"Kalau tak campur hari kerja, balik jelah,"balas atuk.

"Haziq pergi kebun dulu atuk. Nak jumpa Haifa,"ujar Haziq Daniel lalu keluar dari pejabat atuknya itu.

^_^^_^^_^

"Haifa!"panggil Haziq Daniel.

Haifa Najiha yang ralit menanam anak pokok tersentak. Dia memandang Haziq Daniel yang sudah duduk di hadapannya.

"Kau tanam pokok macam mana?"soal Haziq Daniel serius.

"Saya tanam macam nilah,"jawab Haifa Najiha lalu menepuk perlahan tanah itu untuk mengemaskan tanaman.

"Patutlah tumbesaran pokok terbantut. Kau tak boleh tepuk macam ni. Rosak akar dia nanti. Kau kena kemaskan tanah macam ni,"ajar Haziq Daniel sambil menunjukkan tutorial.

"Tapi Ashraf cakap macam ni pun boleh,"ujar Haifa Najiha.

Haziq Daniel berdiri. Wajahnya serius.

"Yang kau ikut cakap Ashraf tu kenapa? Sekarang ni siapa guide kau? Aku ke Ashraf? Kau ikut apa yang aku ajar. Kau senanglah kan nak suka-suka dengan Ashraf. Yang kena marah pulak aku,"hambur Haziq Daniel lalu melangkah pergi meninggalkan Haifa Najiha yang tidak tahu apa.

"Dah kenapa dengan dia? Nak marah orang tak tentu pasal. Macamlah tak boleh cakap elok-elok,"omel Haifa Najiha sendiri lalu meneruskan kerjanya.

^_^^_^^_^

Tan Sri Hisham membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya. Datin Sri Amira menjalankan rutin hariannya yang akan menghidangkan air teh untuk suaminya itu. Datin Sri Amira mengambil tempat di hadapan suaminya sambil tersenyum.

"Air bang,"pelawanya.

Tan Sri Hisham menghentikan bacaannya. Dia menikmati teh buatan isterinya itu. Dia tersenyum.

"Sedap teh ni,"pujinya.

"Hari-hari abang puji teh yang saya buat. Padahal teh yang sama aje bang,"ujar Datin Sri Amira.

Tan Sri Hisham tergelak kecil.

"Bila Haziq nak balik sini?"soalnya.

"Katanya nak duduk lama kat sana. Entahlah bang. Dia pun dah lama tak call saya. Sibuk kut,"jawab Datin Sri Amira.

"Abang sebenarnya dah tak larat nak urus syarikat Takaful tu. Abang nak serahkan syarikat tu pada Haziq tapi abang tahu yang Haziq tak berminat. Satu-satunya waris yang abang ada..." Tan Sri Hisham mengeluh kecil.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now