2

175 23 1
                                    

Haziq Daniel menghirup kopi di dalam bilik CEO nya sambil menanti kedatangan seseorang. Seseorang yang mencari pasal dengannya.

Tidak lama kemudian, seorang perempuan bertudung labuh masuk ke dalam biliknya diiringi PAnya.

Cantik.

"Datang pun. Aku ingat kau taknak datang dah. Tapi kenalah datang sebab kau ada hutang dengan aku kan?"kata Haziq Daniel sinis.

Haifa Najiha duduk menghadap CEO HONDA itu.

"So, perkenalkan diri kau. Better aku kenal kau sekarang daripada aku kenal lepas nama kau di mention kat court,"ujar Haziq Daniel selamba.

"Encik Haziq nak saman saya?"soal Haifa Najiha cuak.

"Apa salahnya? Aku ada duit. Aku boleh bayar peguam. Kenapa? Kau takde duit ke?"tanya Haziq Daniel sinis.

"Encik Haziq ingat Encik Haziq aje ke yang boleh bayar peguam? Saya pun boleh,"bidas Haifa Najiha. Dia geram dengan sikap Daniel Haziq yang suka memandang rendah kepadanya.

"So kau orang kayalah? Anak Datuk mana ni? Tak kenal pun,"balas Haziq Daniel.

"Encik ingat Anak Datuk aje ke yang boleh kaya?"

"Okey kalau macam tu aku nak kau bayar kereta aku in cash."

"Boleh! Berapa Encik Haziq nak? Saya boleh bayar."

"Wow! Aku nak sepuluh ribu sekarang."

Hampir gugur jantung Haifa Najiha mendengar bilangan itu.

"Encik Haziq! Saya terlanggar sikit aje kat belakang tu. Rosak macam tu tak sampai sepuluh ribu pun."

"Mana kau tahu? Tu BMW tau. Dah kau jangan banyak bunyi. Tadi berlagak sangat kan kata boleh bayar. Sekarang bayarlah!"

Satu jelingan dilemparkan kepada Haifa Najiha.

Haifa Najiha tunduk. Aduh, macam mana ni? Kalau setakat dua tiga ribu tu bolehlah aku bayar. Ni sepuluh ribu kut.

"Aku tahu kau tak mampu nak bayar sepuluh ribu tu kan? Nampaknya kita kena settle kes ni dekat court lah. Aku call lawyer aku kejap."

Haziq Daniel menghubungi peguam yang menyelesaikan kes papanya semalam. Tiba-tiba telefon pintar Haifa Najiha turut berbunyi.

Mereka melayani panggilan yang dibuat dan diterima.

"Hello, ni peguam yang handle kes Tan Sri Hisham kan?"tanya Haziq Daniel kepada panggilannya.

"Ya saya. Ni siapa?"soal Haifa Najiha pula kepada panggilannya.

Masing-masing berpandangan. Terkedu.

"Kau? Kau peguam papa?"Haziq Daniel terkesima.

"Sebab tu saya mintak Encik Haziq settle kan kes ni antara kita je. Saya taknak lawan kes remeh macam ni. Ada banyak lagi kes yang besar yang saya kena handle kat luar sana,"kata Haifa Najiha.

"Habis tu kereta aku macam mana?"soal Haziq Daniel.

"Manalah saya tahu. Kalau saya bayar ansur-ansur boleh? Ataupun kalau Encik Haziq nak duit tu sekarang, saya boleh bagi Encik Haziq duit tapi tiga ribu jelah. Boleh?"pinta Haifa Najiha.

Haziq Daniel melurut rambutnya yang sedikit koko itu.

"Kau ni memang menyusahkanlah Haifa! Aku baru je beli kereta tu kau tahu tak? Dahlah, aku malas nak layan masalah ni. Kau bayarlah berapa yang kau nak bayar!"putus Haziq Daniel lalu berdiri membelakangi Haifa Najiha.

Haifa Najiha meletakkan duit yang tebal di dalam sampul itu di atas meja di depannya. Dia berdiri.

"Saya akan bayar sepuluh ribu tu tapi ansur-ansur. Saya akan bayar setiap dua bulan. Sekarang saya dah bayar tiga ribu jadi hutang saya tinggal lagi tujuh ribu. Kalau saya mati dalam keadaan tak sempat nak habiskan hutang ni, saya mintak sangat Encik Haziq halalkan,"tutur Haifa Najiha.

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now