Chef

251 14 0
                                    

Hari ini Ash menjalani sesi temuduga pelajar bagi pelatih kulinari. Sebenarnya Ash berminat dalam masakan sejak kanak-kanak. Tapi Ash tidak ada sokongan daripada keluarga.

Temuduga hari ini mempunyai 3 sesi bertulis, lisan dan amali. Bagi memastikan minat Ash tercapai Ash sanggup belajar secara kursus jangka pendek di kolej komuniti berhampiran rumah sewanya. Ash juga bekerja di restoran Aswad sebagai pembantu tukang masak. Hari ni Ash sangat berharap dia berjaya menjadi salah seorang pelatih di Internasional Kulinari Kolej dan hospitaliti.

Sesi bertulis beberapa ujian tentang kalori, nutrisi dan vitamin diberikan untuk bakal pelatih kulinari.

Sesi lisan pula temuduga secara individu kepada semua bakal pelatih.

Akhir sekali bakal pelatih diminta untuk memasak juadah berasaskan daging kambing. Selesai semua sesi semua bakal pelatih mula bersurai.

***

Assalammualaikum...

Waalaikumussalam kakak Ash dah balik la Aisyah... Kata Puan Hajar.

Aisyah.. rindunya kat Aisyah. Mama cik dah siap. Ash hantar ke klinik ibu dan anak teruskan ni? Tanya Ash sekarang ini menjadi pemandu peribadi kepada Puan Hajar dan anaknya jika suaminya sibuk. Ash masih bekerja di restoran Aswad sebagai pembantu tukang masak. Dia juga menjadi guru tuisyen dan kelas fardhu Ain di surau kariah taman perumahan Puan Hajar. Ash sanggup berusaha dari bawah asalkan dia boleh mengutip pengalaman yang ada.

Mama cik dah siap ni, oh ye... Mama lupa ada surat untuk Ash. Di rak surat tadi ada posmen hantar. Kata Puan Hajar.

Surat apa mama cik?

Nampak macam bukan surat cinta.

Surat cinta??

Hahaha ketawa mereka..

Ash melihat logo rasmi surat yang diterima olehnya tertera Internasional Kulinari Kolej dan hospitaliti.

Alhamdulillah... Ash berjaya mama cik.

Alhamdulillah... Tahniah Ash, mama cik bangga dengan Ash. Walaupun Ash di uji dengan bermacam-macam dugaan tapi Ash tetap kuat. Percayalah ada sesuatu yang Allah dah tentukan untuk Ash.

Terima kasih mama cik.

***

Hari ini adalah hari terakhir diploma kulinari. Selepas majlis taklimat penutup pelajar dibenarkan untuk pulang awal. Ash sempat singgah di restoran Aswad setahu dia hari ini mereka menerima tempahan katering majlis hari jadi anak seorang kenamaan. Selain itu mereka mengadakan majlis meraikan kepulangan anak mereka

Tahniah bro. Kata Ashraf.

Thanks bro, datang sorang ke?

Tak lah aku dengan Dahlia dan Auni. Kau bukan tak tahu Auni dengan Dahlia ni bukan pernah nak berbaik pening kepala aku. Auni jumpa Anis sepupu kau tu. Dahlia rasanya tengah berbual dengan mama kau. Tadi ada barang mama dia kirim untuk mama kau.

Hari jadi aku tapi mama aku pulak yang dapat hadiah apa Cite? Dahlia pun sepupu aku bro kau jangan lupa jugak tu. Mengamuk dia nanti.

Hahaha mereka ketawa.

Jemput makan bro, tak kan berbual sahaja kan. Kau jangan tunggu si Dahlia kalau jumpa mama aku tu macam-macam cerita diorang buat.

Dahlia adalah anak saudara kepada Puan Sri Farah, sejak Puan Sri Farah kehilangan anak pertamanya Qartini Puan Sri Farah mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk sehingga dia terpaksa berhenti kerja dan mendapat rawatan di hospital pakar bertahun-tahun. Qartini seorang gadis yang cantik dan sangat manja dengan ibunya, tak hairanlah jika dia memberi impak yang kuat terhadap kehilangannya. Qartini suka memasak, jadi mereka selalu menghabiskan masa bersama dengan memasak. Hidangan yang paling dia gemari adalah kek coklat moist.

Bahagia untuk Ash (Complete)Where stories live. Discover now