Dahlia dan ibu saudaranya Puan Sri Farah menikmati juadah minum petang di tingkat atas restoran Aswad dimana bahagian atas restoran ini telah di jadikan cafe studio berlatarbelakangkan Eropah hasil idea Ash.
Cantiknya tempat ni rasa macam di Eropah kan mak ngah. Kata Dahlia
Betul tu Dahlia mak ngah setuju dengan pendapat kamu. Aroma roti bakar dan kopi ni memang terangkat la. Rasa kek coklat moist ni... Subhanallah lazat ye...
Jemput la makan Puan Sri, kedai kami ni kecil je. Sejak Ash tinggal bersama banyak perubahan yang dia buat dari segi hiasan hidangan. Menu yang bercitarasa tempatan di bahagian utama Restoran Aswad tetapi bagi yang mahukan citarasa barat boleh ditingkat atas. Ruang ini selalu ditempah oleh pelanggan untuk majlis anjuran syarikat dan orang persendirian.
Class la kau Ash..
Nah rasalah ni kek span pandan dengan gula Melaka..
What... Citarasa melayu bercirikan inggeris. Subhanallah sedap ye.
Ash telah menjemput Puan Sri Farah dan Dahlia datang ke restoran Aswad Nasi Ayam sekaligus memperkenalkan Puan Hajar dan Encik Aswad sebagai kedua keluarga angkatnya.
Hanya Dahlia sahaja yang mengetahui nasib dirinya kerana sejak sekolah menengah dia memang tidak mempunyai kawan yang rapat. Kecuali Dahlia. Ibu Dahlia bernama Delaila dan Puan Sri Farah adalah adik beradik ayah Dahlia Tuan Dahlan ada kakitangan MINDEF mana kala Tan Sri Wan Ahmad Qairil pulak setiausaha di salah satu bahagian di dalam kementerian pendidikan. Puan Sri Farah dan Puan Delaila adalah guru di sekolah Ash tak hairanlah jika mereka mengenali Ash. Ash merupakan seorang pelajar yang bijak di sekolah dulu. Keputusan SPM Ash juga mendapat keputusan 9A1.
Tahniah Ash kau dah berjaya sekarang. Aku bangga jadi kawan kau.
Cikgu pun bangga dengan kamu..
Ash sebenarnya sedang cuti semester, sempena musim sejuk. Jadi dia pun balik kesini menguruskan hal-hal berkaitan payment pembelian rumah milik Ash. Cerita puan Hajar kepada Dahlia dan Puan Sri Farah.
Kau tak tinggal sini? Soal Dahlia.
Tak, aku cuti. Sekarang di UK mereka tengah cuti musim sejuk sebulan next moon aku balik ke kapal habiskan duty.
Kamu kerja kapal? Tanya Puan Sri Farah.
Ye cikgu. Ambil pengalaman. Sekarang ni saya tengah sambung pengajian dalam bidang seni kulinari lagi. InsyaAllah beberapa tahun je lagi dari sekarang akan tamat. Kerja kapal ni pun sebab saya nak cukupkan tempoh latihan industri saya dalam bidang masakkan.
Wahh hebat ye kau sekarang. Chef Ash... Kata Dahlia sambil memberi tabik hormat kepada Ash.
Bukan Chef Hanani, tapi Chef Hanani Ahmad.. kata Puan Hajar.
Cop... Chef Hanani Ahmad yang menang top 5 Masterchef UK? Satu-satunya chef perempuan yang datang dari Asia. Soal Dahlia.
Ye.. cikgu dan mama Chik boleh Ash berbual berdua dengan Dahlia? Ash nak berbual berdua dengan Dahlia.
Boleh pergilah. Kata Puan Hajar dan Puan Sri Farah dari tadi leka memandang wajah Ash.
Thanks mak ngah. Kata Dahlia.
Jom Dahlia kita duduk di situ kat sofa mengadap ke cermin yang menempatkan permandangan di bahagian luar.
Ya Allah Ash. Sori Ash aku tak tahu. Tapi aku betul-betul bangga dengan kejayaan kau. Ash.. sori kalau aku tanya pasal peribadi sikit.
Pasal keluarga aku dan hubungan abang kau dengan aku. Aku tahu semua perkara.
Macam mana kau tahu.
YOU ARE READING
Bahagia untuk Ash (Complete)
ActionAsh Hanani binti Ahmad Amsyar, si gadis tersedu sedan menangis kerana dihalau oleh si ibu. Sejak dilahirkan dia telah diberikan kepada datuk dan neneknya dia kampung. Dia yang tidak tahu kenapa dan apa salahnya ketika ini, di dalam hati hanya ingin...