10

97 17 2
                                    

Haziq Daniel meletakkan barang-barang yang dibelinya di Terengganu di atas meja ruang tamu rumah atuk dan nenek. Dia mencari kelibat Haifa Najiha.

"Nek, Haifa mana?"soalnya kepada nenek yang baru selesai solat Zuhur.

"Eh, Haziq balik doh. Ashraf wak tubik Haifa gi jalan-jalan kat Kota Bharu,"jawab nenek yang mengambil tempat duduk di sebelah Haziq Daniel.

"Bila lagi diorang pergi?"tanya Haziq Daniel lagi.

"Baru gi sakni,"balas nenek.

"Haziq, nenek nok tanyo ni,"ujar nenek serius.

"Tanya apa nek?"soal Haziq Daniel.

"Haziq saing lamo doh ko nga Haifa? Haziq tahu dok pasal kehidupan Haifa?"tanya nenek.

Alamak.

"Nak kata lama sangat tu takdelah lama. Tapi Haziq tahulah yang nama dia Haifa Najiha. Dia lawyer. Umur dia 24 tahun. Itu jelah yang Haziq tahu,"balas Haziq Daniel selamba.

"Haifa cerito ko nenek pasal ibu dio nok nikoh baru. Haziq tahu dok?"soal nenek.

"Tak,"balas Haziq Daniel sepatah.

"Nenek siye ko Haifa. Ibu dio nok nikoh nga ore hok pernah nok wak bendo tok molek ko dio,"kata nenek.

Haziq Daniel terkejut.

"Apa dia nek? Ibu Haifa nak kahwin dengan orang yang nak kat Haifa?"soal Haziq Daniel.

"Iyo. Haziq keno tolong Haifa. Dio tu dohla anok tunggal. Ibu dio pulok buat gitu. Nenek raso ibu dio keno mandrem nga ore tu,"ujar nenek.

"Ish, nenek ni. Tak baik tau main tuduh-tuduh macam tu. Buatnya tak betul, kan dah jadi fitnah,"tegur Haziq Daniel.

"Nenek bukan gapo. Nenek oyak jah. Nenek rusing ko Haifa. Dio tu budok baik. Senang-senang kito nikahkanlah Haifa dengan Ashraf,"kata nenek.

Haziq Daniel tersentak.

"Nenek nak kahwinkan Haifa dengan Ashraf? Nenek biar betul?"tanya Haziq Daniel.

"Bakponyo? Kalu Haifa setuju, kito buat jelah majlis. Ko Haziq ado perasaan ko Haifa?"soalan maut dari nenek.

Haziq Daniel tersentak.

"Ish nenek ni. Takkanlah Haziq suka dia kut. Kan mama sendiri yang cakap mama nak menantu orang Kelantan. Haifa tu orang KL. Macam mana Haziq nak kahwin dengan dia? Entah-entah Kelantan pun dia baru tahu,"bidas Haziq Daniel.

"Pah bilo nok gi masuk meminang Aisya nyoh? Keno cepat Haziq. Aisya tu ore comel. Anok tok penghulu. Cikgu. Lambat-lambat takut buleh ko ore lain,"ujar nenek.

"Nantilah Haziq bincang dengan mama dan papa. Tapi nenek serius ke pasal Haifa dan Ashraf tu?"soal Haziq Daniel.

"Seriuslah Haziq weh. Bendo nikoh ni tokleh buat main. Tapi nenek tokse tanyo lagi Haifa. Biar lamo-lamo sikit, kito masuk mitoklah dio untuk Ashraf,"rancang nenek sambil tersenyum.

"Haifa oyak ko nenek dio nok balik KL hari Jumaat ni. Ibu dio suruh balik,"kata nenek.

"Kenapa ibu dia suruh balik?"tanya Haziq Daniel lagi.

"Adolah tu urusan keluarga. Haziq makan doh ko? Kalu dok lagi, gi lah makan. Haifa masak doh,"ujar nenek.

Haziq Daniel tersenyum.

"Haifa masak apa?"soal Haziq Daniel lalu berdiri.

"Ikan masak kicap pahtu ado ayam hok dio celup tepung,"jawab nenek.

Haziq Daniel segera menuju ke dapur untuk menikmati juadah itu. Dia tersenyum melihat makanan yang nampak sedap itu.

^_^^_^^_^

AWAK MR MINTWhere stories live. Discover now